Page Rasmi Sheikh Mohd Fakhrunnur Mohamad

Page Rasmi Sheikh Mohd Fakhrunnur Mohamad Pengijazah / Pewaris Tunggal bagi Sanad Rawatan, Sheikh Husin al-Ashriy (Malaysia). Perguruan daripada Ulama Quran Azhar, Mesir. Waktu rawatan: 10pg-10mlm.

-Pewaris Tunggal Ijazah Sanad Pgubatn Islam dr Sheikh Husen al'Ashriy,Sheikhul Qurra'&Pakar Pgubatn Islam/Pensyarah Kuliah Al-Quran Azhar (Mansoura)

-Pengasas Pusat Rawatan Syifa' al-Bashiroh

Akuan KKM:API-PP2023/*****

-Pegawai Penilai di JPK KESUMA Pengamal berdaftar KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KKM (Bidang Pengubatan Islam)

Ijazah Merawat dengan Al-Qur'an, Kedutaan Malaysia-Kaherah

Pengi

ktirafan JPK Kementerian Sumber Manusia KSM: Perawatan Ruqyah

Pegawai Penilai dan Penyelaras Pusat Bertauliah (Bidang Perawatan Ruqyah) di JPK, Kementerian Sumber Manusia KSM

Menerima Ijazah "Sheikhul Mujaz wal Mujiz" atau Khalifah Sanad Perubatan Islam (Mesir 2007-kini). Ahli Bersekutu dengan Darussyifa' Malaysia. Jadual hari rawatan:

Setiap hari Sabtu-Khamis -kecuali Hari Jumaat Cuti. Link whatsapp Urusetia:

https://wa.link/jy9u1i

https://wa.link/7ysegw

Lokasi(waze/googlemap)
https://maps.app.goo.gl/fiAmNCqqnwbwhtdo8

BIODATA PERAWAT. Ustaz Mohd Fakhrunnur bin Mohamad adalah anak kelahiran negeri Kelantan Darul Naim. Beliau adalah graduan lepas Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, Mesir dalam bidang Al-Quran selama 3 tahun. Beliau pernah memegang jawatan sebagai imam di Masjid KLIA (dikenali Masjid Bulatan KLIA ketika itu). Dalam bidang pengubatan Islam dan perawatan ruqyah, beliau telah berguru secara langsung dengan Pakar Perawatan Islam yang juga merupakan Sheikhul Qurra' dan Ulama merangkap Pensyarah Kuliah Takhassus Al-Quran wa 'Ulum Al-Quran, al-Azhar al-Syarif Mesir (Muhafazah Daqahliya Mansourah) iaitu Sheikh Husin al-Ashriy sejak tahun 2007. Beliau merupakan murid kanan Sheikh Husin al-Ashriy dan diamanahkan menjadi Khalifah Sanad (Pewaris Tunggal Sanad Perawatan Ruqyah) Sheikh Husin al-'Ashriy di Malaysia-Mesir. Bahkan, beliau adalah pewaris tunggal rawatan Islam bersambung Sanad Sheikh Husin al-Ashriy yang bersambung pula kepada al-Marhum al-Allamah Sheikh Abdoul Khaliq al-Attor, insan perintis ilmu Perubatan Syifa di Mesir. Setelah menempuh tempoh perguruan yang lama (2007-2018). Pada awal 2019, beliau diberikan ijazah sanad yang membawa gelaran Sheikhul Mujaz wal Mujiz fi Mualajah bi Al-Qur'an oleh Sheikh Husin al-Ashriy, diijazahkan sanad khusus merawat dengan Al-Quran yang mendapat pengesahan iktiraf Ijazah Sanad Merawat dengan Al-Quran dari Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah, Mesir. Beliau memiliki lebih kurang 22 Sanad Al-Quran yang mutawatirah kepada Rasulullah SAW dan berguru secara bertalaqqi (sanad) daripada beberapa Tokoh Ulama Quran terkemuka, antaranya Sheikh Dr Tawfiq Ibrahim Domroh (Jordan), Sheikh Adnan al Urdhi (Jordan), Sheikh Hasan Rajab (Kaherah), Sheikh Dr Redha Ali Darwish al Ilwani (Kaherah), Sheikh Hesham Bari Rajih (Kaherah), Sheikh Fahmi Zam-zam, TG Nik Radzi Nik Mat, TG Abdullah Rantau Panjang, Sheikh Husin al Ashriy (Mansoura) dan lain-lain. Pada masa kini, beliau adalah merupakan Pengasas Pusat Rawatan Syifa al-Bashiroh Kuala Ketil Kedah

10/08/2025

Alhamdulillah berkah perguruan dalam pengubatan Islam sejak 2007, secara langsung daripada Sheikhul Qurra Azhar Mansourah Mesir


Rawatan Syifa Albashiroh telah menerima perlantikan sebagai Ahli Bersekutu Darussyifa,
di samping Sanad Mujaz wal Mujiz Ilmu Perawatan dengan Al-Quran daripada Ulama Azhar, Sheikh Husin al-Ashriy melalui kaedah Talaqqi Mushafahah dan Praktikal Amali, terjemahan dan perakuan dokumen ijazah disahkan di Kedutaan Malaysia Kaherah.

