Kasih Malam Jumaat

Kasih Malam Jumaat Info kesihatan lelaki dan perkongsian keluarga bahagia

Ketika Waktu Semakin Singkat dan Masa Kehilangan BerkahnyaRasulullah ﷺ mengingatkan kita bahwa semakin dekat Hari Kiamat...
11/09/2022

Ketika Waktu Semakin Singkat dan Masa Kehilangan Berkahnya

Rasulullah ﷺ mengingatkan kita bahwa semakin dekat Hari Kiamat, waktunya semakin singkat dan cepat, selain itu waktu mulai kehilangan berkahnya

DALAM sebuah hadits, Rasulullah ﷺ mengingatkan kita bahwa semakin dekat hari kiamat, manusia akan merasa waktunya semakin singkat. Dunia saat ini begitu penuh dengan hal-hal luar biasa yang sedang terjadi sehingga mereka merasa bahwa Hari Kiamat hampir tiba.

DALAM sebuah hadits, Rasulullah ﷺ mengingatkan kita bahwa semakin dekat hari kiamat, manusia akan merasa waktunya semakin singkat. Dunia saat ini begitu penuh dengan hal-hal luar biasa yang sedang terjadi sehingga mereka merasa bahwa Hari Kiamat hampir tiba.

Hal ini menunjukkan kepada kita bahwa manusia yang hidup di akhir zaman akan menghadapi berbagai ujian, fitnah dan cobaan yang cukup menantang. Ini karena, hanya dengan iman yang kuat dan dengan pengetahuan yang otentik akan menyelamatkan kita semua dari ujian, fitnah, dan cobaan ini.

Waktu atau masa yang berlalu dengan cepat atau singkat termasuk dalam tanda-tanda kiamat sudah dekat. Hal ini berdasarkan beberapa hadits shahih, dan sabda Rasulullah ﷺ :

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ وَيَكُونُ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ

“Dari Abu Hurairah, Nabi ﷺ berkata: Kiamat tidak akan terjadi hingga waktu terasa berlalu begitu cepatnya. Satu tahun terasa seperti satu bulan, satu bulan seperti seminggu, satu minggu seperti satu hari, dan satu hari seperti satu jam, dan satu jam seperti kedipan mata.” (HR: Ahmad).

Abu Hurairah mendengar Nabi ﷺ berkata:

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ

“Nabi ﷺ bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah hilangnya ilmu, banyak terjadi gempa, waktu seakan berjalan dengan cepat, timbul berbagai macam fitnah, Al haraj -yaitu pembunuhan- dan harta melimpah ruah kepada kalian.” (HR: al-Bukhari).

Imam An-Nawawi mengatakan,

فيَصِير الِانْتِفَاع بالْيَوْمِ مثلاً بِقَدْرِ الِانْتِفَاع بِالسَّاعَةِ الْوَاحِدَة

“Sudah semakin singkatnya keberadaan waktu sehari seperti keadaan waktu satu jam saja.”

Hilangnya keberkahan waktu

Al-Imam Ibn Hajar menyatakan bahwa pada akhir zaman itu manusia akan merasa waktunya akan semakin pendek. Hal ini disebabkan oleh hilangnya berkah waktu, akibatnya ketika hari berlalu begitu saja tanpa ada manfaatnya.

Sebaliknya, masyarakat yang senang berbuat maksiat, Allah akan menutup pintu berkah itu untuk mereka. Hal ini sebagaimana yang tersirat dalam firman Allah Surah al-A’raf ayat 96:

وَلَوۡ اَنَّ اَهۡلَ الۡقُرٰٓى اٰمَنُوۡا وَاتَّقَوۡا لَـفَتَحۡنَا عَلَيۡهِمۡ بَرَكٰتٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَالۡاَرۡضِ وَلٰـكِنۡ كَذَّبُوۡا فَاَخَذۡنٰهُمۡ بِمَا كَانُوۡا يَكۡسِبُوۡنَ‏

“Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.” (QS: Al-A’raf:96).*/ A Sanusi Azmi

8 Langkah Untuk Gaya Hidup SihatMinum Air Secukupnya1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang to...
11/09/2022

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat

Minum Air Secukupnya

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan

Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Jangan Merokok

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

Bersenam

4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

Tangani Stress

5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

Tidur Berkualiti
6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

Terapi Aromaterapi
7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

Penjagaan Kulit
8. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

Hilang Gelaran Manja Lepas Kahwin? Usah Begitu! Ada Banyak Manfaat Panggil Pasangan 'Sayang'!Panggilan manja itu tanda a...
10/09/2022

Hilang Gelaran Manja Lepas Kahwin? Usah Begitu! Ada Banyak Manfaat Panggil Pasangan 'Sayang'!

Panggilan manja itu tanda anda cinta?
Masihkah anda ingat ketika saat pertama kali berkenalan dengan pasangan? Pada ketika itu, masih tiada nama yang manis-manis kerana masing-masing juga rasa malu dan segan.

Dalam fasa sedang berkawan , panggilan yang biasa digunakan seperti ‘Saya – Awak’, ‘Kau – Aku’ atau ‘I – You’ sebelum ia berubah kepada nama lebih sweet seiring waktu berjalan.

Ada juga yang mungkin akan membahasakan diri atau pasangan dengan nama asal mereka sahaja contoh; ‘Aiman – Aina’ dan ini boleh kekal sehingga mereka tiba ke fasa seterusnya.

Apabila pasangan itu sudah tiba di persimpangan percintaan, panggilan-panggilan yang formal ini akan mula berubah secara semula jadi kepada sesuatu yang lebih romantik, seperti contoh di atas tadi.

Variasi panggilan pasangan orang kita?

Ya, mungkin masih ada pasangan daripada orang kita yang menggunakan panggilan dalam bahasa asing seperti Baby, Babe,

Honey dan lain-lain namun ada juga yang kurang biasa dengannya.

Ini kerana orang kita mungkin lebih biasa dengan panggilan dalam bahasa kita sahaja dan ini tidak p**a mengehadkan pada satu tahap yang minimum kerana ia tetap akan membawa kesan yang sama.

Contohnya, pasangan masyarakat kita mungkin lebih biasa menggunakan panggilan yang berikut:

Panggilan manja untuk suami – Sayang, Abang, Kanda, Ayang
Panggilan manja untuk isteri – Sayang, Adik, Dinda, Ayang

Sebenarnya, tiada masalah untuk anda sapa pasangan dengan panggilan apapun asalkan ia tetap mempunyai maksud yang baik.

Namun, apa p**a salahnya untuk anda jadi lebih romantik, bukan?
Jangan malu panggil pasangan anda ‘Sayang’!

Konklusinya, panggilan manis terhadap pasangan itu mampu untuk membuahkan benih kasih dan sayang yang akan mengeratkan lagi menguatkan hubungan di dalam rumah tangga.

Ayuh, mulakan pada hari ini juga! Siapa tahu mungkin ia akan buat hubungan anda dan pasangan itu lebih hangat?

Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?Ketika mencapai usia matang atau tua...
09/09/2022

Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Ketika mencapai usia matang atau tua, setiap individu tanpa mengira jantina pasti akan merasakan kesannya terhadap tubuh badan termasuklah wanita 40an.

Wanita yang termasuk di dalam lingkungan usia ini juga sudah kian menghampiri umur menopaus dan kehidupan seksual mungkin tidak lagi hangat dan hebat.

Tidak, ada kajian yang cakap bahawa wanita 40an sebenarnya lebih aktif dan puas secara seksual! Benarkah? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.
Wanita 40an itu matang atau tua?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita mengetahui perkara penting ini terlebih dahulu.

