03/12/2025
Di rumah, ramai mak ayah lega bila nampak anak aktif.
Makan berselera, berlari, p**i tembam. Dalam kepala kita, itu tanda anak sihat dan cukup makan.
Tapi bila klinik minta naik atas penimbang, barulah kita perasan nombor yang keluar tidak selari dengan bayangan dalam kepala.
Mengikut survei kebangsaan, obesiti kanak kanak bawah 18 tahun di Malaysia naik daripada sekitar 12 peratus pada tahun 2015 kepada hampir 15 peratus pada 2019 dan kekal tinggi sekitar 14 peratus pada 2022.
Untuk remaja 13 hingga 17 tahun, gabungan overweight dan obesiti sudah mencecah kira kira satu dalam tiga orang.
Masalahnya, obesiti pada kanak kanak tidak nampak menakutkan pada awal.
Anak masih boleh lari, masih boleh gelak, masih boleh naik tangga.
Yang kita tidak nampak ialah hati, sendi, tekanan darah dan gula dalam badan yang terpaksa bekerja lebih kuat sejak kecil.
Ini bukan salah mak ayah semata mata.
Kita hidup dalam dunia yang penuh iklan makanan, minuman manis murah, skrin di tangan dan kawasan permainan yang terhad.
Tapi sebagai penjaga, kita masih ada ruang kecil untuk betulkan laluan, walaupun sedikit.
Tidak perlu diet ekstrem atau paksa anak kurus.
Cukup mula dengan tiga benda kecil
kurangkan air manis di rumah
hadkan jajan dan makanan segera kepada hari tertentu sahaja
dan ajak anak bergerak bersama, bukan suruh mereka sahaja.
Berat badan mereka mungkin tidak turun mendadak, tetapi haluan hidup mereka perlahan perlahan berubah.
Anak tidak minta lahir dalam dunia yang penuh pilihan tidak sihat.
Kitalah yang boleh tolong seimbangkan semula, supaya badan kecil mereka tidak terus membawa beban orang dewasa.