Pusat Fisioterapi & Terapi Cara Kerja Daerah Besut

Pusat Fisioterapi & Terapi Cara Kerja Daerah Besut Unit Rehabilitasi PKD Besut adalah perkhidmatan pemulihan rehabilitasi di bawah KKM di Kesihatan Awam.

Ia melibatkan dua disiplin utama, Pemulihan Carakerja dan Pemulihan Fisioterapi. Sebarang pertanyaan dan urusan rasmi sila hubungi kami di talian pejabat 09-6917664. Laman ini hanya digunakan untuk menyampaikan maklumat dan hebahan berkenaan aktiviti Unit Rehabilitasi PKD Besut.

KELAS PENDIDIKAN KESIHATAN NCD BERSAMA FISIOTERAPITarikh: 29 Januari 2024Masa: 9-00 pagiTempat: Klinik Kesihatan Kuala B...
29/01/2024

KELAS PENDIDIKAN KESIHATAN NCD BERSAMA FISIOTERAPI

Tarikh: 29 Januari 2024
Masa: 9-00 pagi
Tempat: Klinik Kesihatan Kuala Besut
Terapis: En Saiful Bahri Mustafar

Aktiviti:
1- Pendidikan kesihatan berkenaan penjagaan kesihatan fizikal bagi pesakit NCD
2- Preskripsi dan konsultasi senaman yang bersesuaian bagi kesihatan fizikal pada bulan Ramadhan
3- Sesi soal jawab dan perkongsian berkenaan dengan senaman dan penjagaan fizikal

Objektif:
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada pesakit untuk menjalankan senaman yang selamat

Sebagai alternatif penyampaian maklumat yang berkesan kepada pesakit

*Aktiviti Psychososial Rehab ( PSR)*Terapi Cara Kerja KKKBTarikh : 23/1/24Aktiviti :πŸ… Mengenal jenis barangan keperluan ...
23/01/2024

*Aktiviti Psychososial Rehab ( PSR)*
Terapi Cara Kerja KKKB
Tarikh : 23/1/24

Aktiviti :
πŸ… Mengenal jenis barangan keperluan dapur dan kegunaannya.
πŸ—£οΈ Latihan interaksi sosial
πŸ“ Latihan kemahiran domestik. Aktiviti analisis bermula dari memilih menu, membeli bahan ,menyediakan bahan masakan,dan proses memasak.

Objektif:
βœ… Menggalakkan interaksi sosial dan komunikasi 2 hala yang berkesan
βœ… Meningkatkan kemahiran assertive dan keyakinan diri.
βœ… Meningkatkan kemahiran aktiviti terapeutik dan berfungsi dalam aktiviti seharian.

Program Pengurusan Pesakit Diabetes Klinik Kesihatan Kuala BesutTarikh: 21 Januari 2024Unit terlibat:1. NCD Klinik Kesih...
22/01/2024

Program Pengurusan Pesakit Diabetes Klinik Kesihatan Kuala Besut

Tarikh: 21 Januari 2024
Unit terlibat:
1. NCD Klinik Kesihatan Kuala Besut
2. Terapi Cara Kerja Klinik Kesihatan Kuala Besut
Peserta terlibat
1. Pesakit diabetes di KKKB
2. Penjaga pesakit diabetes KKKB

Objektif aktiviti:
1. Memberi pendidikan tentang amalan penjagaan kaki yang baik dan betul.
2. Memberi kesedaran bahaya amalan penjagaan kaki yang salah dan penggunaan kasut yang tidak sesuai.
3. Memberi pendedahan produk penjagaan kaki dan alas kaki yang sesuai untuk keselamatan kaki para pesakit diabetes.
4. Membuat saringan kaki bagi menilai tahap deria perlindungan kaki pesakit diabetes.

Aktiviti yang dijalankan:
1. Ceramah penjagaan kaki pesakit diabetes kepada pesakit diabetes dan penjaga.
2. Saringan kaki pesakit diabetes menggunakan monofilament dan melihat keadaan fizikal kaki pesakit.
3. Khidmat nasihat dan cadangan pengubahsuaian kasut bagi pesakit diabetes.

Ceramah Kesedaran Bahaya Gangguan Seksual dan Buli di Kalangan PelajarTarikh: 24 Januari 2024Tempat: Sekolah Kebangsaan ...
22/01/2024

Ceramah Kesedaran Bahaya Gangguan Seksual dan Buli di Kalangan Pelajar

Tarikh: 24 Januari 2024
Tempat: Sekolah Kebangsaan Alor Peroi
Unit terlibat:
1. Unit NCD PKD Besut
2. Unit Terapi Cara Kerja KK Kuala Besut
Peserta terlibat:
1. Pelajar tahun 6 SK Alor Peroi
2. Guru-guru kanan SK Alor Peroi
3. Kaunselor dan tenaga pengajar SK Alor Peroi

Objektif Aktiviti:
1. Memberi kesedaran tentang bahaya buli dan pergaulan bebas di kalangan pelajar.
2. Memberi pendidikan tentang bahaya pengaruh bahan seksual dalam media sosial.
3. Memberi pendedahan tentang perubahan fizikal, mental dan sosial terhadap para pelajar yang kini dalam peringkat umur remaja awal.
4. Memberi penerangan tentang jenayah seksual dan buli di kalangan pelajar serta apa itu "Sentuhan Selamat" dan "Sentuhan Tidak Selamat".

