Pejabat Kesihatan Daerah Dungun

Pejabat Kesihatan Daerah Dungun Page ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Dungun

π™†π™π™π™Žπ™π™Ž π™‹π™€π™‰π™‚π™π™π™π™Žπ˜Όπ™‰ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™Žπ™„π™ˆπ™π™‡π˜Όπ™Žπ™„ π™’π˜Όπ˜½π˜Όπ™† π™‹π™€π™‰π™”π˜Όπ™†π™„π™ π˜½π™€π™π™…π˜Όπ™‰π™‚π™†π™„π™ π˜½π˜Όπ™‚π™„ π˜Ώπ˜Όπ™€π™π˜Όπ™ƒ π˜Ώπ™π™‰π™‚π™π™‰ π™π˜Όπ™ƒπ™π™‰ 2026Dungun - Kursus Pengurusan dan Sim...
13/05/2026

π™†π™π™π™Žπ™π™Ž π™‹π™€π™‰π™‚π™π™π™π™Žπ˜Όπ™‰ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™Žπ™„π™ˆπ™π™‡π˜Όπ™Žπ™„ π™’π˜Όπ˜½π˜Όπ™† π™‹π™€π™‰π™”π˜Όπ™†π™„π™ π˜½π™€π™π™…π˜Όπ™‰π™‚π™†π™„π™ π˜½π˜Όπ™‚π™„ π˜Ώπ˜Όπ™€π™π˜Όπ™ƒ π˜Ώπ™π™‰π™‚π™π™‰ π™π˜Όπ™ƒπ™π™‰ 2026

Dungun - Kursus Pengurusan dan Simulasi Wabak Penyakit Berjangkit yang dianjurkan oleh Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Pejabat Kesihatan Dungun telah berlangsung pada 12 & 13 Mei bertempat di Dewan Ar-Rahman, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun.

Kehadiran seramai 50 orang peserta terdiri daripada anggota kesihatan dari pelbagai jawatan.

🎀 Ceramah telah disampaikan oleh:
πŸ”ΉDr Ahmad Syaify bin Berahim - Pegawai Kesihatan Epidemiologi, PKD Dungun

πŸ”ΉDr. Ahmad Asri bin Ibrahim – Pegawai Perubatan & Kesihatan, Unit Vektor

πŸ”ΉDr Mohd Hafiz bin Baharudin - Pegawai Perubatan & Kesihatan, Unit TB PKD Dungun

πŸ”ΉKPPKP En. Manazil bin Mohamed - Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit UKKM, PKD Dungun

🎯 Objektif utama taklimat ini adalah untuk:

βœ… Meningkatkan pengetahuan para peserta dengan kaedah teori dan praktikal dalam aktiviti pengurusan wabak.

πŸ‘ Terima kasih kepada semua peserta dan urusetia yang terlibat dalam menjayakan Kursus ini.




SAMBUTAN MINGGU IMUNISASI DAN PROGRAM KESEDARAN KANSER WANITAPERINGKAT KLINIK DESA DURIAN MENTANGAUTarikh : 13 Mei 2026 ...
13/05/2026

SAMBUTAN MINGGU IMUNISASI DAN PROGRAM KESEDARAN KANSER WANITA
PERINGKAT KLINIK DESA DURIAN MENTANGAU

Tarikh : 13 Mei 2026 / 9.00pagi hingga 12.00 tgh hari
Tempat : Klinik Desa Durian Mentangau

Program ini menyasarkan dua kumpulan utama iaitu kanak-kanak yang layak imunisasi serta wanita berumur antara 30 hingga 65 tahun untuk saringan kanser di Kalangan wanita.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan imunisasi lengkap bagi kanak-kanak, di samping memberi pendedahan berkaitan kepentingan pengesanan awal kanser wanita khususnya kanser payudara dan kanser serviks.

Aktiviti yang telah dijalankan termasuklah ceramah, pameran serta demonstrasi pemeriksaan payudara serta saringan kanser payudara dan kanser serviks turut dijalankan. Sesi soal jawab dan kuiz turut diadakan bagi meningkatkan kefahaman peserta.

Kehadiran peserta seramai 28 orang, 13 orang daripadanya telah berjaya menjalani saringan kanser payudara dan servik. Pencapaian ini menunjukkan keberkesanan program dalam meningkatkan kesedaran imunisasi serta kesedaran terhadap kepentingan saringan kesihatan.

