Wakaf Nusrah Prihatin

Wakaf Nusrah Prihatin Bantuan Wakaf Nusrah untuk membantu mereka yang memerlukan Kami. "SEDEKAH MEMADAMKAN DOSA SEPERTIMANA AIR MEMADAMKAN API"

KEGIGIHAN IBNU HAJAR AL-ASQALANIAlkisah, dahulukala Ibnu Hajar merupakan seorang pelajar yg kurang pintar. Ia belajar de...
09/05/2022

KEGIGIHAN IBNU HAJAR AL-ASQALANI

Alkisah, dahulukala Ibnu Hajar merupakan seorang pelajar yg kurang pintar. Ia belajar dengan gurunya beberapa tahun lamanya.

Namun dirinya masih belum boleh membaca dan menulis. Hingga akhirnya sampai ingin berputus-asa.
Kemudian memohon izin dari gurunya untuk p**ang.

Akhirnya dengan berat hati sang guru izinkannya p**ang. Tetapi gurunya memesan agar jangan berhenti belajar. Ibnu Hajar akhirnya bersiap untuk p**ang ke rumah.

Sementara di tengah perjalanan, hujan turun sangat lebat. Hal ini memaksa dirinya untuk berteduh dalam sebuah gua. Kerana hujan tak kunjung reda.

Di dalam gua, terdengarlah bunyi dari sebuah tempat. Yg cukup membuatnya penasaran.

Dirinya langsung mencari sumber suara itu.Ternyata, berasal dari titisan air yg menitis atas batu. Sementara ia melihat terdapat kesan berlubang pada batu.

Hasil dari titisan air, yg tak henti bertahun lamanya. Menitis atas batu besar itu. Melihat kejadian tersebut, beliau memikirkan kesan lubang tersebut.

Sedangkan air yg lembut mampu memberi kesan ke atas batu. Begitu juga akal, yg tidak sekeras batu. Mesti akhirnya membuahkan hasil yg dikehendaki.

Setelah merenungkan kejadian tersebut. Akhirnya kembali untuk menyambung pengajiannya dengan tekun. Akhirnya, berjaya menjadi ulama terkemuka.

Semoga kisah ini mampu memberi motivasi agar tidak mudah putus asa.

TERUSKAN DENGAN BERKORBAN Setelah sebulan melayari madrasah Ramadan yg lalu. Kini waktu untuk kita meraikan kemenangan s...
08/05/2022

TERUSKAN DENGAN BERKORBAN

Setelah sebulan melayari madrasah Ramadan yg lalu. Kini waktu untuk kita meraikan kemenangan setelah berpuasa sebulan.

Tanpa kita sedar, sebenarnya hadirnya Ramadan yg lalu juga. Telah menyerlahkan kegagalan kita sebagai hamba Allah.

Meski syaitan telah dirantai. Dijanjikan p**a pahala berganda dari Allah serta pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Tetap kita gagal menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah.

Menuju akhir-akhir Ramadan kita sudah semakin longlai. Semangat sebagaimana awal Ramadan tidak lagi dipertahan.

Akhirnya kita rebah dalam kelalaian sebelum berakhirnya Ramadan lagi.

Kesannya, setelah habis Ramadan tiada satu pun amalan yg dapat kita bawa untuk diistiqomahkan pada bulan-bulan yg lain.

Kita kembali kepada kehidupan yg sebelum Ramadan.

Namun, bagi yg menjadikan Ramadan itu sebagai titik untuk menjadi lebih baik. Alhamdulillah. Teruskan istiqomah. Pohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan.

Dan,

Sempena Aidiladha yg bakal datang. Pihak Nusrah juga ada membuka peluang untuk sesiapa yg berminat untuk sertai Program Korban. Penyertaan dibuka sekarang.