Jadi, adakah wanita yang termasuk di dalam lingkungan usia ini boleh dikategorikan sebagai matang atau tua?
Jawapan mudahnya adalah mungkin mereka boleh dikatakan sudah matang namun masih belum tua jika dinilai dari aspek menopaus.

Ini kerana kajian medlineplus.gov menyatakan bahawa majoriti wanita akan mula berhenti datang haid sekitar usia 45 tahun ke atas.

Seperti mana yang kita tahu, menopaus akan mengakibatkan pelbagai perubahan terhadap tubuh badan seorang wanita termasuklah aspek kemahuan dan kemampuan seksual mereka.

Namun tahukah kalian bahawa ada kajian yang kata wanita 40an sebenarnya lebih aktif dan puas secara seksual?

Wanita 40an lebih aktif dan puas secara seksual?
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Medicine, majoriti wanita akan lebih aktif dan puas secara seksual menjelang usia 40 tahun dan ke atas.
Kajian ini telah menyelidik sekump**an wanita dalam lingkungan usia 40 sehingga 100 tahun dengan median umur 67 tahun.

Separuh daripada responden ini mengatakan masih aktif secara seksual dan majoriti mereka mengatakan masih mampu untuk terangsang dan mencapai or**sma walaupun selepas menjangkau usia 80 tahun.

Antara dapatan kajian paling menarik adalah wanita yang berusia 40 ke atas dan 55 ke bawah dikatakan lebih aktif dan puas secara seksual.

“Kajian ini sangat mengejutkan kerana majoriti wanita lewat usia mengatakan mereka masih puas dengan kehidupan seks bersama pasangan”, jelas pengkaji Elizabeth Barrett-Connor.

Dalam erti kata yang lebih mudah, menopaus mungkin bukan alasan bagi wanita hambar di ranjang kerana kajian ini jelas menunjukkan bahawa wanita 40an masih mampu aktif dan puas secara seksual!

Sekadar foreplay mungkin sudah memadai

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa kepuasan seksual hanya mampu dicapai melalui hubungan kelamin yakni penetrasi z***r ke dalam f***j semata-mata.

Sebenarnya, pemikiran sebegini harus diubah dan ditukar kerana sekadar foreplay mungkin sudah memadai buat wanita 40an atau lebih tua lagi.

Dalam erti kata yang lebih mudah, wanita lewat usia mungkin sudah tidak mendambakan kepuasan seksual melalui kemas**an z***r ke dalam f***j sahaja.

Namun sekadar sentuhan, pelukan atau ciuman mungkin sudah mampu untuk membuat mereka puas.
Seks bukan lagi keutamaan buat mereka

Penjelasan yang lain berkaitan perkara ini adalah disebabkan wanita 40an atau lebih tua lagi mungkin sudah tidak menjadikan seks sebagai keutamaan buat mereka.

Ini seterusnya menjadikan mereka akan berasa s**a dan gembira meskipun tidak lagi aktif secara seksual bersama pasangan kerana bukan itu yang didambakan.

Sebaliknya, mungkin mereka lebih mengejar kebahagiaan bersama pasangan dan anak-anak melalui percakapan dan perbuatan yang menzahirkan perasaan cinta serta kasih sayang.

Siapa Lebih Bernafsu Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Ini Jawapan Kajian!Nafsu syahwat siapa lebih tinggi- lelaki@wanit...
07/09/2022

Siapa Lebih Bernafsu Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Ini Jawapan Kajian!

Nafsu syahwat siapa lebih tinggi- lelaki@wanita?

Baiklah, tanpa membuang masa lagi marilah sama-sama kita selami kajian dan huraian untuk menentukan siapa yang mempunyai nafsu syahwat lebih besar sama ada lelaki atau wanita.

Lelaki lebih bernafsu?

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal of the American Medical Association pada tahun 1999, golongan lelaki adalah lebih ‘lapar’ dan ‘dahaga’ akan seks.
Ini dibuktikan melalui kenyataan di mana majoriti lelaki berusia 50 tahun ke atas sekalipun masih memikirkan dan mungkin melakukan aktiviti seksual dengan kerap.

