Kenali Ubat Anda Hospital Kuala Kubu Bharu

Kenali Ubat Anda Hospital Kuala Kubu Bharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kenali Ubat Anda Hospital Kuala Kubu Bharu, Jalan Hospital, Kuala Kubu Bharu.

Sama-sama kita kembangkan ilmu ubat-ubatan! 🫢🏼

Team Kenali Ubat Anda 2024
Jabatan Farmasi
Hospital Kuala Kubu Bharu

Penyelaras:
PF Afiah

Penyelaras DUTA KUA:
PF Wan Fazlinawati
PF Kogilaa
PF Syahmi

19/09/2024

Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2024, Hospital Kuala Kubu Bharu. ✨

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda! Ayuh sama-sama kita memeriahkan, jumpa anda di sana! πŸ₯³

πŸ“š Sudut Perkongsian Kenali Ubat Anda πŸ“šAdakah anda mempunyai ubat yang luput tarikh atau ubat yang berlebihan di rumah…?πŸ’ ...
30/07/2024

πŸ“š Sudut Perkongsian Kenali Ubat Anda πŸ“š

Adakah anda mempunyai ubat yang luput tarikh atau ubat yang berlebihan di rumah…?

πŸ’ πŸ”ΈπŸ’ πŸ”ΈπŸ’ πŸ”ΈπŸ’ πŸ”ΈπŸ’ 

πŸ—£οΈ Ubat yang sudah β€œexpired”, nak lupus macam mana?

Tahukah anda, bahawa membuang ubat bersama sisa domestik ke dalam tandas atau sinki di rumah, atau terus ke dalam sistem saliran boleh menyebabkan pencemaran sumber air seperti sungai, kolam, tasik, dan laut?

Sumber air ini kemudiannya diproses dan dirawat untuk menjadi air minuman dan aktiviti harian lain. Risiko kepada kesihatan manusia akan meningkat dengan pendedahan yang berterusan kepada sisa farmaseutikal.

Jadi, apakah kaedah yang tepat untuk menguruskan ubat-ubatan seperti ini?

Kaedah yang disarankan adalah:

πŸ’‘ Pulangkan ubat-ubat tersebut ke farmasi* untuk dilupuskan dengan cara yang selamat dan betul.

*Sebaiknya ke unit farmasi di fasiliti yang anda menerima rawatan.

πŸ’ πŸ”ΈπŸ’ πŸ”ΈπŸ’ πŸ”ΈπŸ’ πŸ”ΈπŸ’ 

πŸ—£οΈ Ubat masih ada baki dirumah, bagaimana nak uruskan?

Tahukah anda, bahawa ubat-ubatan yang disimpan dengan rapi, pada suhu penyimpanan yang tepat boleh bertahan dan digunakan sehingga tarikh luput yang tertera pada setiap β€œblister” atau kotak ubat?

Jika kita semua mengamalkan pengurusan ubat-ubatan dirumah dengan baik seperti memastikan penyimpanan ubat yang tepat dan menggunakan ubat secara berhemah, kita mampu mengelakkan pembaziran ubat. Seterusnya, pembuangan ubat-ubatan juga dapat dikurangkan.

Jadi, apakah amalan baik untuk memastikan penggunaan ubat yang berhemah ini?

Amalan baik yang disarankan adalah:

πŸ’‘ Pastikan anda kemaskini dahulu baki ubat dirumah dan tarikh luput ubat sebelum mengambil bekalan ubat baru dari farmasi.

πŸ’‘Jika masih ada baki ubat dirumah yang belum melepasi tarikh luput, anda boleh habiskan ubat tersebut terlebih dahulu.

πŸ’‘ Ambil ubat mengikut waktu yang ditetapkan setiap hari, supaya tidak akan ada ubat berlebihan dirumah, disamping memastikan keberkesanan rawatan. Sebagai contoh, ubat sakit kronik seperti penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis perlulah diambil secara berterusan.

πŸ’ πŸ”ΈπŸ’ πŸ”ΈπŸ’ πŸ”ΈπŸ’ πŸ”ΈπŸ’ 

Jom sama-sama kita mengamalkan penggunaan dan pengurusan ubat yang terbaik. Kita mampu lakukannya! πŸ˜‰

🌼 Disediakan oleh:
Peg. Farmasi Mei Wei
Peg. Farmasi Afiah

πŸ’Š Jabatan Farmasi
πŸ₯ Hospital Kuala Kubu Bharu

15 hari lagi Ramadhan akan tiba,Rohani dan jasmani kita siapkan.Puasa dan ubat ada kaedahnya,Cara yang tepat kita amalka...
25/02/2024

15 hari lagi Ramadhan akan tiba,
Rohani dan jasmani kita siapkan.
Puasa dan ubat ada kaedahnya,
Cara yang tepat kita amalkan. πŸ•Œ

πŸ’Š Kenali Ubat Anda: Siri Pra-Ramadhan πŸ’Š

🎬 Episod 1️⃣
Jom kenali ubat yang tidak membatalkan puasa; dan ubat yang membatalkan puasa.