๐Ÿ•Œ Doa Hari ke-23 RamadhanุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ุณูู„ู’ู†ููŠู’ ูููŠู’ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฐูู‘ู†ููˆู’ุจู ูˆูŽ ุทูŽู‡ูู‘ุฑู’ู†ููŠู’ ูููŠู’ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุนููŠููˆู’ุจู ูˆูŽ ุงู…ู’ุชูŽ...
25/04/2022

๐Ÿ•Œ Doa Hari ke-23 Ramadhan

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ุณูู„ู’ู†ููŠู’ ูููŠู’ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฐูู‘ู†ููˆู’ุจู ูˆูŽ ุทูŽู‡ูู‘ุฑู’ู†ููŠู’ ูููŠู’ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุนููŠููˆู’ุจู ูˆูŽ ุงู…ู’ุชูŽุญูู†ู’ ู‚ูŽู„ู’ุจููŠู’ ูููŠู’ู‡ู ุจูุชูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆู’ุจู ูŠูŽุง ู…ูู‚ููŠู’ู„ูŽ ุนูŽุซูŽุฑูŽุงุชู ุงู„ู’ู…ูุฐู’ู†ูุจููŠู’ู†ูŽ

Allรขhummaghsilnรฎ fรฎhi minadzdzunรปbi wa thahhirnรฎ fรฎhi minal โ€˜uyรปbi wamtahin qalbรฎ bitaqwal qulรปbi yรข muqรฎla โ€˜atsarรขtil mudznibรฎna

Semoga puasaku, puasamu dan semua ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT., dan semua dosa kita dihapus oleh-NYA.

Di akhir Ramadhan ini, marilah kita perbanyakkan amalan kerana, belum dijamin kita akan berjumpa Ramadhan yang akan datang. Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan Terbaik Bagi kita semua.

Tarikh penting 10 malam terakhir Ramadhan. Di sepanjang Ramadhan berulang kali kita memperbanyak doa ini. ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†...
24/04/2022

Tarikh penting 10 malam terakhir Ramadhan.

Di sepanjang Ramadhan berulang kali kita memperbanyak doa ini.
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ุนูŽูููˆู‘ูŒ ุชูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽูู’ูˆูŽ ููŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู‘ูู‰

โ€œYa Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf maka maafkanlah aku"

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

Jika menanti lailatul qadar ia MUNGKIN TIDAK akan singgah kepada kita, malah ia boleh berlalu tanpa kita sedar.

Namun, jika kita menghidupkan malam malam semata-mata kerana ALLAH TAALA, Lailatulqadar pasti singgah walaupun kita tak sedar.

UPDATE TERKINI PROSES PEMBINAAN TELAGA DI AFRIKA (NB288)TEAM PERTUBUHAN NUSRAH PRIHATINUntuk info lebih CEPAT berkaitan ...
24/04/2022

UPDATE TERKINI PROSES PEMBINAAN TELAGA DI AFRIKA
(NB288)
TEAM PERTUBUHAN NUSRAH PRIHATIN
Untuk info lebih CEPAT berkaitan Program Wakaf Telaga di AFRIKA boleh hubungi :
http://www.wasap.my/60105182123/DETAILWAKAF (Ustz Naim)

21/04/2022

Alhamdulillah batch (007) menerima Al-Quran
Terima kasih kepada pewakaf
TEAM PERTUBUHAN NUSRAH PRIHATIN
Untuk info lebih CEPAT berkaitan Program Al-Quran di AFRIKA boleh hubungi :
http://www.wasap.my/60105182123/DETAILAlquran (Ustz Naim)

21/04/2022

Proses Mengali Telaga๐Ÿ™‚

UPDATE TERKINI PROSES PEMBINAAN TELAGA DI AFRIKA (NG443)TEAM PERTUBUHAN NUSRAH PRIHATINUntuk info lebih CEPAT berkaitan ...
18/04/2022

UPDATE TERKINI PROSES PEMBINAAN TELAGA DI AFRIKA
(NG443)
TEAM PERTUBUHAN NUSRAH PRIHATIN
Untuk info lebih CEPAT berkaitan Program Wakaf Telaga di AFRIKA boleh hubungi :
http://www.wasap.my/60105182123/DETAILWAKAF (Ustz Naim)

UPDATE TERKINI PROSES PEMBINAAN TELAGA DI AFRIKA (NG441)TEAM PERTUBUHAN NUSRAH PRIHATINUntuk info lebih CEPAT berkaitan ...
17/04/2022

UPDATE TERKINI PROSES PEMBINAAN TELAGA DI AFRIKA
(NG441)
TEAM PERTUBUHAN NUSRAH PRIHATIN
Untuk info lebih CEPAT berkaitan Program Wakaf Telaga di AFRIKA boleh hubungi :
http://www.wasap.my/60105182123/DETAILWAKAF (Ustz Naim)

BANJIR TEMERLOHAlhamdulillah kita sekarang sudah reda dari musibah banjir yg melanda negara kita ini.Setiap ujian yg dib...
20/01/2022

