Unit Farmasi PKD Lipis

Unit Farmasi PKD Lipis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Farmasi PKD Lipis, Medical and health, PKD LIPIS, Kuala Lipis.

21/02/2025
23/07/2024

𝐔𝐒𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 πŒπ”πƒπ€π‡ πŒπ€π’π€π‹π€π‡ πŠπ„π‹π„πŒπ”πŒπ”π‘ πŸ‘©β€πŸ¦°

Artikel ini telah ditulis oleh Puan Nurul Nadiah Binti Saripsah, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ramai yang mengidamkan rambut yang cantik dan kulit kepala yang sihat. Namun, antara perkara yang sering menghalang untuk keinginan tersebut tercapai ialah masalah kelemumur. Kelemumur bukan sahaja menjejaskan penampilan malah dapat merendahkan keyakinan diri.

Kelemumur kebiasaannya berwarna putih dan terhasil daripada proses pengelupasan sel kulit mati di kepala secara berlebihan. Keadaan ini mengakibatkan kulit kepala menjadi kering serta menyebabkan rasa gatal dan tidak selesa. Selain masalah kelemumur biasa yang lazim berlaku kepada kebanyakan orang, terdapat juga individu yang mengalami masalah kulit yang kronik, iaitu pembentukan keruping kulit kepala yang berlebihan, seperti seborrhea dan psoriasis.

Seborrhea merupakan satu keadaan keradangan kulit kepala yang menyebabkan keruping kulit kepala yang lebih tebal terkumpul, berwarna kekuningan dan lebih berminyak. Psoriasis p**a ialah masalah pertumbuhan kulit kepala yang berlebihan hingga menjadikan kulit kepala menjadi kemerah-merahan, tebal, bersisik dan membentuk keruping berwarna perak.

𝑷𝒖𝒏𝒄𝒂 π’Œπ’†π’π’†π’Žπ’–π’Žπ’–π’“ π’•π’†π’“π’‹π’‚π’…π’Š

Penyebab utama bagi masalah kelemumur masih tidak dapat diterangkan dengan jelas, namun terdapat penemuan menunjukkan bahawa kelemumur mungkin berlaku disebabkan oleh kulat Malassezia. Kulat ini hidup pada kulit kepala kebanyakan orang dewasa tanpa menimbulkan sebarang masalah. Namun demikian, kajian menunjukkan bahawa pop**asi kulat Malassezia yang terlalu banyak sering ditemui pada individu yang mengalami kelemumur. Dapatan ini mencadangkan kemungkinan kulat ini merupakan penyebab kelemumur terjadi.

Kelemumur mudah terjadi kepada individu yang tidak menjaga kebersihan diri terutamanya dari segi penjagaan rambut. Kulit kepala yang sentiasa berminyak akan menghasilkan sel kulit mati dalam kuantiti lebih banyak. Selain itu, tahap sensitiviti individu terhadap produk penjagaan rambut dalam pasaran, tekanan perasaan, perubahan hormon dan pemakanan yang tidak seimbang turut menjadi faktor risiko kepada penghasilan kelemumur.

π‘ͺ𝒂𝒓𝒂 π’Žπ’†π’π’„π’†π’ˆπ’‚π’‰ π’‘π’†π’π’ˆπ’‰π’‚π’”π’Šπ’π’‚π’ π’Œπ’†π’π’†π’Žπ’–π’Žπ’–π’“

Perkara utama yang boleh diamalkan untuk mencegah penghasilan kelemumur adalah dengan mencuci rambut dengan kerap bagi menghilangkan lebihan minyak daripada kulit kepala. Antara syampu yang disarankan ialah syampu antikelemumur yang mengandungi menthol kerana bahan aktif ini berkesan untuk mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.

Bukan itu sahaja, individu yang mempunyai masalah kelemumur hendaklah mengehadkan penggunaan alat pengering rambut, mengurus stress dengan baik, dan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin penuh, kuning telur, pisang, sayur-sayuran berdaun dan kekacang adalah penting untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat.

π‘Ήπ’‚π’˜π’‚π’•π’‚π’ π’–π’π’•π’–π’Œ π’Œπ’†π’π’†π’Žπ’–π’Žπ’–π’“

Masalah kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu antikelemumur. Sediaan untuk merawat kelemumur lazimnya berfungsi untuk mengurangkan pengelupasan, kegatalan dan melambatkan pertumbuhan sel kulit kepala serta membantu mengurangkan pertumbuhan kulat pada kulit kepala.