Di Malaysia, kami memiliki tiga perakuan seperti berikut:

1) Perakuan Pengamal Berdaftar KKM (Form F)

2) Perakuan Pengecualian Daftar Sementara (Form D)

3) Perakuan Pengamalan Pengamal atau Pusat Rawatan yang berdaftar KKM (Form K)

❤️

06/08/2025

Khas Malam Live Malam ini

https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8yeLFt233lo&_r=1

DOA DAN MUNAJAT BIL QUR'AN SUPAYA KEADILAN BUAT ARWAH ADIK ZARA QAIRINA. SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN KEPADA KITA SEMUA APA SEBENARNYA TERSELINDUNG SEBALIK PEMERGIAN SEORANG ANAK PERMATA HATI SANG IBU

BERMULA PADA JAM 12MLM SELESAI.

Syukur alhamdulillah dgn izin Allah.. testimoni pesakit pusat rawatan kami Mai Dari Sri Kembangan..xkenal dia Dan xtaw d...
14/07/2025

Syukur alhamdulillah dgn izin Allah.. testimoni pesakit pusat rawatan kami Mai Dari Sri Kembangan..xkenal dia Dan xtaw dia sakit cmna dia xhabaq..cuma masa pesakit ni Mai lama dia tgu sbb dia walkin..

Dan kebetulan hartu ramai pesakit..lama kak ni tgu..Masa ruqyah kak ni teriak2 tpi alhamdulillah Masih bertenang..

Masa Dia wasap testimoni ni aku yg baca pun rasa sebak..syukur..yg penah sakit bertahun taw mcmna perasaan kak ni..semoga kak ni diizinkan kesembuhan dan anknya beransur sihat..Amin..aminn..




Alhamdulillah dgn izin Allah selesai rawatan pada pesakit2 kami...yg jauh Dan dekat Mai untuk rawatan... terimakasih sem...
03/07/2025

Alhamdulillah dgn izin Allah selesai rawatan pada pesakit2 kami...yg jauh Dan dekat Mai untuk rawatan... terimakasih semua yg hadir.semoga semua diizinkan kesembuhan.....amin.amin..

Yg nk Mai blh wasap admin 0192269757@0164591400..

Terimakasih




01/07/2025

Check out SHEIKH FAKHRUNNUR’s video.

29/06/2025

Wahai Nabiyallah..
Aku sentiasa disuruh ibuku berselawat ke atas Mu..dibimbing sanad selawat daku oleh Guruku, Sheikh Husin al Ashriy daripada gurunya Sheikhul Azhar (Mantan Rektor Azhar) Sheikh Dr Ahmad Umar Hashim yang berantai sanad mereka kepada Mu..daku juga menyuruh pesakit-pesakit yang datang kepadaku khidmat dengan berselawat ke atas Mu..tanpa putus sepanjang meruqyah mereka..

Aku pernah merasa kehilangan demi kehilangan...namun segalanya terubat dengan mengenangkan Mu..

Pilihlah masukkan aku sekali kalangan yang ingat kepada Mu.
Jangan lupakan fakhrunnur ini ya Sayyidi Ya Rasulallah.

❤️

26/06/2025
Reposted Hampir sebulan x update fb....Mai balik malam ni bersawang hbis dh fb pun aih....Sebulan x update penuh hp dh g...
09/06/2025

Reposted

Hampir sebulan x update fb....Mai balik malam ni bersawang hbis dh fb pun aih....

Sebulan x update penuh hp dh gmbaq2 pesakit...yg terpadam pun ada dh.kita simpan sini..

Alhamdulillah dgn izin Allah seleesai rawatan kt pesakit2 pusat rawatan kami..Semoga semua pesakit diizinkan kesembuhan..amin.amin..

Admin.




Address

PUSAT RAWATAN SYIFA' AL BASHIROH, NO 10A TAMAN BESTARI, KUALA KETIL
Kuala Ketil
09300

Opening Hours

Monday 11:00 - 19:00
Tuesday 11:00 - 19:00
Wednesday 11:00 - 19:00
Thursday 11:00 - 19:00
Saturday 11:00 - 19:00
Sunday 11:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Page Rasmi Sheikh Mohd Fakhrunnur Mohamad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Page Rasmi Sheikh Mohd Fakhrunnur Mohamad:

Share