BANJIR TEMERLOH
Alhamdulillah kita sekarang sudah reda dari musibah banjir yg melanda negara kita ini.
Setiap ujian yg diberikan, bukan sekadar ujian. Tapi kerana Allah nak uji tahap keimanan hambaNya. Semakin Allah uji semakin Allah sayang hambaNya.
Ujian dari segi harta, emosi, fizikal, pasangan dan lain-lain. Semakin kita sabar menghadapi ujian semakin dekat diri kita dengan Allah SWT.
Seperti sekarang Allah turunkan ujian melalui bencana alam. Sebenarnya ujian ini bukan untuk menguji mangsa banjir sahaja tetapi untuk semua.
Sama ada, kita sekadar melihat atau kita akan menghulurkan bantuan. Tepuk dada tanya Iman.
Alhamdulillah dengan bantuan semua,kami dapat membantu mereka yg memerlukan.
Walaupun sedikit bagi kita, tapi besar bagi mereka. Ringan tangan untuk bantu mereka. InsyaAllah, urusan kita jua akan dipermudahkan.
Doakan Nusrah boleh membantu lebih ramai lagi orang yang dalam kesusahan kerana tanpa anda semua siapalah kami.
Yang Ikhlas : Ustaz Naim

JANGAN TAKUT CABARANSuatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang mahu mendalami ilmu persilatannya. Ia mendengar bahawa di...
18/01/2022

JANGAN TAKUT CABARAN

Suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang mahu mendalami ilmu persilatannya. Ia mendengar bahawa di sebuah gua, terdapat seorang pertapa yang telah terkenal.

Terkenalnya bukan sahaja mempunyai ilmu persilatan yang tinggi bahkan kaya dengan ilmu kebatinannya. Pergilah pemuda itu mencari pertapa itu.

Akhirnya dia berjaya. Pertapa itu memberikan syarat kepada pemuda itu. Jika pemuda itu berhasrat untuk menjadi muridnya. Pemuda itu mesti pergi ke suatu tempat.

Dan membawa balik sebutir batu yang sejuk kepadanya. Pemuda itu sanggup. Setelah diberitahukan di mana tempat itu, pergilah pemuda itu ke situ.

Setibanya di situ, pemuda itu mendapati memang banyak batu di situ tetapi dia tidak tahu batu mana yang dimaksudkan oleh pertapa itu. Dia mengambil sebiji batu dan dilepaskannya.

Ternyata batu yang baru diambilnya itu panas membara. Dia mengalas tapak tangannya dengan kain pengikat kepalanya untuk mengurangkan bahang kepanasan.

Satu persatu batu itu dipegangnya dan dibuangnya kerana dirasakannya panas. Akhirnya, tidak ada sebutir batu pun di situ.

Dia terfikir, mungkin pertapa itu menipunya kerana tidak ada pun batu yang sejuk di situ. Pada fikirannya, pertapa itu hanya memberikan alasan untuk tidak mahu menerimanya.

Moral ceritanya ialah kita jangan takut menghadapi cabaran kerana antara banyak cabaran itu tentu ada hikmah di sebaliknya.

Jika pemuda itu tidak mengalas telapak tangannya dengan kain, sudah tentu dia akan merasa akan ada sebutir batu yang bentul-betul sejuk.

Bagaimana pemuda itu membezakan batu yang sejuk dan batu yang panas kalau tangannya beralas? Bagaimana kita akan mencapai kejayaan kalau ~kita takut akan cabaran.

Yang Ikhlas : Ustaz Naim
Team Nusrah Prihatin

UPDATE TERKINI PROSES PEMBINAAN TELAGA DI KEMBOJA (NA2287)TEAM PERTUBUHAN NUSRAH PRIHATINUntuk info lebih CEPAT berkaita...
17/01/2022

UPDATE TERKINI PROSES PEMBINAAN TELAGA DI KEMBOJA
(NA2287)
TEAM PERTUBUHAN NUSRAH PRIHATIN
Untuk info lebih CEPAT berkaitan Program Wakaf Telaga di KEMBOJA boleh hubungi :
http://www.wasap.my/60105182123/DETAILWAKAF (Ustz Naim)

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemu...
17/01/2022

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab.

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yg hendak memandikannya.

" Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya

Setelah mengikuti mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yg telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda.

