21/02/2021
Gambar Semalam punya pusingΒ²
Jom Sembang Kejayaan β Dalam kehidupan ini, setiap orang pasti akan pernah merasai saat-saat s**ar dalam kehidupannya. Adakalanya mudah untuk kita lalui, adakalanya kita rebah di persimpangan dan perlu bangkit dgn segera..
Ketika kita kehilangan semangat, rasa down, sedih. Sudah tentunya kita memerlukan kata-kata semangat. Kata-kata semangat sangat penting untuk menaikkan semula semangat dan dapat memotivasikan diri untuk bangkit segera ketika jatuh... Bkn org lain, tp diri sendiri yg menentukan hala tuju kita... πβ€οΈββ
~ Ada ketikanya hidup kita ini terlalu jauh daripada apa yang kita harapkan. Tapi, jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk kita mencari bahagia.
~ Pandanglah ujian dengan pandangan iman. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semuanya untuk kebaikan kita. Allah SWT tak pernah zalimi kita.
~ Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang sehingga terlupa untuk tersenyum dengan apa yang masih ada.
~ Kita perlu ingat, tak semua benda yang kita inginkan dalam hidup ini kita akan terus dapat. Ingat, ada benda memerlukan masa dan juga usaha. Belajarlah untuk bersabar.
~ Jangan bersedih saat kesusahan menimpa. Yakinlah bahawa setiap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita ini telah dirancang baik oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.
~ Bersabarlah wahai hati, dugaan itu bukannya untuk menjadikan kita lebih lemah. Tetapi, untuk menjadikan kita manusia yang lebih matang dan tabah dalam kehidupan.
~ Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak ia tetap menerangi.
~ Bangkitlah dari masalah yang sudah berlalu. Biarkan ia menjadi masa lalu dan jadikan masa lalu sebagai pembelajaran agar menjadi lebih baik di masa hadapan.
~ Jadikan hari sebagai pengalaman hidup yang paling bermakna. Apa sahaja yang berlaku jalani dengan senyuman.
~ Tanpa kegagalan, kita tidak akan berada pada kejayaan.
~ Jangan pernah berputus asa, kerana kita tidak akan pernah tahu mungkin percubaan yang seterusnya kita akan berjaya
~ Kadang-kadang kita tak akan dapat apa yang kita s**a. Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.