Aktiviti yang dijalankan:
1. Aktiviti permainan berkumpulan di kalangan pelajar.
2. Ceramah kesihatan bertajuk "Perkembangan Psikoseksual Remaja dan Buli".
3. Latihan terapi pernafasan relaksasi.

Para pelajar dan guru-guru SK Alor Peroi telah memberikan kerjasama dan perhatian yang baik sepanjang sesi ceramah.

Kelas Sokongan Antenatal Terapi Cara Kerja Lokasi: Klinik Kesihatan Kuala BesutTarikh: 15/1/2024Masa: 9:00 pagiObjektif ...
15/01/2024

Kelas Sokongan Antenatal Terapi Cara Kerja

Lokasi: Klinik Kesihatan Kuala Besut
Tarikh: 15/1/2024
Masa: 9:00 pagi

Objektif Program:
1. Memberi pendidikan berkenaan stress dan Occupational Balance di kalangan pesakit antenatal.
2. Membuat pendidikan pengesanan dan pencegahan awal kesihatan tangan di kalangan pesakit antenatal.
3. Memberi pendedahan mengenai khidmat dan servis yang ditawarkan oleh Unit Terapi Cara Kerja untuk pesakit antenatal dan bayi.

Aktiviti Yang Dijalankan:
1. Sesi perkongsian dan pendidikan kesihatan mengenai stress dan relaksasi.
2. Saringan kesihatan tangan.
3. Demonstrasi splint dan rawatan pemulihan tangan.
4. Sesi amali terapi relaksasi Progressive Muscular Relaxation.

Penglibatan Terapi Carakerja Dalam Program Komuniti di Agro DarauUnit Terapi Cara Kerja Pejabat Kesihatan Daerah Besut t...
15/01/2024

Penglibatan Terapi Carakerja Dalam Program Komuniti di Agro Darau

Unit Terapi Cara Kerja Pejabat Kesihatan Daerah Besut telah bersama-sama turut serta dalam menjayakan program komuniti di Agro Darau. Unit Terapi Cara Kerja telah menjalankan saringan kesihatan tangan ketika sesi program berlangsung.

Terapis terlibat: 2 orang
Tarikh: 13 Januari 2024
Masa: 8:00 pagi - 2:00 petang
Tempat: Agro Darau

Objektif Aktiviti:
1. Membuat saringan dan pencegahan awal berkenaan kesihatan tangan dan kecederaan tangan kepada komuniti.
2. Memberi pendidikan kepada komuniti berkenaan kepentingan menjaga kesihatan tangan.
3. Memberi pendedahan tentang perkhidmatan yang disediakan di Unit Terapi Cara Kerja Kesihatan Awam Daerah Besut.

Aktiviti Yang Dijalankan:
1. Saringan kesihatan dan kekuatan tangan.
2. Pendidikan tentang postur dan penggunaan tangan yang selamat serta betul.
3. Latihan penjagaan tangan.

Kelas Pemulihan Tangan Untuk Pesakit StrokUnit Pemulihan Cara KerjaKlinik Kesihatan Kuala Besut1 Januari 2024Objektif:1....
01/01/2024

Kelas Pemulihan Tangan Untuk Pesakit Strok

Unit Pemulihan Cara Kerja
Klinik Kesihatan Kuala Besut
1 Januari 2024

Objektif:
1. Memberi pendidikan tentang penurunan kefungsian tangan yang menurun akibat strok.
2. Memberi pendidikan tentang cara-cara mengelakkan penyakit tangan akibat strok seperti shoulder subluxation, spasticity dan contracture.
3. Mengajar pesakit tentang kaedah dan senaman-senaman mudah untuk mengelakkan kehilangan kefungsian anggota atas akibat strok.

Aktiviti Yang Dijalankan:
1. Kelas kesihatan tangan secara berkumpulan.
2. Sesi demonstrasi dan latihan senaman tangan dan anggota atas.
3. Sesi penilaian tahap kefungsian tangan pesakit.