"Lihatlah keadaan orang yg meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka solat jenazah tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Yang Ikhlas : Ustaz Naim
Team Nusrah Prihatin

ANAK DEGILKelahiran anak saat yg paling ditunggu setiap pasangan. Anak ibarat pelengkap kehidupan dunia dan akhirat. Dal...
16/01/2022

ANAK DEGIL

Kelahiran anak saat yg paling ditunggu setiap pasangan. Anak ibarat pelengkap kehidupan dunia dan akhirat. Dalam kegembiraan menyambut cahaya mata,

Tanpa sedar kita terlepas pandang beberapa perkara yang sunat dilakukan. Sehingga anak yg dulu kecil kita sudah besar dah baligh. Jadi apa yg kita terlepas pandang?

Aqiqah. Ramai ibu bapa yg menganggap aqiqah merupakan perkara yg remeh disebabkan hukumnya sunat bukan wajib.

Tapi ramai juga yg tidak tahu yg perangai anak2 yg keras kepala, susah dengar kata, degil ini berpunca dari kita tidak mengaqiqahkannya.

Bagaimana ini berlaku?

Islam mengalakkan kita beraqiqah kerana aqiqah sebagai tanda syukur dan juga sebagai tebusan minda anak dari dibelenggu syaitan dan rosak.

Namun, hukum aqiqah adalah sunat muakkad dan bukannya wajib. Maka meninggalkannya tanpa keuzuran adalah makruh dan bukannya maksiat.

Begitu juga jika ditinggalkan aqiqah itu kerana tidak mampu, maka tidak haram mahupun makruh.

Aqiqah hendaklah ditunaikan bukan menggunakan harta anaknya sebaliknya menggunakan harta ibu bapa sendiri.

Namun apabila anak itu baligh sebelum sempat diaqiqahkan maka sunat bagi anak tersebut untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri.

Justeru, sunat hukumnya untuk orang dewasa yg belum diaqiqahkan untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri sbg tanda syukur atas kehidupan yg diberikan-Nya.

Jika dia tidak mampu, maka tiada masalah kerana Syariat tidak memberatkan seseorang atas suatu yang dia tidak mampu.

Klik link untuk info lanjut mengenai aqiqah:http://www.wasap.my/60105182123/nakaqiqah

Ikhlas,
Ustaz
Tim Nusrah Prihatin

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?Allah mencipta manusia tiada yg sia-sia. Kerana hubungan antara manusia bertujuan untuk mel...
13/01/2022

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

Allah mencipta manusia tiada yg sia-sia. Kerana hubungan antara manusia bertujuan untuk melengkapi dan saling membantu.

Dalam setiap diri manusia Allah beri sifat kasih dan sayang. Supaya dengan perasaan kasih sayang itu mengeratkan lagi persaudaraan sesama kita.

Sentiasa lah jaga hubungan baik antara kita. Kerana ia membuka pintu rahmat dan kasih sayang Allah.

Bahkan Rasulullah SAW bersabda bahawa: sesiapa yg menyambung tali silaturrahim akan dilapanglan rezeki dan dipanjangkan umur.

Manusia tidak akan mampu untuk hidup bersendirian, sebaliknya perlu ada saudara mara yg dekat dengan kita.

Supaya kalau ada yg diantara kita hidup serba kesusahan, masih ada lagi yg sudi membantu dengan tanpa balasan apa-apa.

Dengan itu, kenapa Nusrah Prihatin tidak henti-henti menjalankan amanah dan cakna dengan orang susah di sekeliling?

Dengan cara itu dapatlah sedikit sebanyak kami telusuri nasib kesusahan yg mereka hadapi. Kerana kalau bukan kita, siapa lagi?

Semoga kita hidup di dunia ini. Kita nak jadi penderma yg hebat. Dan menjadi insan yg menyayangi dan disayangi antara satu sama lain.

Kepada sesiapa yg turut bersama Pertubuhan Nusrah Prihatin membantu asnaf yg memerlukan boleh hubungi tim kami di link:

Ikhlas,
Ustaz Naim
Tim Nusrah Prihatin

13/01/2022
29/11/2021

Mari bersama Pertubuhan Kebajikan Nusrah Prihatin dalam membantu muslim yg memerlukan di luar dan di

Address

Lot 5177 Jerteh
Kuala Besut
22200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wakaf Nusrah Prihatin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wakaf Nusrah Prihatin:

Share