Hospital Tabtar

Hospital Tabtar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Tabtar, Hospital, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM, Jalan Ya’acob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
(1)

Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) merupakan hospital pintar pakar kanak-kanak pertama di Malaysia serta hospital pengajar kedua di bawah UKM selepas Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Sekalung tahniah diucapkan kepada kakitangan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-kanak...
14/05/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada kakitangan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) di atas kenaikan pangkat iaitu Puan Asma Afza binti Abd Majid ke jawatan Jururawat Gred U6 (TBK) berkuat kuasa 04.11.2025.

Sesi penyerahan surat tawaran kenaikan pangkat telah berlangsung di Pejabat Pengarah, Hospital TABTAR pada 12 Mei 2026. Semoga peluang kenaikan pangkat ini digunakan sebaiknya dan menjadi dorongan untuk terus berkhidmat bagi kecemerlangan Universiti dan Hospital.

Ikhlas daripada Pengurusan & Warga Hospital TABTAR.

Syabas dan Tahniah!




SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA TAHUN 2026Seluruh warga Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospi...
12/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA TAHUN 2026

Seluruh warga Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada semua Jururawat khususnya yang berkhidmat di TABTAR dan semua fasiliti kesihatan di Malaysia.

Tema tahun ini adalah ‘Our Nurse Our Future: Empowered Nurses Save Lives’ yang telah diselaraskan oleh ICN (International Council of Nurses) bagi memperingati serta menghormati perkhidmatan kejururawatan di seluruh dunia dengan jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan demi menjaga dan memberikan khidmat yang terpuji kepada pesakit.

TERIMA KASIH MISI! 🫶




11/05/2026

Sempena National Speech-Language-Hearing Month 2026 👂🗣️
Tema tahun ini menekankan kepentingan komunikasi awal, akses intervensi, dan kesedaran pendengaran untuk semua kanak-kanak 💙.

Jom kenali konsep 1-3-6 untuk perkembangan pendengaran kanak-kanak:

✨ 1 bulan – Jalani saringan pendengaran awal selepas lahir.
✨ 3 bulan – Kenal pasti sebarang masalah pendengaran/ ujian diagnostik.
✨ 6 bulan – Mulakan intervensi awal untuk bantu perkembangan komunikasi dan bahasa anak.

Kerana setiap anak berhak didengar, difahami dan berkomunikasi dengan dunia sekeliling ❤️.

Unit terlibat: Unit Pediatrik ENT, Unit Audiologi, dan Unit Terapi Pertuturan Hospital TABTAR.








SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU10 Mei 2026 (Ahad)Ikhlas DaripadaPengarah, Pengurusan Tertinggi & WargaHospital Tunku Ampuan B...
10/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU
10 Mei 2026 (Ahad)

Ikhlas Daripada
Pengarah, Pengurusan Tertinggi & Warga
Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani
Hospita Pakar Kanak-kanak UKM
(Hospital TABTAR)



Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) mengucapkan Selamat H...
08/05/2026

Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) mengucapkan Selamat Hari Talasemia Sedunia kepada semua warga dan pesakit Hospital TABTAR.

Hari Talasemia Sedunia 2026 bertemakan ’Hidden No More: Finding the Undiagnosed, Supporting the Unseen’ disambut oleh dunia pada setiap 8 Mei.

Mari kita memperkukuh komitmen untuk meningkatkan kesedaran saringan awal dan memastikan tiada pesakit merasa terpinggir kerana kesihatan adalah hak milik bersama.



SAMBUTAN HARI KEBERSIHAN TANGAN SEDUNIA: ‘ACTIONS SAVES LIVES’, TINDAKAN KECIL MEMBERI IMPAK YANG BESARDisediakan oleh: ...
07/05/2026

SAMBUTAN HARI KEBERSIHAN TANGAN SEDUNIA: ‘ACTIONS SAVES LIVES’, TINDAKAN KECIL MEMBERI IMPAK YANG BESAR
Disediakan oleh: Haiza Shazrin M.A

5 Mei 2026 (Selasa) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) melalui Unit Kawalan Infeksi telah menganjurkan Sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia tahun 2026 di Ruang Legar Lobi Utama Hospital TABTAR.

Sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia ini merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai satu platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan tangan dalam mencegah jangkitan, khususnya dalam persekitaran penjagaan kesihatan. Penganjuran ini merupakan kali kedua diadakan sepanjang penubuhan dan pengoperasian 5 tahun hospital ini menandakan Hospital TABTAR tetap konsisten dengan objektif meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan tangan. Dengan bertemakan “Action Saves Lives” pada sambutan tahun ini merupakan satu inisiatif untuk mengingatkan kita bahawa setiap tindakan yang kita ambil termasuk amalan kebersihan tangan mempunyai impak yang besar terhadap keselamatan pesakit.

Majlis yang dihadiri dan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Pengarah Hospital TABTAR amat berbangga dengan usaha ditunjukkan oleh pihak penganjur yang begitu komited dalam menjayakan program hari ini. Melalui ucapan beliau, Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Halim menekankan bahawa amalan “5 Moments for Hand Hygiene” yang diperkenalkan oleh World Health Organization WHO perlu terus menjadi panduan dalam setiap aspek penjagaan pesakit dan amalan ini perlu beralih daripada sekadar pematuhan (compliance) kepada budaya kerja.

Sambutan kali ini telah diserikan lagi dengan persembahan tarian dari kanak-kanak Taska Anak Pintar Hospital TABTAR dan diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Lukisan Kreatif: Tangan Bersih Pesakit Selamat. Antara pemenangnya adalah, Kumpulan ‘Germ Slayers’ dari Jabatan Perubatan Kecemasan bagi tempat pertama, Kumpulan ‘Bubbles and Brushes’ dari Unit Kualiti di tempat kedua dan ‘Rehab 1’ dari Jabatan Rehabilitasi di tempat ketiga.