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan nasihat daripasa Ahli Farmasi terdekat anda. πŸ˜‰

30/01/2024

πŸ“£ π—¦π—˜π— π—”π—ž 𝗗𝗔𝗑 π—•π—”π—‘π——π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—‘ 𝗛𝗔π—₯π—šπ—” 𝗨𝗕𝗔𝗧

πŸ“ Ambil tahu dan buat penilaian sebelum pembelian ubat dengan membuat perbandingan harga melalui pelbagai sumber seperti:

1️⃣ Fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti
2️⃣ Aplikasi telefon pintar dan laman sesawang fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti
3️⃣ Harga Panduan Pengguna (HPP) di portal Program Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengalu-alukan orang awam untuk mengemukakan sebarang aduan berkaitan harga ubat yang dijual di fasiliti kesihatan swasta (hospital/ klinik swasta) atau di farmasi komuniti, sekiranya anda merasa terbeban dengan harga ubat-ubatan untuk tindakan selanjutnya.

π—π—”π——π—œπ—Ÿπ—”π—› π—£π—˜π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—” π—¬π—”π—‘π—š π—•π—œπ—π—”π—ž!
"π—•π—”π—‘π——π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—‘ 𝗛𝗔π—₯π—šπ—” 𝗗𝗔𝗑 π—£π—œπ—Ÿπ—œπ—› 𝗨𝗕𝗔𝗧 π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗔π—₯π—šπ—” π—•π—˜π—₯𝗣𝗔𝗧𝗨𝗧𝗔𝗑"

---
Ikuti kami di:
TikTok : https://www.tiktok.com/
Instagram : https://www.instagram.com/kenaliubatanda

Duta Kenali Ubat Anda Hospital Kuala Kubu Bharu.  Jika ingin berkolaborasi,  boleh hubungi Duta Kenali Ubat Anda atau Un...
24/11/2023

Duta Kenali Ubat Anda Hospital Kuala Kubu Bharu.

Jika ingin berkolaborasi, boleh hubungi Duta Kenali Ubat Anda atau Unit Farmasi Hospital Kuala Kubu Bharu.

Kami boleh berkongsi maklumat mengenai ubat-ubatan. Pihak kami juga boleh semak ubat-ubatan anda di rumah (Duta Prihatin Masyarakat). Pelbagai aktiviti menarik kami sediakan semasa Pameran diadakan. Semua adalah PERCUMA.




Kerintangan antibiotik boleh berlaku apabila antibiotik tidak diambil dengan cara yang betul. Contohnya, berhenti mengam...
22/11/2023

Kerintangan antibiotik boleh berlaku apabila antibiotik tidak diambil dengan cara yang betul. Contohnya, berhenti mengambil antibiotik sebelum habis tempoh rawatan atau menggandakan pengambilan dos antibiotik tanpa keperluan

SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA peringkat HOSPITAL KUALA KUBU BHARU anjuran UNIT FARMASI. Semua dijemput hadir bagi memeri...
22/09/2023

SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA peringkat HOSPITAL KUALA KUBU BHARU anjuran UNIT FARMASI.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan.

Jom ambil tahu tentang penyakit influenza.
03/08/2023

Jom ambil tahu tentang penyakit influenza.

Jom Kenali Opiat
23/06/2023

Jom Kenali Opiat

Adakah anda pengguna ubat sedut (inhaler) ? Kenali perbezaan kedua dua ubat ini. Warna berbeza, fungsi juga berbeza.
13/02/2023

Adakah anda pengguna ubat sedut (inhaler) ? Kenali perbezaan kedua dua ubat ini. Warna berbeza, fungsi juga berbeza.

Anda mengalami batuk dan selesema? Perlu ke anda mengambil antibiotik?
22/01/2023

Anda mengalami batuk dan selesema? Perlu ke anda mengambil antibiotik?

Sekiranya anda mengalami alahan, apa yang anda boleh ambil?
17/01/2023

Sekiranya anda mengalami alahan, apa yang anda boleh ambil?

Address

Jalan Hospital
Kuala Kubu Bharu
44000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kenali Ubat Anda Hospital Kuala Kubu Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram