16/11/2025
9 tanda Ibubapa boleh tahu, dalaman anak sedih kerana masalah Visual Software bila belajar.
Terdapat dua jenis lorong dalam laluan kita.
Satu lorong dipenuhi dengan kanak-kanak yang melompat kegembiraan sambil berjalan.
Mereka lemparkan senyuman.
Dan kelihatan tiada apa yang perlu dirisaukan.
Kita berikan buku cerita, bertambah mereka gembira.
Kita tersenyum.
Satu lorong lagi dilalui oleh kanak-kanak yang kelihatan gusar.
Takut dan risau.
Sentiasa berfikir tentang diri mereka yang lain daripada kanak-kanak yang berada pada lorong Gembira.
Bila kita berikan hadiah buku cerita, mereka seolah takut menerima.
Kebanyakannya akan menolak untuk terima.
Kita rasa keliru.
"Bukankah kanak-kanak s**a buku cerita?"
Kita rasa pelik.
Belum mampu mendapatkan jawapannya.
Setiap kanak-kanak ini membawa beg untuk sampai ke penghujung jalan.
Beg yang berat itu semakin memperlahankan langkah mereka.
Tidak kira jenis kanak-kanak di lorong gembira, atau di lorong sedih.
Kanak-kanak di lorong gembira semuanya dapat menghabiskan perjalanan hingga ke akhir.
Dan 'latihan' mengangkat bebanan itu membuatkan mereka lebih kuat untuk hadapi apa jua bebanan selepas ini.
Tetapi tidak pada kanak-kanak dilorong Sedih.
Kebanyakannya tidak dapat berjalan hingga ke hujung lorong.
Tiada kemahiran yang dikuasai, malah mereka rasa semakin lemah secara dalaman dan juga secara luaran.
Kalau semudah itu kita boleh pisahkan lorong Gembira dan lorong Sedih, kita akan dapat ukur sejauh mana anak kita rasai setiap kali mereka belajar setiap hari.
Hari demi hari..
Minit demi minit..
Tapi tidak semudah itu untuk memisahkan mereka secara dengan mata kasar.
Terutama bila terdapatnya masalah Visual Software (pada deria mata) ketika belajar.
Ia berbeza dari Rabun jauh.
Kerana brain terlibat dalam proses memahami dan memberi tumpuan akan apa yang dipelajari.
Bila melibatkan tentang deria mata, bagi seorang kanak-kanak, mereka tidak dapat menerangkan apa yang mereka 'nampak berlainan' pada tulisan ketika membaca.
Paling mudah, mereka akan kata
"Nampak kaburlah Mama." Atau
"Adik letihlah Mama."
Itulah respon yang selaliu akan mereka berikan.
Tetapi s**ar untuk mereka beritahu bila nampak seperti ini :
1- Perkataan makin lama, makin kabur jika diteruskan membaca.
2- Perkataan jadi berganda, kabur dan bergerak-gerak.
3- Rasa sakit dibahagian kening, dan kawasan sekitar bola mata.
4- Selalu terlepas baris ayat dibawah (dan terpaksa mencari dimana)
5- Sering tertidur, walaupun cukup tidur.
6- Sukar belajar perkara yang baru. Ambil masa yang lebih lama untuk memahami.
7- Daya tumpuan tidak dapat dibuat pada tempoh yang lebih lama.
8- Sukar mengingati apa yang dibaca, walaupun telah banyak nota dibuat.
9- Lambat menyalin kerana lambat beri jelas pada papan putih dan buku.
Ini adalah ciri yang paling banyak dijumpai apabila disiasat dalam klinik Vision Therapy Optomedik.
Jika lebih dari 3 akan ciri-ciri aduan dari 9 yang di atas, mereka perlu segera dibantu dengan Vision Therapy dan Cermin Rawatan yang dapat mengurangkan simptom.
Kerana jika tidak dibantu,
Selamanya kita akan lihat anak kita akan berada pada lorong Sedih, kerana usaha mereka tidak menampakkan sebarang kejayaan.
Apabila mereka rasa tidak akan berjaya, maka ada yang telah berputus asa dan lebih s**a terus berada pada taraf pelajar 'tidak bijak'.
Kerana jika mereka memaksa diri berusaha lebih dalam belajar, maka rasa tidak sihat akan berterusan menghantui diri mereka.
Mereka bukannya tidak bijak, tetapi dihalang potensi sebenar kerana Visual Software yang tidak dilatih setara dengan beban belajar.
Kita mampu tarik kembali tangan anak ke jalan Gembira, jika kita berkorban masa, tenaga dan minda yang terbuka, untuk uji dan rawat segala masalah yang dihadapi oleh Deria Mata.
Dan kita telah tahu, ia bukan dengan sekadar memakai cermin mata biasa.
Shahrizal Redwan.
Optometrist yang Fokus pada
Klinik Vision Therapy
Penulis "Rawat Struggle Belajar Dengan Vision Therapy."