Pejabat Kesihatan Daerah Lipis

Pejabat Kesihatan Daerah Lipis Menyalurkan maklumat dan info2 berkaitan kesihatan serta isu2 semasa berkaitan kesihatan.

Pejabat Kesihatan Daerah Lipis menyokong Kempen Bring Thal to Light 2026 โค๏ธSebagai tanda solidariti terhadap pesakit Tal...
13/05/2026

Pejabat Kesihatan Daerah Lipis menyokong Kempen Bring Thal to Light 2026 โค๏ธ

Sebagai tanda solidariti terhadap pesakit Talasemia , bangunan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis telah diterangi dengan pencahayaan merah pada 8 Mei 2026.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai Talasemia serta menekankan kepentingan penjagaan dan sokongan berterusan kepada pesakit.









Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia, warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Lipis merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
12/05/2026

Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia, warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Lipis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jururawat atas jasa, dedikasi serta komitmen dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat. ๐Ÿ’

Keprihatinan, kecekalan dan profesionalisme anda semua amat dihargai serta menjadi tulang belakang dalam memperkukuh sistem kesihatan negara.

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia! โค๏ธ



๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐‘๐ˆ๐€ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Menerusi kolaborasi erat antara Unit Penyakit Bawaan Vek...
11/05/2026

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐‘๐ˆ๐€ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Menerusi kolaborasi erat antara Unit Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis, Sambutan Hari Malaria Sedunia 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 8 hingga 9 Mei 2026 bertempat di SK Lenjang, Lipis. Walaupun tarikh sambutan rasmi jatuh pada 25 April setiap tahun, penganjuran peringkat negeri kali ini tetap membawa mesej besar melalui tema โ€œEliminasi Malaria: Kita Boleh, Kini Kita Mampuโ€ (Driven to End Malaria: Now We Can. Now We Must.).

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Haji Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang. Suasana majlis bertambah meriah dengan kehadiran Dr Mohd Rahim bin Sulong, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Shafizah Binti Ahmad Shafei, Pegawai Kesihatan Daerah Lipis, En Hussaini Hj Ibrahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, serta Encik Che Faiz Farhan Bin Che Kamaruzzaman selaku Guru Besar SK Lenjang. Program ini turut dihadiri oleh para wakil jabatan dan agensi peringkat negeri serta daerah, Tok Batin, pemimpin komuniti, warga sekolah, dan seluruh penduduk sekitar Pos Lenjang.

Keberkesanan program ini juga adalah hasil sokongan padu pelbagai agensi strategik termasuk Jabatan PERHILITAN Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, serta Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Lipis. Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua pihak atas komitmen luar biasa dalam memastikan kelancaran program. Sepanjang dua hari tersebut, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti pocket promo, pemeriksaan gigi, pameran dan saringan kesihatan, serta acara sukaneka komuniti.

Selain itu, kempen kesedaran ini turut diselitkan dengan pertandingan rumah contoh bebas malaria dan bayi sihat, selain penyampaian sijil penghargaan kepada duta malaria komuniti sebagai pengiktirafan peranan mereka. Adalah diharapkan agar inisiatif sebegini terus menjadi wadah utama dalam memupuk kesedaran masyarakat tentang pencegahan malaria, di samping mempereratkan kerjasama antara agensi bagi merealisasikan impian komuniti yang lebih sihat dan bebas malaria di seluruh Negeri Pahang.

09/05/2026
๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—˜๐——๐—˜๐—ฆ & ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—›๐—ข๐—จ๐—ฅ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—–๐—Ÿ๐—˜๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฃ (๐Ÿญ๐—›๐— ๐—–๐—จ) @ ๐—ž๐—š ๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—œ๐—กTarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)Lokasi: ...
09/05/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—˜๐——๐—˜๐—ฆ & ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—›๐—ข๐—จ๐—ฅ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—–๐—Ÿ๐—˜๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฃ (๐Ÿญ๐—›๐— ๐—–๐—จ) @ ๐—ž๐—š ๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก

Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
Lokasi: Kg Telemin, Padang Tengku

โ€‹Hari ini telah berlangsung program gotong-royong benteras Aedes bersempena inisiatif One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) bagi memupuk kesedaran kebersihan persekitaran.

Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐˜€, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐˜‚๐—น๐˜‚ ๐— ๐˜‚๐—ธ๐—ถ๐—บ ๐—š๐˜‚๐—ฎ, ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜.