14/12/2023

KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN V**E PERINGKAT DAERAH BESUT 2023

Tarikh: 14 Disember 2023 (Khamis)
Tempat: Dewan SK Sri Payong
Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang

Penceramah:
- Bahaya V**e dan Rokok oleh OT En Ahmad Turmizie b Mohd Zul
- Aktiviti brain gym dan group activity oleh OT Syafiqah bt Ramli

Objektif:
-Memberi kesedaran tentang bahaya rokok dan v**e kepada para pelajar.
-Memberi penekanan kepada kesan ketagihan nikotin kepada murid-murid.
- Memberi perkongsian berkaitan langkah-langjah yang perlu dilakukan oleh murid-murid bagi menolak v**e dan rokok

Aktiviti:
-Ceramah bahaya v**e @ rokok dan ketagihan nikotin.
- Aktiviti brain gym
-Kuiz dan sesi soal jawab
- Pembahagian cenderahati
- Sesi bergambar

TERAPI CARA KERJA PROGRAM SANTUNI WARGA EMASTarikh: 14 /12/2023Masa : 8.30  - 1.00 Tempat : Pondok Wargatua Nurul Saadah...
14/12/2023

TERAPI CARA KERJA PROGRAM SANTUNI WARGA EMAS

Tarikh: 14 /12/2023
Masa : 8.30 - 1.00
Tempat : Pondok Wargatua Nurul Saadah Tok Dor Jabi

Penglibatan:
πŸ‘‰Jurupulih Perubatan Carakerja
1) Siti Maizatul Akmam binti Muhamed Yusoff
2) Wan Nur Syahirah Binti Wan Azmi
3) Atikah Muhamad
4) Zafirah Idris

πŸ‘‰ Team Farmasi PKD Besut

Objektif:
1.Menormalisasi gaya hidup sihat.
2. Kearah memperkukuhkan wargaemas yang sihat.
3. Mengetengahkan aktiviti2 yang boleh meningkatkan tahap kognitif dan kefungsian dalam aktiviti harian.
4. Menyampaikan maklumat mengenai kepentingan pengambilan ubat yang betul dalam mengawal penyakit di tidak berjangkit.

Aktiviti:
1. Chairobik
2. Ceramah NCD dan penjagaan kaki yang betul bagi pesakit DM
3. Ceramah team farmasi - Kenali Ubat anda!
4. Aktiviti kognitif & interaktif
5. Sesi soal jawab
6. Cabutan bertuah.

KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN V**E PERINGKAT DAERAH BESUT 2023Tarikh: 13 Disember 2023 (Rabu)Tempat: Dewan SK Pasir...
14/12/2023

KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN V**E PERINGKAT DAERAH BESUT 2023

Tarikh: 13 Disember 2023 (Rabu)
Tempat: Dewan SK Pasir Akar
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang

Penceramah:
- Bahaya V**e dan Rokok oleh OT Wan Nur Syahirah binti Wan Azmi, Terapi Carakerja KK Kota Putera
- Peranan Terapi Carakerja dalam Klinik Berhenti Merokok oleh OT syafiqah bt Ramli, Terapi Carakerja KK Pasir Akar

Objektif:
-Memberi kesedaran tentang bahaya rokok dan v**e kepada para pelajar.
-Memberi penekanan kepada kesan ketagihan nikotin kepada murid-murid.
- Mejelaskan peranan terapi carakerja dalam Klinik Berhenti Merokok kepada murid-murid
- Memberi perkongsian berkaitan langkah-langjah yang perlu dilakukan oleh murid-murid bagi menolak v**e dan rokok

Aktiviti:
-Ceramah bahaya v**e @ rokok dan ketagihan nikotin.
- Ceramah berkaitan peranan terapi carakerja dalam Klinik Berhenti Merokok
-Kuiz dan sesi soal jawab
- Pembahagian cenderahati
- Sesi bergambar

13/12/2023

KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN V**E PERINGKAT DAERAH BESUT 2023

Tarikh: 13 Disember 2023 (Rabu)
Tempat: Dewan SK Seberang Jerteh
Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi

Penceramah: Jurupulih Perubatan Cara Kerja
-Pn Maizatul Akmam, KKKB
-Pn Zafirah Idris, KKKB
-En Ahmad Turmizie, KKKB

Objektif:
-Memberi kesedaran tentang bahaya rokok dan v**e kepada para pelajar.
-Memberi penekanan kepada kesan ketagihan nikotin dan promosi perkhidmatan berhenti merokok di fasiliti primer.

Aktiviti:
-Ceramah bahaya v**e @ rokok dan ketagihan nikotin.
-Pameran bahaya v**e dan rokok
-Kuiz dan sesi soal jawab

Address

UNIT REHABILITASI, KLINIK KESIHATAN KUALA BESUT
Kuala Besut
22300

Telephone

+6096917664

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Fisioterapi & Terapi Cara Kerja Daerah Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Fisioterapi & Terapi Cara Kerja Daerah Besut:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category