Berbanding dengan wanita, Pakar Sosiologi Edward O. Laumann mendedahkan bahawa kira-kira 30% dari mereka adalah rendah atau tidak langsung mempunyai libido.

Dalam erti kata yang lebih mudah, kajian ini mendapati bahawa lelaki adalah golongan yang lebih bernafsu tentang seks berbanding golongan wanita.

Pun begitu, kajian ini sahaja tidak mampu untuk membuktikan sesuatu yang begitu rumit ini.

Wanita lebih bernafsu?

Pada tahun 2000 hingga 2002, Pakar Psikiatri Rosemary Basson telah menemubual ratusan wanita untuk mendapatkan pendapat mereka tentang seks.

Hasilnya mendapati bahawa majoriti golongan wanita juga adalah bernafsu tinggi, cuma mereka ‘lambat panas’.

Pada responden kajian ini menyatakan bahawa kebanyakan wanita akan berasa neutral ketika belum atau baru sahaja ingin melakukan hubungan seks.

Namun segalanya akan berubah tatkala mereka sedang bersenggama dengan pasangan tercinta dan nafsu syahwat akan meningkat mendadak ketika ini.

Ini membuktikan bahawa kaum Hawa juga sama bernafsu seperti kaum Adam cuma mereka mungkin memerlukan rangsangan yang lebih hebat pada awal aktiviti seksual.

Nafsu syahwat penting untuk seks yang sejahtera!

Baiklah, sekarang kita sudah tahu jawapannya dan tiada mana-mana pihak yang lebih bernafsu berbanding pihak yang satu lagi.

Maka adalah wajar untuk kita tahu bahawa libido ini sangat penting untuk hubungan di kamar tidur yang lebih sejahtera terutamanya buat suami isteri.

Disebabkan itu, anda dan pasangan perlu bijak dan bersikap terbuka untuk membincangkan segala masalah di ranjang untuk mencari penyelesaiannya.

Jika isteri kesayangan anda itu kelihatan seperti tidak berminat sahaja dengan aktiviti seksual, encik suami jangan mudah berputus asa ya?

Sesuai dengan kajian yang dinyatakan tadi, mereka mungkin ‘lambat panas’ dan hanya akan menikmati seks ketika sedang melakukannya!

Oleh itu, berkomunikasilah demi hubungan di kamar tidur kalian berdua terjamin bahagia sentiasa.

Cara Mencegah dan Merawat Penyakit Tiga Serangkai :Penyakit tiga serangkai bermaksud penyakit darah tinggi, kencing mani...
07/09/2022

Cara Mencegah dan Merawat Penyakit Tiga Serangkai :

Penyakit tiga serangkai bermaksud penyakit darah tinggi, kencing manis dan tinggi kolesterol. Seseorang boleh menghidap salah satu atau gabungan ketiga-tiga penyakit tersebut. Ketiga-tiga penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi yang lebih berbahaya seperti serangan jantung, strok dan sakit buah pinggang.

Penyebab utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular yang terdiri daripada penyakit jantung koronari dan angin ahmar atau strok. Hampir 30 % kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia disebabkan penyakit kardiovaskular.

Di antara punca utama kematian penyakit kardiovaskular adalah penyakit jantung koronari yang merupakan 18 % daripada kesemua kematian di negara kita. Penyakit jantung koronari adalah merupakan pembunuh utama diikuti dengan angin ahmar/strok.

Faktor risiko utama penyebab penyakit jantung koronari dan angin ahmar/strok adalah:

o Gaya hidup tidak aktif atau sedentari.
o Amalan pemakanan yang tidak sihat.
o Tabiat buruk merokok.

Penyakit diabetis juga berkait rapat dengan gaya hidup sihat yang tidak aktif. Ini juga merupakan salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Prevalen penyakit diabetis di Malaysia juga telah meningkat dari tahun ke tahun. Kos rawatan untuk penyakit diabetis juga semakin meningkat akibat komplikasi yang dihadapi oleh pesakit diabetis seperti penyakit buah pinggang, jantung dan kebutaan.

