19/07/2023
Perkataan โspaโ adalah singkatan daripada perkataan `Solus Per Aquaโ daripada bahasa Latin yang bererti penyembuhan dengan air, iaitu konsep perawatan yang telah diperkenalkan sejak tahun 400 SM di Rom, iaitu pada zaman Hipokrates.
Pada zaman itu, pancutan air panas semulajadi digunakan oleh askar-askar untuk merehat dan merawat badan daripada keletihan dan luka selepas perang.
Spa tertua Romawi masih wujud di Merano, Itali hingga kini, yang membuktikan kemujaraban dan populariti mata air panas semula jadi itu sebagai bahan terapi.
Spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit, meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.