
08/11/2023
Spageti Carbonara Homemade yang lazat dan mudah! 😍
Bahan-bahan:
- 1 paket spageti
- 2 1/2 tin susu cair ATAU susu krim penuh dalam kotak
- Marjerin
- Minyak
- Daging cincang
- Bawang dadu
- 1 sudu besar tepung gandum
- Cendawan
- Sosej
- 3 keping keju
- Lada hitam
- Maggi Cukup Rasa
- Pasli
- Oregano
Cara-cara:
1. Rebus spageti sehingga menjadi ‘al dente’, dan tambahkan 2 sudu besar minyak untuk mengelakkan spageti bergumpal bersama-sama setelah sejuk
2. Dalam kuali, masukkan marjerin dan minyak dan tumis bawang hingga wangi
3. Masukkan tepung gandum, gaul sebati sebelum menambah lada hitam dan daging cincang
4. Campurkan semua bahan dan kemudian masukkan cendawan dan sosej
5. Seterusnya, masukkan susu dan kacau hingga menggelegak
6. Kemudian masukkan hirisan keju dan perasakan dengan garam, gula dan Maggi Cukup Rasa
7. Akhir sekali, masukkan oregano, pasli atau kedua-duanya
Nota: Kuah akan menjadi lebih pekat setelah sejuk kerana kandungan tepung gandum dan keju
Kredit resipi: Nurul Husna Mohamed Daud