Hospital Pakar Kanak-kanak UKM

Hospital Pakar Kanak-kanak UKM Hospital Pakar Kanak-kanak UKM telah dimasyhurkan kepada Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR)
(1)

Selamat Menyambut Hari Terapi Cara Kerja SeduniaIkhlas DaripadaPengarah, Pengurusan Tertinggi & WargaHospital Tunku Ampu...
27/10/2025

Selamat Menyambut Hari Terapi Cara Kerja Sedunia

Ikhlas Daripada
Pengarah, Pengurusan Tertinggi & Warga
Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani
Hospital Pakar Kanak-kanak UKM
(Hospital TABTAR)

🌸 SEMINAR SYUKUR CAKNE 2025 🌸"Belajar bersyukur, meskipun diuji"🗓 Ahad, 9 November 2025🕗 8.00 pagi – 4.30 petang📍 Audito...
22/10/2025

🌸 SEMINAR SYUKUR CAKNE 2025 🌸
"Belajar bersyukur, meskipun diuji"

🗓 Ahad, 9 November 2025
🕗 8.00 pagi – 4.30 petang
📍 Auditorium Hotel Zecon, HPKK Cheras

🎙 Pentadabbur:
Al Fadhil Tuan Hj. Fazrul Ismail (My )

🎤 Panel Hebat:
1️⃣ Dr Nadzirah Ahmad Basri – IIUM
2️⃣ Dr Nurhafizah Mohd Sukor – USIM
3️⃣ Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman – Paradigma Ibrah

👨‍💼 Moderator: Rizal Zainol – CAKNE RAPC

💜 Anjuran: Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak CAKNE

🎟️ UNTUK HADIR SEMINAR

Harga Tiket:

Early Bird: RM80 (hingga 31 Okt)

Harga Biasa: RM100

VIP: RM300

Tiket Berkump**an: RM450 (5 orang)

📲 Daftar Sekarang: [Imbas Kod QR pada poster]

💖 UNTUK BERINFAQ SAHAJA (TANPA HADIR)

Tiket Infaq anda akan menyokong program sokongan kepada ibu bapa & penjaga anak-anak kanser.

Setiap sumbangan akan membantu mereka terus kuat dan tabah menghadapi ujian.

📩 Hubungi kami untuk maklumat akaun infaq:
📞 Nora – 012-363 7629 | Alis – 011-1140 9401

✨ Jom sama-sama belajar erti syukur, sambil menyalurkan kasih dan harapan kepada mereka yang diuji. 💫



SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2025Pihak Pengurusan & Warga Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital...
19/10/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2025

Pihak Pengurusan & Warga Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh warga Malaysia terutamanya kepada mereka yang beragama Hindu.



PERSIS UNISZA HADIR MENDALAMI DAN MENGENALI PESAKIT CILIK DI HOSPITAL TABTAROleh: Shukri K.17 Oktober 2025 (Jumaat) – Ho...
18/10/2025

PERSIS UNISZA HADIR MENDALAMI DAN MENGENALI PESAKIT CILIK DI HOSPITAL TABTAR
Oleh: Shukri K.

17 Oktober 2025 (Jumaat) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) telah menerima kehadiran seramai 23 orang pelajar dari Persatuan Sukarelawan Siswa (PERSIS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Program Sukarelawan "Pediatrics Care Squad" ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran para pelajar UniSZA terhadap golongan
yang memerlukan bantuan dari segi sokongan moral seperti pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di hospital. Malah, memperlihatkan sifat keprihatinan pelajar terhadap golongan ini dengan menyalurkan sokongan emosi dan moral kepada mereka.

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Cik Ainin Sarah Qistina Binti Azhan selaku pengarah program disusuli dengan sesi taklimat ringkas oleh Encik Mohd Nizam Hashim, wakil Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan. Program kemudian diteruskan dengan sesi pertukaran cenderahati antara kedua-dua belah pihak dan agihan kump**an bagi sesi aktiviti interaktif bersama pesakit di Klinik Pakar, Wad Pediatrik 1 dan Wad Pediatrik 2. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah origami, mewarna dan lego.