Kanser juga merupakan pembunuh utama kelima di Malaysia. Kanser payudara juga dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif adalah merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan wanita di negara ini.

Kejadian beberapa penyakit kronik berhubung rapat dengan gaya hidup yang tidak aktif. Kajian senaman yang dijalankan di seluruh negara menunjukkan hanya 11.6 % daripada rakyat Malaysia yang aktif bersenam (bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu).

Manakala 69.1 % tidak mengamalkan senaman dan selebihnya mengamalkan senaman satu atau dua kali seminggu. Golongan yang didapati amat kurang bersenam ialah wanita, pekerja sektor swasta, penduduk luar bandar dan mereka yang meningkat tua.

Dia menghentikan kebiasaannya minum khamar selama-lamanya"Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka se...
05/09/2022

Dia menghentikan kebiasaannya minum khamar selama-lamanya

"Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." (QS az-Zumar: 53- 54).

Dalam dua ayat Alquran ini, Allah memberikan jaminan kepa da seluruh umatnya untuk tidak pernah berputus asa dari rahmat- Nya. Ayat ini membawa kabar gem bira bahwa Allah akan me ngampuni setiap dosa hamba- Nya baik yang besar maupun ke cil. Asalkan ia mau bertobat dan kembali kepada-Nya.

Ustaz Banu Muhammad, pengisi kajian di Masjid Universitas Indonesia (UI) Depok, mencontohkan sebuah kisah sahabat Nabi, yaitu Abu Mihjan. Seorang jagoan di medan perang, tetapi memiliki kecanduan untuk meminum khamar. Di beberapa riwayat bahkan men ce ritakan Abu Mihjan ini lebih dari empat kali terkena hukuman cam buk 40 jilid akibat kecanduannya ini.

Berulang kali ia ingin berhenti dan bertobat, tetapi berkali-kali ia terjerumus dalam masalah yang sama. Hingga akhirnya pada suatu waktu pecahlah Perang Qaadisiyyah, sementara ia dalam kondisi mabuk dan masih belum sadar sepenuhnya. Singkat cerita, Abu Mihjan tetap dibawa oleh pang lima perang saat itu, Sa'd Maalik Abi Waqqaash radhiyallahu 'anhu, ke medan perang da lam keadaan terikat.

Setelahnya, karena merasa menyesal akibat kebiasaannya meminum khamar dan mendapati ada perang hebat saat ia tidak sepenuhnya sadar, Abu Mihjan pun bertaubat. Dia menghentikan kebiasaannya minum khamar selama-lamanya.

"Dari kisah ini, yang bisa di petik adalah selevel sahabat Nabi pun, tidak mudah untuk keluar dari kebiasaan buruk. Tidak mudah menghentikan kebiasaan itu, namun kita juga jangan ber pu tus asa untuk bertobat dan me mohon ridha Allah SWT. Allah akan menyediakan pintu bagi orang-orang yang istiqamah," ujar Ustaz Banu kepada para jamaah.

Ustaz Banu pun menyebut ada beberapa cara agar tobat dan jalan umat tetap dalam rahmat Allah SWT. Pertama, sebagai umat jangan pernah keluar dari barisan orang-orang yang baik, seburuk apa pun perilaku dan sebanyak apa pun dosa yang telah dilakukan. Menurut dia, ini sya rat pertama yang harus dilakukan agar semangat kita untuk ber ubah menjadi lebih baik tetap terjaga dengan baik.

Cara kedua yaitu biasakan memiliki setidaknya satu amalan yang baik dan kita s**a untuk melakukannya. Amalan baik ini bisa banyak bentuknya dan pilih satu yang tidak membuat kita merasa terbebani. Bisa dengan menjaga shalat Qiyamul lail atau shalat Tahajud, puasa Daud, pua sa Senin-Kamis, atau wirid. Iba dah yang kita jaga ini juga akan menjaga kita dari perbuatan-perbuatan buruk.