โ€‹Objektif utama adalah untuk memastikan persekitaran kampung bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes.

โ€‹Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kecemerlangan komuniti bermula daripada kebersihan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐™๐™ž๐™–๐™™๐™– ๐˜ผ๐™š๐™™๐™š๐™จ, ๐™๐™ž๐™–๐™™๐™– ๐˜ฟ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ž! ๐Ÿ’ช

โ€‹

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes.โš ๏ธ Awasi tanda dan gejala...
04/05/2026

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes.

โš ๏ธ Awasi tanda dan gejala amaran demam denggi. Dalam sesetengah kes, keadaan boleh menjadi lebih teruk dan boleh meragut nyawaโ€ผ๏ธ

โš ๏ธ Segera berjumpa dengan doktor jika menghidap demam dan tinggal di kawasan kes denggi tinggi.

๐™๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ก ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ฌ๐™–โ€ผ๏ธ








Selamat Hari Pekerja! ๐Ÿ’ผ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPengorbanan dan dedikasi setiap pekerja adalah nadi kepada kemajuan negara. Teruskan mengamalka...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja! ๐Ÿ’ผ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Pengorbanan dan dedikasi setiap pekerja adalah nadi kepada kemajuan negara. Teruskan mengamalkan gaya hidup sihat agar kekal cergas, produktif dan sejahtera dalam menjalankan tugas harian.

Kesihatan terjaga, kerja lebih bermakna! โค๏ธ








Kadang-kadang kita tak perasan, air yang bertakung sekecil penutup botol pun boleh jadi rumah untuk nyamuk Aedes membiak...
30/04/2026

Kadang-kadang kita tak perasan, air yang bertakung sekecil penutup botol pun boleh jadi rumah untuk nyamuk Aedes membiak.

Jom luangkan masa 10 minit hujung minggu ini untuk cari & musnah tempat pembiakan nyamuk di dalam dan luar rumah.

Ingat, tiada Aedes, tiada Denggi!








Kenali musuh kecil yang membawa ancaman besar. ๐ŸฆŸNyamuk Aedes mudah dikenali dengan belang hitam putih dan aktif menggigi...
30/04/2026

Kenali musuh kecil yang membawa ancaman besar. ๐ŸฆŸ
Nyamuk Aedes mudah dikenali dengan belang hitam putih dan aktif menggigit pada waktu pagi serta lewat petang. Ia membiak dalam air jernih yang bertakung, walaupun dalam kuantiti kecilโ€”dan hanya mengambil masa sekitar 7 hari untuk menjadi nyamuk dewasa.

Jangan beri peluang kepada Aedes!
Periksa dan hapuskan tempat pembiakan di sekitar rumah anda.

Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.








Imunisasi ialah proses pembentukan perlindungan dalam badan selepas menerima suntikan vaksin.Apabila majoriti masyarakat...
29/04/2026

Imunisasi ialah proses pembentukan perlindungan dalam badan selepas menerima suntikan vaksin.

Apabila majoriti masyarakat telah divaksin, ia membantu mewujudkan perlindungan komuniti dan mengurangkan penularan penyakit.

Vaksin bukan hanya untuk keselamatan diri, tetapi juga satu tanggungjawab bersama dalam memastikan komuniti kekal sihat dan terlindung daripada penyakit cegahan vaksin.





Cegah Keracunan Makanan di Tanah SuciMasalah seperti sakit perut dan cirit-birit boleh menjejaskan kelancaran ibadah haj...
24/04/2026

Cegah Keracunan Makanan di Tanah Suci

Masalah seperti sakit perut dan cirit-birit boleh menjejaskan kelancaran ibadah haji. Oleh itu, jemaah dan petugas disarankan agar sentiasa berwaspada dalam pemilihan serta pengambilan makanan.

Amalkan panduan mudah berikut:

๐Ÿงผ Utamakan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan
๐Ÿ’ง Pilih air yang dimasak atau air mineral berbotol
๐Ÿ‘ƒ Gunakan kaedah Lihat, Hidu dan Rasa sebelum menikmati makanan
โณ Elakkan makanan yang telah dimasak melebihi 4 jam pada suhu bilik atau terdedah kepada persekitaran
๐Ÿช Pilih premis makanan yang bersih dan terjaga

Pastikan makanan yang diambil bersih dan selamat agar ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan sempurna.








Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH LIPIS
Kuala Lipis
27200

Telephone

+6093101070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Lipis:

Share