PROGRAM FROM MILK TO MEAL: FIRST MEAL FOR BABIES SEMPENA INTERNATIONAL BABY DAYDah sedia nak bagi 'first meal' untuk si ...
04/05/2026

PROGRAM FROM MILK TO MEAL: FIRST MEAL FOR BABIES SEMPENA INTERNATIONAL BABY DAY

Dah sedia nak bagi 'first meal' untuk si kecil?

Ibu bapa masih pening fikir macam mana nak mula bagi makanan pejal? Jom sertai webinar From Milk to Meal: First Meal for Babies pada 18 Mei 2026 melalui Google Meet. Kita belajar terus daripada pakar Hospital TABTAR, Puan Nur Hazirah, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dan Puan Nurul Atilia, Pegawai Dietetik tentang teknik makan yang betul dan selamat.

Pilih pakej anda :
RM 20: Rakaman Webinar
RM 35: Rakaman Webinar + E-book Eksklusif

Cara daftar :
Klik pautan ini : https://forms.gle/TMpjQrrSAt8PSkCA7 atau imbas saja kod QR pada poster!

Ada soalan? Hubungi kami :
📞03-9191 2307
📨dietetikhpkk@ukm.edu.my

Slot terhad tau, jom daftar sekarang untuk ilmu perkembangan si kecil!




04/05/2026

“Dengar-dengar!”

Adakah anda tahu bulan Mei adalah bulan sambutan pendengaran dan pertuturan?

Haa jom kita main teka-teki!




SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA1 MEI 2026"Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa"Ikhlas DaripadaPengarah, Pengurusan Tertinggi & W...
30/04/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
1 MEI 2026

"Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa"

Ikhlas Daripada
Pengarah, Pengurusan Tertinggi & Warga
Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani
Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR)




[BENGKEL MENGUASAI SENI PENGACARAAN & PENGURUSAN MAJLIS – KHAS KOMUNITI BANGI]Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera wa...
28/04/2026

[BENGKEL MENGUASAI SENI PENGACARAAN & PENGURUSAN MAJLIS – KHAS KOMUNITI BANGI]

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera warga Bangi 🌟

Ingin tampil lebih yakin ketika bercakap di hadapan orang ramai? Atau berminat untuk menjadi pengacara majlis yang profesional dan teratur? Kini peluang anda! Sertai bengkel khas yang membuka penyertaan kepada komuniti sekitar Bangi untuk mempelajari teknik pengacaraan dan pengurusan majlis secara praktikal dan berkesan.

Maklumat Program:
📅 Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Anjung Digital, FTSM, UKM

👨‍🏫 Penceramah:
Encik Mohd Nizam Hashim
Pegawai Tadbir (Komunikasi Korporat), UKM

💰 Yuran Penyertaan (Komuniti):

RM10 seorang

🍽️ Makanan turut disediakan!

📎 Pendaftaran:
[https://forms.gle/M5MrVmrVVFmmKM9C9]

🎯 Kelebihan Menyertai:
✔️ Meningkatkan keyakinan diri ketika berucap
✔️ Menguasai teknik pengacaraan profesional
✔️ Memahami pengurusan majlis yang sistematik
✔️ Menambah kemahiran komunikasi & soft skills

Bengkel ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat—pelajar, pekerja, mahupun individu yang aktif dalam komuniti dan sering terlibat dalam penganjuran majlis.

📞 Sebarang pertanyaan:
📱 019-916 0011 (Sarah)
📱 019-356 0904 (Adam)

Jangan lepaskan peluang untuk memperkasa diri dan menyerlah di pentas! Tempat adalah terhad—daftar sekarang!

"Bersama Membina Komuniti Berkeyakinan & Berwibawa"

EXCO PROTOKOL DAN MAJLIS
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (FTSM)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026

HOSPITAL TABTAR DIIKTIRAF 1 BINTANG BAGI ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD27 April 2026 — Hospital Tunku Ampuan Besar Tuan...
28/04/2026

HOSPITAL TABTAR DIIKTIRAF 1 BINTANG BAGI ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD

27 April 2026 — Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) telah dianugerahkan sijil pengiktirafan satu (1) bintang bagi Energy Management Gold Standard (EMGS) yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Keselestarian Alam bertempat di EQ Hotel, Kuala Lumpur.

Pencapaian ini merupakan hasil audit penggunaan tenaga di Hospital TABTAR yang telah diadakan pada 11-12 Februari 2026 dengan penglibatan dari semua pihak di Hospital TABTAR dengan zero (0) Opportunity For Improvement (OFI).

Hospital TABTAR yang dilaksanakan secara kerjasama awam swasta juga merupakan Hospital Pengajar Pertama dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menerima pengiktirafan ini.

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor UKM telah berkesempatan menyantuni Ahli-ahli2 Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Hospital TABTAR, warga Hospital TABTAR dan Syarikat Konsesi Zecon Medicare Sdn. Bhd. yang terlibat sepanjang proses pengauditan berlangsung. YBhg. Dato' Naib Canselor juga telah menzahirkan ucapan tahniah kepada semua yang telah bekerjasama untuk mencapai kejayaan tersebut.




⭐️

Address

Hospital Pakar Kanak-kanak UKM, Jalan Ya’acob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Website

https://www.instagram.com/hospitaltabtar, https://www.youtube.com/@hospitaltabtar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tabtar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Tabtar:

Share

Category