Dalam pada itu, para pelajar yang hadir turut mengambil kesempatan menyumbang dua kotak susu rumusan bayi berumur 0-12 bulan untuk diagihkan kepada pesakit yang memerlukan.

Pihak Hospital TABTAR amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan.





LAWATAN MEDIA KE RUMAH RONALD MCDONALD @ HCTM UKMOleh: Nabila. R16 Oktober 2025 (Khamis) – Rumah Ronald McDonald (RRM) H...
17/10/2025

LAWATAN MEDIA KE RUMAH RONALD MCDONALD @ HCTM UKM
Oleh: Nabila. R

16 Oktober 2025 (Khamis) – Rumah Ronald McDonald (RRM) Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM UKM), Cheras telah menerima lawatan media melibatkan 30 wakil media cetak dan elektronik termasuk Metro, TV3, Utusan Malaysia dan Astro Awani. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, YBhg. Datin Dr. Anita Sulong, Timbalan Pengarah (Diagnostik, Farmasi dan Sokongan Klinikal) Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (Hospital TABTAR) merangkap Ahli Jawatankuasa Rumah Ronald McDonald HCTM UKM, YBrs. Encik Mohd Nasri Nordin, Pengurus Besar Rumah Ronald McDonald (RRM), serta wakil McDonald’s Malaysia sebagai tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan ucapan dan taklimat pengenalan oleh YBrs. Encik Mohd Nasri Nordin mengenai Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC). Beliau berkongsi sejarah lebih dua dekad penubuhan RMH yang berperanan menyediakan penginapan sementara yang selesa, selamat dan berdekatan hospital bagi keluarga pesakit, khususnya kanak-kanak. Rumah ini lengkap dengan dapur, ruang makan, ruang rehat dan makanan sejuk beku daripada McDonald sendiri dan juga sumbangan luar, demi mewujudkan suasana seperti di rumah sendiri.

Ucapan aluan turut disampaikan oleh YBhg. Datin Dr. Anita Sulong yang merakamkan penghargaan kepada RMHC Malaysia atas sumbangan berterusan. Menurut beliau, RRM bukan sekadar tempat tinggal, malah menjadi sokongan emosi dan sosial yang mempercepatkan proses penyembuhan pesakit. “Jarak ibu bapa yang dekat dengan anak di wad juga dapat meningkatkan komunikasi dengan pasukan perubatan dan memberi ketenangan kepada pesakit” ujar beliau.

Majlis diteruskan dengan sesi temu bual media bersama YBhg. Datin Dr. Anita Sulong, YBrs. Encik Mohd Nasri Nordin serta dua orang waris penerima manfaat RMHC mengenai pelbagai aspek termasuklah tentang pendedahan kelayakan bagi mereka yang ingin menginap di rumah tersebut dan juga pengalaman sepanjang menerima manfaat yang disediakan.

Secara keseluruhannya, usaha RMCH Malaysia amat signifikan dalam menyokong kesejahteraan keluarga pesakit, meringankan beban dan memberi harapan kepada mereka untuk terus tabah menghadapi ujian. Harapan pihak HCTM dan Hospital TABTAR adalah semoga dapat terus komited untuk bekerjasama dengan RMCH Malaysia dalam memperkasakan penjagaan Kesihatan yang melibatkan keluarga pesakit atau "Family-Centered Care" serta berharap agar lebih ramai keluarga dapat merasai manfaat dan sokongan yang disediakan di Rumah Ronald McDonald (RRM) di hospital ini.






KONGSI HARAPAN, KONGSI KEKUATAN: MAJLIS PELANCARAN GOLD RIBBON BIKERS (GRB) Oleh: Nabila R. 28 September 2025 (Ahad) – P...
17/10/2025

KONGSI HARAPAN, KONGSI KEKUATAN: MAJLIS PELANCARAN GOLD RIBBON BIKERS (GRB)
Oleh: Nabila R.

28 September 2025 (Ahad) – Pihak pengurusan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) hari ini telah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan sambutan majlis bersempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak Antarabangsa 2025 yang dianjurkan sepenuhnya oleh pengurusan CAKNE: Persatuan Sokongan Kanser Kanak-kanak yang mengumpulkan seramai hampir 50 orang pemandiri kanser dan pejuang-pejuang cilik kanser yang telah dan sedang mendapatkan rawatan di hospital ini bertempat di Dewan Bankuet, Hotel Zecon.