Laporan Oleh :
Unit MCH
KK Paka





13/05/2026

Kesihatan mental di tempat kerja ? πŸ€”

Tahukah anda, tekanan di tempat kerja bukan sahaja memberi kesan kepada individu, tetapi juga kepada prestasi organisasi?

Persekitaran kerja yang tidak sihat boleh meningkatkan kadar kemurungan dan tekanan, dalam masa yang sama menjejaskan prestasi organisasi secara keseluruhan.

Jom, kita bersama-sama utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja sebagai tanggungjawab semua!

Β 

12/05/2026 @ SelasaSEKALUNG PENGHARGAAN BUAT WIRA NEGARA: SELAMAT HARI JURURAWAT ANTARABANGSA 2026​YB Dun Sura Dungun ia...
12/05/2026

12/05/2026 @ Selasa
SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT WIRA NEGARA: SELAMAT HARI JURURAWAT ANTARABANGSA 2026

​YB Dun Sura Dungun iaitu Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin bin Tengku Md Fauzi berkesempatan singgah di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Dungun dan disambut oleh Dr. Khairul Rafizah binti Hairodin iaitu Pegawai Kesihatan Daerah Dungun untuk menyantuni para jururawat. Sebagai tanda penghargaan kecil, beliau bawakan sedikit buah tangan berupa kek buat mereka yang sentiasa bekerja tanpa jemu.
​Kehadiran beliau adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, keringat, dan pengorbanan para jururawat dalam memastikan sistem kesihatan kita terus mampan.
​Selari dengan tema antarabangsa tahun ini:
​"Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives"

​Pemerkasaan jururawat adalah kunci kepada masa depan kesihatan yang lebih baik.
​Selamat Hari Jururawat Antarabangsa 2026! 🩺❀️

12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026 πŸ’
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jururawat atas jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak ternilai dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada komuniti.

Kecekalan, dedikasi dan sifat prihatin yang ditunjukkan oleh semua jururawat menjadi tonggak penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Semoga semua jururawat JKNT terus diberikan kekuatan, kesihatan dan semangat untuk terus berbakti dengan penuh profesionalisme dan ihsan.






Kenyataan Media Kementerian Kesihatan MalaysiaPemantauan Risiko Jangkitan Hantavirus Dan Langkah Kesiapsiagaan Malaysia
08/05/2026

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pemantauan Risiko Jangkitan Hantavirus Dan Langkah Kesiapsiagaan Malaysia

Mutakhir ini, saya menyedari kebimbangan masyarakat susulan laporan berita di peringkat global mengenai penularan jangki...
08/05/2026

Mutakhir ini, saya menyedari kebimbangan masyarakat susulan laporan berita di peringkat global mengenai penularan jangkitan Hantavirus. Walaupun situasi di Malaysia setakat ini adalah terkawal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau rapi perkembangan ini dan mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap tertinggi.

Untuk makluman bersama, Hantavirus adalah sejenis virus bawaan tikus yang merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing, atau air liur haiwan tersebut. Jangkitan ini tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus.

Memandangkan tiada ubat antivirus khusus bagi merawat jangkitan ini buat masa ini, langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh. Selari dengan iltizam KKM untuk menganjak paradigma sistem kesihatan kepada fokus pencegahan, saya menggesa seluruh rakyat agar mengambil peduli tentang kebersihan persekitaran dan memastikan kediaman serta premis kerja bebas daripada haiwan perosak.

Rakyat tidak perlu panik, tetapi kita mesti kekal berwaspada. Saya mohon saudara-saudari untuk merujuk siri infografik yang disertakan ini sebagai panduan lengkap mengenai gejala, cara penularan, dan tatacara pembersihan kotoran haiwan yang selamat. Kesihatan awam bermula dari rumah, marilah kita bersama-sama lindungi keluarga dan komuniti kita.



Kredit : Dr. Dzulkefly Ahmad

🌞 GELOMBANG HABAAwas… cuaca panas!Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimun harian melebihi 37 darja...
07/05/2026

🌞 GELOMBANG HABA

Awas… cuaca panas!

Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimun harian melebihi 37 darjah celcius untuk 3 hari berturut-turut.

Kesan-kesan gelombang haba adalah seperti berikut:
- Kemarau
- Menjejaskan kesihatan seperti strok haba
- Kebakaran hutan

Sentiasa berwaspada semasa gelombang haba
- Minum air secukupnya
- Hadkan aktiviti luar
- Pakai pakaian yang selesa, sesuai dan mudah menyerap peluh
- Elakkan pembakaran terbuka
- Menyimpang bekalan air secukupnya

πŸš‘ Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala penyakit cuaca panas.