Terakhir atau cara ketiga, ya kinlah bahwa Allah selalu membukakan pintu tobat bagi umat- Nya yang ingin kembali kepada- Nya. Meski dosa yang kita miliki sudah bertumpuk, kita menjauh dari kebaikan, yakinlah bahwa Allah selalu membuka pintu rah mat bagi umat-Nya.

Masalah kesihatan orang lelaki yang lazim di MalaysiaPada tahun 2006, punca utama yang menyebabkan kematian dalam kalang...
04/09/2022

Masalah kesihatan orang lelaki yang lazim di Malaysia

Pada tahun 2006, punca utama yang menyebabkan kematian dalam kalangan orang lelaki ialah penyakit jantung iskemia (13.3%), kemalangan jalan raya (7.9%), septicaemia (6.2%), penyakit serebrovaskular (6.3%) dan pneumonia (5.2%).

Dari segi kesihatan seksual lelaki p**a, penyakit yang sering dijadikan kajian di negara kita ialah disfungsi erektil dan ejakulasi pramatang.

Menurut kajian, prevalens untuk penyakit disfungsi erektil berada pada sekitar 15 hingga 54% untuk lelaki berusia 40 tahun ke atas.

Manakala, untuk penyakit ejakulasi pramatang p**a, ia didapati berlaku sebanyak 22-38% ke atas lelaki daripada setiap kump**an umur.

Di Malaysia, penyakit ini mula mendapat perhatian disebabkan kesan negatifnya terhadap kualiti hidup kaum Adam.

Namun, ada banyak lagi penyakit lelaki lain yang perlu diambil berat seperti penyakit Peyronie, kesihatan z***r, masalah hormon dan lain-lain.

Apa simptom mati pucuk?Anda mungkin mengalami masalah ini sekiranya anda:Sukar untuk mengalami ereksiSukar untuk mengeka...
28/08/2022

Apa simptom mati pucuk?

Anda mungkin mengalami masalah ini sekiranya anda:
Sukar untuk mengalami ereksi
Sukar untuk mengekalkan ereksi sewaktu hubungan seksual
Hilang minat terhadap seks
Tanda lain yang mungkin berkaitan dengan mati pucuk adalah:
Ejakulasi pramatang
Ejakulasi terlalu lambat
Anor**smia atau ketidakupayaan untuk merasai or**sm
Bincang dan ceritakan kepada doktor anda sekiranya anda mengalami masalah-masalah yang telah dinyatakan tadi.
Jika ia telah berlarutan lebih daripada 3 bulan, anda perlu untuk lebih risau.
Doktor boleh membantu anda untuk menentukan rawatan yang sesuai berdasarkan simptom anda.

Kelebihan blueberry untuk lelaki :Blueberry beri meningkatkan fungsi te**is, yang meningkatkan kualiti sperma. Buah-buah...
28/08/2022

Kelebihan blueberry untuk lelaki :

Blueberry beri meningkatkan fungsi te**is, yang meningkatkan kualiti sperma. Buah-buahan mesti dimakan oleh pasangan yang s**ar mengandung anak. Blueberry mengawal fungsi pembiakan, potensi, dan aktiviti seksual secara khusus.

Banyak kajian oleh saintis membuktikan bahawa flavon yang memasuki buah beri menyokong "kekuatan lelaki" selama bertahun-tahun.

Khasiat blueberry yang berharga membolehkannya digunakan untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan kelenjar prostat. Di samping itu, produk ini mencegah penyakit sistem jantung.

Khasiat blueberry untuk wanita hamil :

Gadis hamil memerlukan kompleks vitamin dan mineral tertentu yang disertakan dengan makanan. Ini disebabkan oleh fakta bahawa wanita itu bertanggungjawab terhadap 2 organisma - dia dan bayinya.