Tujuan majlis ini adalah untuk menyantuni pejuang cilik dan pemandiri kanser yang pernah dan masih menerima rawatan di hospital ini serta sebagai penghargaan juga kepada ibu bapa dan waris pesakit yang semestinya ialah pejuang sebenar dalam menangani situasi mencabar ini. Selain itu, majlis ini juga dapat memberikan kesedaran dan pendedahan kepada tetamu jemputan bahawa CAKNE ini merupakan sebuah pertubuhan yang akan sentiasa membantu pesakit kanser dan keluarga dari pelbagai aspek.

“Selain daripada menyuntik keceriaan dan semangat kepada para pejuang cilik, CAKNE juga berperanan dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan pemahaman dan sokongan terhadap pesakit kanser”, ujar Tn. Hj. Mohd Shah Awaluddin, Pengasas CAKNE di dalam ucapan aluannya dan ia berketepatan dengan moto CAKNE iaitu “Kongsi Harapan, Kongsi Kekuatan”.

Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof Dato Sri Abu Hassan Asaari bin Abdullah, Ahli Lembaga Penasihat Yayasan SDARA dan Ahli Lembaga Malaysian Medical Council (MMC) yang turut merasmikan pelancaran “Gold Ribbon Bikers: Riding With A Cause”. Melalui ucapan perasmiannya, Dato’ Sri Dr Abu Hassan Assari berharap GRB ini akan menjadi wadah CAKNE seluruh Malaysia dalam mengumpulkan dan mengagihkan sumbangan (berupa kewangan dan barangan) untuk membantu kelangsungan hidup pejuang cilik kanser sepanjang tempoh rawatan melalui program konvoi motosikal berkuasa tinggi yang dilancarkan pada hari ini. “Gold Ribbon Bikers” adalah penyertaan 3 kelab permotoran berkuasa tinggi iaitu SDARA Iron Wheels, UKM Bikers dan MyIKRAM Bikers dari seluruh Malaysia turut hadir seramai lebih 50 orang dengan jentera masing-masing memecah kesunyian pekarangan hospital dengan deruman enjin motosikal berkuasa tinggi tersebut sebagai simbolik pelancaran GRB: Gold Ribbon Bikers.

Turut hadir adalah barisan pengurusan tertinggi UKM iaitu YBhg. Prof. Adi Irfan Che Ani, Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) juga merupakan Presiden Kelab Ukhuwah Kembara Malaysia Bikers (UKM Bikers), YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Abd. Halim Abd. Rashid mewakili Pengarah Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) dan Pakar Perunding Hematologi-Onkologi serta Pegawai-pegawai Kanan Hospital TABTAR dan barisan Ahli-ahli Lembaga Penasihat CAKNE, antaranya YBhg. Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Prof. Dr. Hamidah Alias dan Dr.Loh C-Khai. Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran penyumbang-penyumbang (kewangan dan barangan) yang sentiasa menyokong usaha murni CAKNE iaitu Ronald McDonald House Charities (RMHC) dan Junior Chamber International (JCI).

Sesi ini turut menyaksikan penyerahan 'Human Standee' kepada pemandiri kanser sempena penutupan Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak, diikuti dengan perkongsian pengalaman daripada pemandiri kanser dan penyampaian 'mock cheque' sumbangan ke Tabung CAKNE sebanyak RM20,000.00.
Sesi lawatan p**a melibatkan kunjungan tetamu kehormat ke Wad Pediatrik Hematologi & Onkologi di Hospital TABTAR. Lawatan ini memberi peluang dalam menyuntik semangat kepada para pejuang cilik yang sedang menerima rawatan.

Secara keseluruhan, inisiatif ini secara tidak langsung berjaya membangkitkan semangat serta mencipta kegembiraan dalam kalangan pejuang kanser di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani. Acara pelancaran dan lawatan tersebut menegaskan bahawa setiap cita-cita dan harapan kanak-kanak mempunyai nilai yang signifikan dalam mendorong semangat dan kekuatan kepada mereka untuk terus tabah, sambil merasakan kehadiran sokongan serta kasih sayang sepanjang proses rawatan.