Antara sediaan yang boleh digunakan untuk merawat kelemumur ialah selenium sulfide yang terdapat dalam bentuk syampu. Selenium sulfide bertindak dengan mengurangkan kadar pertumbuhan sel kulit kepala. Selenium sulfide juga didapati mempunyai kesan antikulat. Syampu selenium sulfide boleh digunakan 1-2 kali dalam seminggu pada peringkat awal rawatan dan kemudiannya hanya apabila perlu atau mengikut arahan doktor. Elakkan sediaan ini daripada memasuki mata, hidung, mulut atau bahagian kulit yang luka.

Satu lagi sediaan yang biasanya menjadi pilihan dalam rawatan kelemumur ialah syampu coal tar. Bahan aktifnya berfungsi untuk memperlahan kadar penghasilan sel kulit kepala. Individu yang menggunakan coal tar hendaklah memastikan syampu ini dibersihkan dengan sempurna selepas setiap kali penggunaan kerana bahan ini boleh mengakibatkan warna rambut bertukar, meninggalkan kesan warna dan menyebabkan keradangan pada kulit kepala. Kekerapan penggunaan coal tar juga haruslah menepati arahan daripada doktor.

Selain sediaan yang bertindak ke atas penghasilan sel kulit kepala, sediaan yang mengandungi ubat antikulat juga sering digunakan untuk merawat kelemumur. Syampu antikulat, contohnya seperti ketoconazole dapat membantu mengelakkan pertumbuhan kulat yang diketahui menjadi salah satu punca keradangan kulit kepala dan kelemumur. Apabila menggunakan syampu ketoconazole, pesakit hendaklah meratakan dan membiarkannya pada rambut untuk 3-5 minit, sebelum membilas hingga bersih. Syampu ketoconazole boleh digunakan sebanyak 2 kali dalam seminggu bagi tempoh 2-4 minggu, bergantung kepada arahan doktor. Penggunaan syampu ketoconazole hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya 3 hari.

Terdapat juga sediaan yang diformulasikan dengan kombinasi asid salisilik. Bahan aktif ini membantu untuk menanggalkan kelemumur daripada kulit kepala. Namun begitu, asid salisilik turut menyebabkan kulit kepala menjadi kering. Produk ini hendaklah digunakan mengikut arahan doktor atau ahli farmasi bagi mengurangkan kesan sampingannya.

π‘Ίπ’†π’…π’Šπ’‚π’‚π’ π’‚π’π’•π’†π’“π’π’‚π’•π’Šπ’‡ π’…π’‚π’π’‚π’Ž 𝒑𝒂𝒔𝒂𝒓𝒂𝒏

Selain sediaan yang biasanya diberikan oleh doktor, pesakit yang mengalami kelemumur boleh juga mencuba produk lain yang terdapat dalam pasaran. Syampu yang mengandungi minyak tea tree didapati dapat membantu mengurangkan kelemumur dan menghilangkan kegatalan pada kulit kepala. Beberapa bahan lain seperti minyak bergamot, thyme, bawang putih dan peppermint turut dikatakan dapat membantu menjadikan kulit kepala lebih sihat dengan penggunaan yang konsisten. Sekiranya menggunakan produk alternatif ini, individu yang mengalami kelemumur harus mematuhi arahan penggunaan seperti yang dinyatakan pada label produk.

π‘΅π’‚π’”π’Šπ’‰π’‚π’• π’–π’π’•π’–π’Œ π’‘π’†π’”π’‚π’Œπ’Šπ’• 𝒅𝒂𝒏 π’π’“π’‚π’π’ˆ π’‚π’˜π’‚π’Ž

Masalah kelemumur biasa yang dialami oleh kebanyakan orang merupakan masalah yang dapat diatasi dengan menggunakan produk antikelemumur yang terdapat dalam pasaran. Walau bagaimanapun, individu yang mengalami kelemumur dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan lanjut jika masalah tersebut tidak berkurangan atau menjadi lebih teruk. Penilaian menyeluruh oleh doktor diperlukan supaya faktor penyebab kelemumur dapat dikenal pasti. Hal ini penting untuk memastikan rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah bersesuaian dengan punca sebenar masalah kelemumur yang dialami.