🚨 KEKAL SIHAT SEMASA JEREBUJerebu disebabkan partikel-partikel atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar ...
07/05/2026

🚨 KEKAL SIHAT SEMASA JEREBU

Jerebu disebabkan partikel-partikel atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Apa yang perlu anda lakukan?

😷 Ketahui punca-punca jerebu dan kesannya kepada Kesihatan

😷 Melakukan pencegahan dan melindungi diri

🩺 Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika tidak sihat




ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π“πˆππˆ/ πŠπ”π’π“π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ π€ππ†π†πŽπ“π€ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍TARIKH: 06 MEI 2026TEMPAT:...
06/05/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π“πˆππˆ/ πŠπ”π’π“π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ π€ππ†π†πŽπ“π€ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍

TARIKH: 06 MEI 2026
TEMPAT: Dewan Arrahman, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun.

Unit TB/Kusta Pejabat Kesihatan Daerah Dungun telah menganjurkan Bengkel Update Pengurusan Tibi/Kusta Kepada Anggota Peringkat Daerah Dungun. Seramai 35 peserta telah hadir yang terdiri daripada Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan, Jururawat Masyarakat, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Objektif am bengkel adalah untuk meningkatkan kualiti sistem pengurusan TB/Kusta di kalangan kakitangan Kesihatan yang mengendalikan kes TB/Kusta di daerah Dungun seterusnya dapat mengurangkan kejadian penyakit Tibi/ Kusta.

Manakala objektif khusus adalah untuk memberi maklumat terkini berkaitan situasi penyakit TB/Kusta secara global di Malaysia, Terengganu amnya dan daerah Dungun khususnya, meningkatkan sistem pengurusan Tibi dari segi pengesanan kes, rawatan tindak susul, implimentasi TBIS, DOTS dan lain-lain, meningkatkan sistem pengurusan Kusta dari segi pengesanan kes, rawatan tindak susul, implimentasi Myhansen, SDR dan lain-lain dan mengurangkan komplikasi jangkitan Tibi/ Kusta di kalangan pesakit dengan pengurusan rawatan berkesan.

Ceramah telah disampaikan oleh Dr Mohd Hafiz bin Baharudin bertajuk Epidemiology of TB & Screening Among High Risk Group, Pengurusan Kes/Kontak Cicir Rawatan, Dr Wan Najwa Aima binti Wan Mansor bertajuk Management of TB in Adults and Pediatrics Group, TB Diagnosis Children & Management, Clinical Management of Leprosy, Kaunseling Pesakit TB/Kusta (Roleplay) dan Pn Sharifah Azira binti Tuan Baharu bertajuk Pengendalian Sampel Kahak ujian Gene Expert & IGRA.

Diharap, dengan penganjuran bengkel ini dapat membantu anggota dalam pengurusan TB dan Kusta di PKD Dungun dengan lebih baik dan berkesan.




PROGRAM LAWATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERSEKITARANDI PUSAT KOREKSIONAL DUNGUNTarikh: 06 Mei 2026Tempat: Pusat Koreks...
06/05/2026

PROGRAM LAWATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PERSEKITARAN
DI PUSAT KOREKSIONAL DUNGUN

Tarikh: 06 Mei 2026
Tempat: Pusat Koreksional Daerah Dungun

Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS) Pejabat Kesihatan Daerah Dungun bersama Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM), Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor serta Sektor Tibi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengadakan satu lawatan dan pemeriksaan kesihatan persekitaran di Pusat Koreksional Dungun. Program ini telah disertai oleh seramai 18 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai jawatan termasuk Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains Pemakanan, Pegawai Teknologi Makanan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pusat Koreksional Dungun, Encik Ahmad Ikhwan Naim bin Mohd Zin.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk penerangan ringkas berkaitan pengoperasian Pusat Koreksional Dungun, pemeriksaan kesihatan persekitaran di kawasan sel, fasiliti kesihatan dan persekitaran penjara, pemeriksaan keselamatan dan kualiti makanan di kilang roti, dapur dan kantin penjara serta pemeriksaan potensi tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan sekitar.

Program ini diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama antara agensi serta memastikan tahap kesihatan dan keselamatan persekitaran di Pusat Koreksional sentiasa berada pada tahap optimum dan sentiasa selamat.





Address

Dungun District Health Office
Kuala Dungun
2300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098422101

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share