ARTIVO HADIR MEMENUHI HASRAT PEJUANG KANSER (CANCER FIGHTER)Oleh: Aqilah M.01 Oktober 2025 (Rabu) – Hospital Tunku Ampua...
01/10/2025

ARTIVO HADIR MEMENUHI HASRAT PEJUANG KANSER (CANCER FIGHTER)
Oleh: Aqilah M.

01 Oktober 2025 (Rabu) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) telah menerima kehadiran seramai 17 orang kakitangan dari Artivo School of Creativity bersama beberapa orang wakil dari Yayasan Muhibah Malaysia, 360 Consulting Group dan Wetech.

Majlis Penyerahan “Wishlist” - Dream Come True 3.0 ini merupakan program kali ketiga diadakan di Hospital TABTAR. Program kali ini diadakan bertujuan untuk merealisasikan impian disamping menyuntik semangat pesakit kanser kanak-kanak yang sedang berjuang dengan kerjasama beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut sama hadir.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh En. Mohd Nizam Hashim, wakil Hospital TABTAR disusuli dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datin Tiew Lee Sin, Ketua Pegawai Eksekutif Artivo School of Creativity dan Puan Ginny Siah, Organising Chairlady Yayasan Muhibah Malaysia.

Program kemudian diteruskan dengan sesi penyerahan “wishlist” kepada pesakit, waris dan wakil yang hadir di Bilik Seminar 3. Sesi penyerahan juga diadakan di Wad Pediatrik Hematologi-Onkologi bagi pesakit kanser yang sedang mendapatkan rawatan.

Program diceriakan lagi dengan kehadiran badut yang kreatif mencipta pelbagai seni bentuk belon demi mengukir senyuman pesakit cilik ini.

Dalam pada itu, pihak Artivo School of Creativity turut mengambil kesempatan menyumbang sebanyak RM5,000 ke Tabung Kebajikan Pesakit Hospital TABTAR.

Pihak Hospital TABTAR amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas niat murni dan usaha pihak penganjur dalam menjayakan majlis ini.







PROGRAM ZIARAH KASIH USAHA MURNI MEMUPUK KESEDARAN KANSER KANAK-KANAKDisediakan oleh: Haiza Shazrin MA.25 September 2025...
25/09/2025

PROGRAM ZIARAH KASIH USAHA MURNI MEMUPUK KESEDARAN KANSER KANAK-KANAK
Disediakan oleh: Haiza Shazrin MA.

25 September 2025 (Khamis) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) dengan berbesar hati telah menerima kunjungan daripada 4 organisasi hebat bagi menjayakan Program Ziarah Kasih Sempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak. Program Ziarah Kasih ini merupakan usaha murni Persatuan Pengurusan Kanser Malaysia (Cancercare) dengan kerjasama PUSPANITA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); Benevolent Malaysia; dan Igunner Malaysia Football Community.

Program Ziarah Kasih Sempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak dengan kehadiran seramai 32 orang adalah satu inisiatif untuk menceriakan dan menyantuni kanak-kanak yang sedang menghidapi penyakit kanser sempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak (Gold Ribbon), serta menyokong misi Program “MyCancer Fight” anjuran Cancercare yang bermatlamat bantu sama dalam rawatan, kebajikan, pendidikan, dan kawalan kanser.

Program dimulakan dengan sesi ramah mesra dan didahului dengan ucapan aluan dari YBrs. Prof Madya Dr. Norazlin Kamal Nor, Timbalan Pengarah (Perubatan), Hospital TABTAR bagi sedikit pengenalan mengenai hospital ini. Sesi ini diteruskan dengan ucapan aluan oleh 4 organisasi yang terlibat dan juga ucapan perasmian oleh YBhg. Datin Hajah Murni Muda, Pengerusi PUSPANITA KPM yang menekankan bahawa Program Ziarah Kasih ini adalah satu usaha untuk menyebarkan kasih sayang kepada pejuang kanser kanak-kanak ini dan juga memberi penghargaan kepada guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang sentiasa berusaha untuk memastikan pejuang cilik ini tidak ketinggalan pelajaran.

