29/09/2025
🖋️Ruangan Sosial Kemanusiaan & Sukarelawan
Perkongsian oleh
Ybrs Mdm Hjh Tetty Henney Zulkifli, President Founder WIGTA, WIGTA Malaysia
Petikan daripada buku hasil tulisan Puan Hajjah Tetty Henney Zulkifli bertajuk, 'Diari Hampir 40 tahun Menjadi Sukarelawan' tulisan Tetty Henney Zulkifli.
Buku menceritakan sejarah ringkas dan definasi tentang perjalanan penulis berkecimpung dalam dunia sukarelawan dan kerja-kerja kebajikan masyarakat semenjak di sebelum memasuki sekolah, di bangku sekolah rendah lagi hingga sekarang.
Antara Petikan Buku
"Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Perkim Selayang Baru, Tenaga Pengajar & Para Pelajar yang banyak menyokong kerja kerja kebajikan dan kemasyarakatan saya dengan Perkim Selayang Baru, Selangor".
Ybhg Tuan Pengerusi Perkim Selayang Baru pernah memuji saya dan suami yang begitu komited, menyokong, bersungguh dan saling faham memahami dalam melakukan tanggungjawab masyarakat bersama di hadapan para pelajar Perkim. Saya bangga namun terharu dengan pujian yang diberi oleh seorang aktivis berpengalaman seperti beliau. Beliau juga tahu akan kepayahan dalam melakukan kerja kebajikan masyarakat apabila telah berkahwin. Tetapi saya berjaya lakukan kerana mendapat sokongan suami dan anak-anak.
Mempertahankan kebenaran, kebebasan bersuara & menegak keadilan bukan memaksa wanita berlaung, menjerit, melanggar undang undang, batas, hukum dan agama serta mengabaikan tanggungjawab rumahtangga serta keluarga. Memelihara adab dalam melakukan kebajikan ke atas masyarakat perlu dipupuk semenjak kecil. Kerja membantu orang susah tidak diboleh ditiru, semata mata ingin mendapat perhatian, pingat dan bintang kebesaran atau menjadikan karier atau kerjaya dengan kata lain jangan mengharapkan gaji daripada kerja kemasyarakatan.
Ikuti tulisan lagi di
https://tettyhenneyzulkifliofficial.blogspot.com/2025/09/tiada-ganjaran-dan-limpahan-bintang.html
https://www.linkedin.com/posts/wigta-malaysia_tiada-ganjaran-dan-limpahan-bintang-kebesaran-activity-7378313604527411200-C7cL?utm_source=share&utm_medium=member_android&rcm=ACoAAAaCX6EBXMcKUXmRQcNRV4rF1_vIUEIhyrY
Perkongsian oleh Ybrs Mdm Hjh Tetty Henney Zulkifli, President Founder WIGTA Petikan daripada 'Dari Diari Hampir 40 tahun Menjadi Sukarelawan' . Definasi Ringkas Tentang Maksud Sukarelawan & Aktivis Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Perkim Selayang Baru, Tenaga Pengajar & Para Pelajar yang ban...