Klinik Kesihatan Bahagia

Klinik Kesihatan Bahagia Klinik Kesihatan Bahagia terletak di Kampung Bahagia, Kuala Krai

πŸ‰πŸŒ± KEBUN KOMUNITI LESTARI KK BAHAGIA: TEMBIKAI KITA DAH BERBUAH! πŸŒ±πŸ‰Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga Kampu...
26/03/2026

πŸ‰πŸŒ± KEBUN KOMUNITI LESTARI KK BAHAGIA: TEMBIKAI KITA DAH BERBUAH! πŸŒ±πŸ‰

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga Kampung Bahagia!

Ada berita gembira dari "laman belakang" kita! Alhamdulillah, hasil usaha tenaga bersama, pokok tembikai di Kebun Komuniti Lestari kita kini sedang meriah berbuah! πŸ˜πŸ‰

πŸŽ‰πŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN! πŸŒ™πŸŽ‰Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar... Gema takbir raya baka...
20/03/2026

πŸŽ‰πŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN! πŸŒ™πŸŽ‰
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar... Gema takbir raya bakal berkumandang! Kami seluruh warga kerja Klinik Kesihatan Bahagia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua penduduk Kampung Bahagia dan followers kesayangan page kami! πŸ’›πŸ’š
Sempena bulan Syawal yang mulia ni, kami nak susun sepuluh jari memohon kemaafan ('kosong-kosong' deh! 🀝) andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, atau ada yang terpaksa tunggu giliran masa datang dapatkan rawatan di klinik. Kami sayang semua pesakit kami! πŸ₯°
🩺 Pesanan Penaja Sempena Raya (Wajib ada sebab kami staf kesihatan kan!):
βœ… Makan rendang, ketupat, dan lodeh tu memang tak salah, TAPI... ingat berhenti sebelum terlalu kenyang. Makan secara sederhana ya. πŸ˜‰
βœ… Kurangkan manis dalam air balang, lebihkan manis dalam senyuman masa berziarah!
βœ… Jangan lupa selit ulam sikit dalam pinggan tu buat potong rasa lemak daging.
Semoga Syawal kali ini membawa seribu kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, dan mengeratkan lagi ikatan silaturrahim komuniti kita di Kampung Bahagia.
Hati-hati di jalan raya, dan selamat bergembira bersama keluarga tercinta! πŸš—πŸ’¨

15/12/2025
Hari Budaya Tradisional KK Bahagia hari ini memang meriah! 🎊Program anjuran NCD PKD Kuala Krai ini disambut dengan penuh...
15/12/2025

Hari Budaya Tradisional KK Bahagia hari ini memang meriah! 🎊
Program anjuran NCD PKD Kuala Krai ini disambut dengan penuh semangat bersama warga emas Kampung Bahagia.

Pelbagai aktiviti tradisional dipertandingkan seperti bidas, kokok nyor, dam haji, musang berjanggut, carrom dan gubah tuala β€” penuh gelak tawa dan kenangan! πŸ˜„

Selain berhibur, kami turut berkongsi ilmu melalui ceramah kesihatan bertajuk β€œDiabetes dan Gaya Hidup Sihat” untuk sama-sama jaga kesihatan dan kekal aktif.

Terima kasih semua yang hadir dan memeriahkan program hari ini πŸ’• Semoga kita berjumpa lagi!

Fuhh semalam memang meriah sungguh! 😍Hampir 200 peserta turun padang sempena Fun Run Bahagia 2025, anjuran Unit NCD PKD ...
12/10/2025

Fuhh semalam memang meriah sungguh! 😍
Hampir 200 peserta turun padang sempena Fun Run Bahagia 2025, anjuran Unit NCD PKD Kuala Krai bersama Klinik Kesihatan Bahagia! 🌿

Ada yang lari laju macam nak kejar jodoh πŸ’˜,
ada yang santai-santai sambil bersembang,
tapi semua pulang dengan senyuman dan peluh sihat! πŸ’ͺπŸ˜„

Dan yang paling best β€” 99 hadiah cabutan bertuah! 🎁
Siapa yang dapat bag, bantal, lampu, dan gold coin tu… tahniah, rezeki jangan ditolak! 🀭

Terima kasih semua yang hadir dan menyokong.
Jumpa lagi di program akan datang, sebab Bahagia ni… bukan nama saja, tapi rasa yang dikongsi bersama! πŸ’š

Lari-lari pagi sampai berpeluh,
Habis lari minum air Kak Na,
Fun Run Bahagia memang best sungguh,
Dapat sihat, cabutan pun kena! πŸŽ‰

27/03/2025

𝑼𝒄𝒂𝒑𝒂𝒏 π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π‘―π’‚π’“π’Š π‘Ήπ’‚π’šπ’‚ π‘¨π’Šπ’…π’Šπ’π’‡π’Šπ’•π’“π’Š 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏 2025 (𝑴) /1446𝑯

Gemersik Takbir Mengundang Tiba,
Salam Diutus Tanda Ingatan,
Syawal Dinanti Menjelang Tiba,
Salam Diutus Pohon Kemaafan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2025
Maaf Zahir & Batin

Semoga kita termasuk golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ikhlas dari :-
Warga Klinik Kesihatan Bahagia

15/12/2024

Untuk Ibu Hamil yang Risau Tentang Kos Pemeriksaan Kesihatan

Kepada ibu-ibu yang sedang hamil tetapi bergelut dengan kekangan kewangan, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian.

Ada jalan untuk anda memastikan kesihatan diri dan bayi anda terjaga, walaupun dalam keadaan kewangan yang sempit.

Di Klinik Kesihatan Kerajaan, pemeriksaan kehamilan adalah sangat murah atau percuma untuk warganegara Malaysia.

β€’ Hanya RM1 untuk pendaftaran.
β€’ Suplemen penting seperti asid folik dan zat besi disediakan secara percuma untuk membantu kesihatan anda dan bayi.
β€’ Jika ada keperluan ujian tambahan, ia juga biasanya dibiayai sepenuhnya.

Kehamilan adalah perjalanan yang indah tetapi penuh cabaran. Jangan biarkan rasa malu atau risau soal kewangan menjadi penghalang untuk anda mendapatkan penjagaan yang anda layak ❀️

22/10/2024Lawatan ibu dan anak ke rumah pesakit sekitar sungai Galas untuk pemeriksaan ibu dan anak. Lawatan rumah dijal...
25/10/2024

22/10/2024

Lawatan ibu dan anak ke rumah pesakit sekitar sungai Galas untuk pemeriksaan ibu dan anak. Lawatan rumah dijalankan oleh 3 orang petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Bahagia dan Pejabat Kesihatan Kuala Krai.

Address

Kampung Bahagia
Kuala Krai
18000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60179578437

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Bahagia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Bahagia:

Share