Program ini diserikan lagi dengan sedikit perkongsian ringkas bersama Pakar Pediatrik Hematologi-Onkologi, Dr.Loh C-Khai dan disusuli dengan sesi pertukaran cenderahati di antara kedua-dua belah pihak. Selesai sesi taklimat, delegasi telah dibawa untuk melawat Sekolah Dalam Hospital (SDH) dan Wad Pediatrik Hematologi-Onkologi bagi sesi menyantuni pesakit kanser. Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Mohd Amin Ali Hj Sidik, Presiden Persatuan Pengurusan Kanser Malaysia (Cancercare); Puan Fazlina, Wakil Benevolent Malaysia; dan Cik Rosesilawati Mohd Ali, Presiden Igunner Malaysia Football Community.

Pihak Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian untuk menjalinkan kerjsama murni ini dan juga sumbangan yang telah diberikan.









BELIA SATRIA MIVEC MENCERIAKAN HARI SI PEJUANG CILIKOleh: Haiza Shazrin MA24 September 2025 (Rabu) – Hospital Tunku Ampu...
25/09/2025

BELIA SATRIA MIVEC MENCERIAKAN HARI SI PEJUANG CILIK
Oleh: Haiza Shazrin MA

24 September 2025 (Rabu) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) telah menerima kehadiran seramai 8 orang sukarelawan bagi menjayakan program khidmat masyarakat yang diberi nama sebagai Program “Ceria Si Cilik”. Program ini merupakan satu inisiatif bawah anjuran Pertubuhan Sukarelawan Satria Malaysia (SATRIA Mivec) dengan kerjasama Belia 4B Bandar Tun Razak.

Program yang bertempat di Hospital TABTAR ini, mengetengahkan usaha untuk mengeratkan hubungan komuniti bersama pejuang cilik dan juga pihak hospital. Inisiatif program ini juga dapat memberi semangat positif dan keprihatinan terhadap mereka melalui pendekatan menyantuni kanak-kanak ini secara langsung.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh wakil Hospital TABTAR, Encik Mohd Nizam Hashim disusuli ucapan daripada En. Mohd Norazman Amil selaku Pengerusi, Gerakan Belia 4B Bandar Tun Razak. Beliau menyatakan rasa penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan oleh pihak hospital, serta kerjasama yang terjalin ini.

Seterusnya, sukarelawan dibawa ke Wad Hematologi-Onkologi, Wad Pediatrik 1 dan juga Wad Pediatrik 2 bagi sesi aktiviti bersama pesakit yang diserikan dengan persembahan belon dari badut serta sumbangan beg cenderahati & makanan tengahari untuk waris mereka. Secara keseluruhan, para sukarelwan telah menyumbangkan sebanyak 100 beg cenderahati untuk diagihkan kepada pesakit-pesakit yang berada di dalam wad.

Pihak Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan.





Assalamualaikum para pewakaf yang dikasihi dan dirahmati Allah. Yayasan Canselor UKM bersama PUSKEB UKM  dan Kengkawan P...
11/09/2025

Assalamualaikum para pewakaf yang dikasihi dan dirahmati Allah.

Yayasan Canselor UKM bersama PUSKEB UKM dan Kengkawan Project berbesar hati mempersembahkan
🎙️ Konsert Malam Wakaf Rakyat (MAWAR) 2025

🗓️ 10.10.2025
📍 Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM Bangi
⏰ 8.30 malam
💵 Harga tiket serendah RM56

Bukan sekadar konsert, ia sebuah manifestasi WAKAF dalam memaknai sebuah kehidupan

Jangan ketinggalan untuk bersama kami menjiwai “Biarpun Nafasmu Terhenti, Namun Pahalamu Terus Mengalir”

Untuk bersama menyumbang dengan pembelian tiket, boleh terus klik link di bawah;

www.ticket2u.com.my/konsertmawar2025

Atau

Link untuk berwakaf melalui tiket wakaf sahaja:
https://www.ticket2u.com.my/event/44269_43f6f61572894fb282861e11e5f8563d/konsert-mawar-2025-wakaf-ticket-

🤲 Cabutan bertuah merupakan Pakej Umrah & Pakej Lawatan ke Mesir bagi pembeli tier 1.

