Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Rehabilitasi Cheras

Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Rehabilitasi Cheras Kami menawarkan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.Gejala kera...
03/01/2025

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Gejala keracunan makanan boleh berlaku dari tahap ringan hingga sangat teruk. Anda mungkin sakit kerana keracunan makanan tetapi tidak tahu apa makanan yang menjadi penyebabnya.

Bakteria dan virus yang berbeza menyebabkan gejala yang berbeza. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan makanan‼️








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Chia seed adalah makanan yang sihat kerana ia kaya dengan khasiat. Ia mengandungi protein, lemak, karbohidrat, serat, as...
02/01/2025

Chia seed adalah makanan yang sihat kerana ia kaya dengan khasiat. Ia mengandungi protein, lemak, karbohidrat, serat, asid alfa-linolenik (ALA), kalsium, zat besi, magnesium, fosforus dan vitamin B.

Biji chia juga mengandungi antioksidan yang bermanfaat untuk mengoptimumkan kesihatan badan.

βœ…Berikut adalah manfaat chia seed kepada kesihatan.








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengendalian bahan mentah terutama ayam πŸ— dan daging πŸ₯© perlu diambil perhatian. Bagi memastikan simpanan bahan mentah ti...
01/01/2025

Pengendalian bahan mentah terutama ayam πŸ— dan daging πŸ₯© perlu diambil perhatian. Bagi memastikan simpanan bahan mentah tidak rosak, elakkan menyimpan terlalu padat di dalam peti sejuk.

Sebagai pilihan, penggunaan β€˜cool box’ untuk simpanan sementara boleh digunakan. Namun perlu diingatkan, penggunaan β€˜cool box’ ini mestilah digunakan dengan cara yang betul‼️








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

🧠Tumor otak mempunyai banyak jenis. Diagnosis yang tepat hanya boleh diproses melalui imbasan tomografi berkomputer (CT)...
01/01/2025

🧠Tumor otak mempunyai banyak jenis. Diagnosis yang tepat hanya boleh diproses melalui imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi memastikan tahap pertumbuhannya, selain mengambil kira sejarah pesakit dan lain-lain.








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π——π—œπ—” π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π— π—˜π— π—¨π—Ÿπ—”π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—π—”π—Ÿπ—”π—‘π—”π—‘ 𝗝𝗔𝗨𝗛 π——π—œ π— π—¨π—¦π—œπ—  π—£π—˜π—₯𝗔𝗬𝗔𝗔𝗑 π—œπ—‘π—œβ“Pastikan anda berada dalam keadaan yang terbaik ket...
31/12/2024

𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 π—•π—˜π—₯π—¦π—˜π——π—œπ—” π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π— π—˜π— π—¨π—Ÿπ—”π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—π—”π—Ÿπ—”π—‘π—”π—‘ 𝗝𝗔𝗨𝗛 π——π—œ π— π—¨π—¦π—œπ—  π—£π—˜π—₯𝗔𝗬𝗔𝗔𝗑 π—œπ—‘π—œβ“

Pastikan anda berada dalam keadaan yang terbaik ketika memandu. πŸš—

πŸ˜΄β€™Microsleep’ yang terjadi terutamanya sewaktu memandu sangat berbahaya.

πŸ“ŒNyawa tiada ganti. Ikuti langkah dikongsikan bagi mencegah β€˜microsleep’.








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Albinisme terjadi akibat mutasi pada gen tertentu yang mengawal penghasilan melanin. Gen ini bersifat resesif, di mana k...
31/12/2024

Albinisme terjadi akibat mutasi pada gen tertentu yang mengawal penghasilan melanin.

Gen ini bersifat resesif, di mana kedua-dua ibu bapa perlu membawa gen tersebut untuk diwariskan. Albinisme bukanlah penyakit, tetapi merupakan satu keadaan genetik yang dialami sejak lahir.

Walaupun tiada rawatan khusus untuk albinisme, individu yang mengalaminya boleh mengambil langkah untuk melindungi kulit dan meningkatkan penglihatan mereka.

Antara langkah yang disarankan adalah memakai cermin mata hitam berkualiti tinggi yang mampu menyekat sinaran ultraungu serta menggunakan pakaian dan topi pelindung matahari semasa berada di luar rumah.








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul.Tangan anda m...
30/12/2024

Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.

Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul.

Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

βœ… Amalkan membasuh tangan dengan betul.
βœ… Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit.








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Microsleep’ πŸ₯± boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan.Berhenti rehat atau tid...
30/12/2024

Microsleep’ πŸ₯± boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan.

Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat (RnR) sekiranya mengalami gejala ini semasa dalam pemanduan.








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Endometriosis merupakan situasi di mana lapisan tisu dalam dinding rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di o...
29/12/2024

Endometriosis merupakan situasi di mana lapisan tisu dalam dinding rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari dan dinding pelvis. Tisu tersebut akan turut berdarah semasa kedatangan haid dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kronik seperti senggugut yang teruk dan sebagainya.

Dikongsikan keadaan-keadaan yang boleh dialamioleh wanita yang menghadapi endometriosis.

Dapatkan pemeriksaan daripada pakar kerana masalah ini boleh dikawal dengan rawatan yang sewajarnya.








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Mi segera, mudah disediakan namun bukan pilihan makanan yang baik terutamanya kepada anak-anak anda. Ia boleh menyebabka...
29/12/2024

Mi segera, mudah disediakan namun bukan pilihan makanan yang baik terutamanya kepada anak-anak anda.

Ia boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan.

Hidangkan makanan yang lebih sihat dan seimbang untuk seisi keluarga anda hari ini.

PILIH UNTUK SIHAT.








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran per...
28/12/2024

Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan.

Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan

➑️ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
➑️ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
➑️ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
➑️ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
➑️ Gunakan tisu untuk membuang kahak
➑️ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
➑️ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.






Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

🦷πŸͺ₯ Kesihatan pergigian amat penting ketika mengandung bagi memastikan ibu dan anak dalam kandungan sihat. Ibu mengandung...
28/12/2024

🦷πŸͺ₯ Kesihatan pergigian amat penting ketika mengandung bagi memastikan ibu dan anak dalam kandungan sihat. Ibu mengandung berisiko untuk mengalami masalah gusi dan kerosakan gigi yang lebih tinggi.

🦷🀰Ketahui langkah rawatan pergigian dan penjagaan kesihatan pergigian untuk ibu mengandung.








Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Address

Bagan Lalang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Rehabilitasi Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Rehabilitasi Cheras:

Share

Category