24/04/2026
23.4.2026 Khamis
Kunjungan hormat daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Klawang oleh PPgB Mohd Farid Bin Mohd Desa (Ketua Balai), PBK Mazizal Esuan Bin Abdul Majid (EMRS) dan PBK Mohd Shahri Bin Md Razali (EMRS) serta wakil dari Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan; TPgB Mohd Shawaluddin Bin Ami Nordin (Bahagian Operasi Kembombaan dan Penyelamat) ke Hospital Jelebu pada Khamis, 23 April 2026
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik dalam aspek keselamatan, kesiapsiagaan kecemasan serta pengukuhan hubungan antara agensi demi kesejahteraan komuniti. Di samping perbincangan mengenai pelaksanaan sesi pelatihan dan program attachment pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) sebagai usaha memperkasakan kecekapan respon kecemasan secara bersepadu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kunjungan ini. Semoga jalinan kerjasama antara Hospital Jelebu dan pihak Bomba terus diperkukuh serta memberi manfaat berterusan kepada masyarakat, khususnya dalam aspek keselamatan dan perkhidmatan kecemasan.