🔆 Hasil sebahagian jualan tiket MAWAR akan disalurkan untuk naiktaraf pendidikan anak-anak pesakit di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani. Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.









Sebagai penghargaan kepada kakitangan yang membuat potongan gaji bulanan Dana Wakaf Ilmu UKM (DWIUKM) bermula September ...
11/09/2025

Sebagai penghargaan kepada kakitangan yang membuat potongan gaji bulanan Dana Wakaf Ilmu UKM (DWIUKM) bermula September 2025, anda layak menerima SATU (1) TIKET PERCUMA ke KONSERT MALAM WAKAF RAKYAT 2025 (MAWAR 2025) .

Jom bersama-sama menyokong pembangunan wakaf ilmu di UKM melalui Skim Potongan Gaji Bulanan ke DWIUKM.

Jangan lepaskan peluang ini! Sertai kempen hari ini dan berhibur sambil berwakaf. Setiap sumbangan anda akan menjadi saham jariah yang berpanjangan manfaatnya.
Sebarang pertanyaan hubungi 03-89214714/ 3134/ 3761. Layari Portal Rasmi https://give2ukm.ukm.my/
pautan potongan gaji: https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/122

📢 "WARGA UKM WARGA BERWAKAF"





LAWATAN DARIPADA KAWAN-KAWAN ISTIMEWA DISNEY MICKEY DAN MINNIE MOUSEOleh : M. Nabil7 Julai 2025 (Isnin) - Hospital Tunku...
09/09/2025

LAWATAN DARIPADA KAWAN-KAWAN ISTIMEWA DISNEY MICKEY DAN MINNIE MOUSE
Oleh : M. Nabil

7 Julai 2025 (Isnin) - Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM telah menerima kunjungan mesra daripada Kump**an Make A Wish bersama Kump**an Disney Malaysia.

Lawatan ini bertujuan untuk menceriakan dan meningkatkan semangat pejuang cilik dengan kehadiran karakter Mickey dan Minnie Mouse. Kump**an Make A Wish telah mengadakan kerjasama bersama Kump**an Disney Malaysia bagi membawa karakter Mickey dan Minnie Mouse ke Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM.

Sebanyak tiga (3) sesi bersama karakter Mickey dan Minnie Mouse Bersama pejuang cilik telah diadakan. Sesi yang pertama adalah sesi bersama Pejuang Cilik Wad Pediatrik Medikal dan Wad Pediatrik Surgeri. Sesi kedua p**a adalah bersama Pejuang Cilik Jagaan Harian Multidisplinari dan Jagaan Harian Talasemia. Kedua dua sesi ini telah berlangsung di ruang Bilik Seminar 2, aras 3 Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM. Pejuang Cilik ini telah dihiburkan dengan tarian ikonik oleh Mickey Mouse dan Minnie Mouse serta. Setiap pejuang cilik tidak melepaskan peluang bergambar bersama karakter Mickey dan Minnie Mouse.

Sesi ketiga telah berlangsung di Wad Pediatrik Hematologi & Onkologi. Karakter Mickey dan Minnie Mouse telah memasuki bilik ke bilik pejuang cilik yang dibenarkan oleh pihak hospital. Karakter Mickey dan Minnie Mouse telah mempersembahkan tarian ikonik mereka kepada pejuang cilik kanser di wad.

Secara keseluruhan, program ini telah berjaya menceriakan Pejuang Cilik di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM dan membuktikan bahawa impian kanak-kanak, walau sekecil mana pun adalah sangat berharga. Mewujudkan saat seperti ini memberi kekuatan untuk terus tersenyum dan yang paling penting, rasa dihargai dan disayangi.

Pihak Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Make A Wish dan Disney Malaysia atas kesudian menganjurkan program ini. Pihak hospital amat menghargai usaha murni ini dan berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.





Address

Hospital Pakar Kanak-kanak UKM, Jalan Ya’acob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pakar Kanak-kanak UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Pakar Kanak-kanak UKM:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category