Sebagai tambahan kepada pemeriksaan doktor, pesakit juga dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat ahli farmasi tentang cara penggunaan ubat antikelemumur yang betul. Penggunaan yang betul bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan sediaan tersebut, malah dapat mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Di samping menggunakan sediaan antikelemumur, langkah pencegahan harus diamalkan secara berterusan supaya masalah kelemumur dapat dielakkan dengan lebih berkesan. Langkah mengatasi kelemumur secara efektif adalah penting kerana perkara ini bukan hanya dapat membantu meningkatkan penampilan estetik tetapi turut mempengaruhi tahap keyakinan diri seseorang individu.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Center, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

Ikuti kami di:
TikTok : https://www.tiktok.com/
Instagram : https://www.instagram.com/kenaliubatanda
Link: https://dewankosmik.jendeladbp.my/2023/07/10/7955

21/06/2024

Musim perayaan Aidiladha πŸŒ™ ✨ ini, tentunya menu berasaskan daging korban menjadi tumpuan.

Tahukah anda kaedah nyahbeku (defrost) daging korban πŸ₯© yang selamat serta dapat mengekalkan kesegaran daging❓

Jangan ambil mudah‼️ Proses ini penting semasa penyediaan makanan. Jika diabaikan ia boleh menjadi salah satu punca keracunan makanan.



12/03/2024
KARNIVAL KEKAL SIHAT MYCHAMPION NEGERI PAHANG βœ¨πŸ“†Tarikh : 9.3.2024⏰Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg🏠Tempat : Laman Sejahtera S...
12/03/2024

KARNIVAL KEKAL SIHAT MYCHAMPION NEGERI PAHANG ✨

πŸ“†Tarikh : 9.3.2024
⏰Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg
🏠Tempat : Laman Sejahtera Sg.Koyan 1, Lipis

Dengan kerjasama pasukan Kenali Ubat Anda Unit Farmasi PKD Lipis & Unit Farmasi Hospital Lipis, terdapat 2 aktiviti utama yang berjaya dijalankan iaitu Pameran Kenali Ubat Anda bersama Duta Ubat, Puan Rahmah di khemah MyCHAMPION. Di sana pengunjung diberi penerangan tentang ubat-ubatan dengan lebih jelas.

Manakala, sebuah lagi khemah yang dibuka iaitu khemah Pharmazania. Di khemah ini, pengunjung diberi peluang untuk beraktiviti sambil merasai pengalaman menjadi seorang pegawai farmasi. Aktiviti ini dibuka untuk semua peringkat umur termasuk lah dewasa & kanak-kanak di mana pengunjung didedahkan dengan tugas-tugas farmasi seperti menyaring preskripsi, menyediakan ubat, melabel ubat dan mendispensan ubat.

Karnival ini telah disertai hampir 5000 orang pengunjung. Sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan dan pengunjung yang berkunjung ke khemah kami tidak putus-putus bermula seawal karnival ini berlangsung.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YH Dato' Dr. Wan Rahim bin Wan Muhammad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) pada sesi petang dan berakhir dengan kunjungan YH Dato' ke setiap khemah-khemah pameran.

Terima kasih pihak penganjur karnival kerana menjemput pasukan Kenali Ubat Anda PKD Lipis untuk turut serta dalam karnival ini.




Salam ceria semua🀩Moh Deme πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”ŠSertai *Karnival Kekal Sihat MyCHAMPION Negeri Pahang:*πŸ—“ Tarikh: 9 Mac 2024 (Sabtu)πŸ• Masa...
07/03/2024

Salam ceria semua🀩

Moh Deme πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š

Sertai *Karnival Kekal Sihat MyCHAMPION Negeri Pahang:*

πŸ—“ Tarikh: 9 Mac 2024 (Sabtu)
πŸ• Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
πŸ“Tempat: Laman Sejahtera, Felda Koyan 1, Lipis

Datanglah beramai -ramai!!! Pelbagai aktiviti kesihatan menarik menanti semua.

πŸŽπŸ›οΈ Cabutan bertuah menanti para pengunjung yang hadir!!!




26/02/2024

ADAKAH SEMUA UBAT BOLEH DIHANCURKAN❓❓

Jom dengar sampai habis video ini..

18/02/2024
05/02/2024
05/02/2024

Salam ceria semua🀩

Jom sama2 kita dengarkan wawancara menarik yg akan ke udara hari ini pada pukul 10.30 pagi ini😍

Address

PKD LIPIS
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Farmasi PKD Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share