14/08/2021
“Aiya, everyone is taking it - even politician leh! Okay one la, safe to eat!”
⚠️ If you still think IVERMECTIN is safe, click on to find out the latest safety data ⚠️
𝗞𝗲𝗿𝗮𝗰𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗜𝗩𝗘𝗥𝗠𝗘𝗖𝗧𝗜𝗡: 𝗲𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀 𝗸𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶
Pusat Racun Negara telah mula menerima panggilan kes keracunan IVERMECTIN sejak kebelakangan ini.
Kes pertama melibatkan pengguna berumur 35 tahun yang mengambil 1 biji Ivermectin. Akibatnya, pengguna tersebut telah mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga 5 hari selepas pengambilan.
Kes kedua p**a, seorang warga emas dijumpai tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekaligus.
Setakat ini, Ivermectin belum lagi diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Namun, didapati terdapat aktiviti penjualan ubat ini secara tidak sah sedang berlaku. Pengambilan Ivermectin tanpa kajian mendalam dan dos yang tidak betul boleh mengakibatkan keracunan.
Keracunan Ivermectin boleh menyebabkan kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut, dan pening. Kesan yang teruk p**a adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru, dan kematian. Malangnya, tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan ini.
Oleh itu, elakkanlah pengambilan Ivermectin untuk rawatan kendiri.