Blueberry menyokong hemoglobin dalam darah, membentuk sistem saraf pusat dan rangka bayi yang belum lahir, dan mengawal tekanan darah ibu.

Blueberry mempunyai sifat bakteria dan anti-radang, jadi ia mesti dimakan oleh wanita hamil yang sakit. Beri akan melegakan demam, lendir dikeluarkan dari saluran pernafasan jika perlu, ia akan mengatasi radang amandel dan selesema.

Anda boleh membuat jus dari beri segar, kemudian mereka perlu berkumur atau mulut. Dalam kes terakhir, stomatitis dan masalah lain yang serupa dapat diatasi.

Buah blueberry mempengaruhi kecantikan kulit, rambut dan kuku gadis yang berada di kedudukannya. Sekiranya anda memakan buah beri sepanjang kehamilan, selepas melahirkan anda tidak akan mengalami keguguran rambut yang besar, kuku yang terkelupas dan epidermis yang bermasalah.

Kanak-kanak perempuan dalam kedudukan sering mengalami pembengkakan pada organ dalaman dan anggota badan. Untuk menghilangkan rasa berat di kaki dan mengeluarkan lebihan cecair, perlu menyediakan rebusan blueberry kering.

Cerita Lawak Di Hospital – Perbualan Doktor dan PesakitPerbualan Doktor dan PesakitPesakit : Doktor kenapa rambut kat at...
28/08/2022

Cerita Lawak Di Hospital – Perbualan Doktor dan Pesakit
Perbualan Doktor dan Pesakit

Pesakit : Doktor kenapa rambut kat atas kepala saya ni cepat sangat beruban ? Dah puas saya cari ubat.

Doktor. : Sebab di atas kepala kita ni ialah pusat pemikiran

Pesakit : Tapi kenapa rambut kat bawah saya ni tak beruban ?

Doktor : Sebab rambut kat bawah tu pusat hiburan

Hahahahahaha!!!

5 Jenis Makanan Untuk KESIHATAN & TENAGA LELAKI Perlu Tahu!!Makanan Kesihatan Lelaki? Ramai lelaki tidak mengambil kisah...
27/08/2022

5 Jenis Makanan Untuk KESIHATAN & TENAGA LELAKI Perlu Tahu!!
Makanan Kesihatan Lelaki? Ramai lelaki tidak mengambil kisah tentang hal pemakanan. Tahukah anda makanan yang baik akan memberi sumber kesihatan Zahir dan Batin anda??. Kaum lelaki juga perlu mengetahui jenis makanan kesihatan yang sesuai untuk diamalkan supaya seimbang dengan pemakanan sehariannya.
Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan dan tenaga, sama ada anda semakin sihat atau kesihatan anda makin terganggu dengan gaya permakanan anda. Berikut merupakan 7 jenis makanan yang baik untuk kesihatan luaran juga dalaman kaum lelaki.

1) Beri Biru

Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini dapat menurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes.

2) Kacang

Asid amino arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang terlibat dalam menjana ereksi.

3) Tiram

2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko.
Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.

4) Tomato

Seorang saintis pemakanan, Lieberman Shari, menyatakan bahawa tomato yang kaya dengan Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan seksual seseorang lelaki.
5) Buah-buahan dan Sayuran

Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita.
Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

Menurut Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Centre, Leslie Bonci, buah-buahan dan sayuran mempunyai nutrienn yang menjaga arteri daripada tersumbat sekaligus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.

Lelaki yang inginkan kesihatan seksual yang lebih baik haruslah:*1- Berhenti merokok. Amalan merokok berkait rapat denga...
26/08/2022

Lelaki yang inginkan kesihatan seksual yang lebih baik haruslah:

*1- Berhenti merokok. Amalan merokok berkait rapat dengan penyakit jantung dan saluran darah yang boleh meningkatkan risiko ED.
Makan secara sihat. Elakkan makanan tinggi garam dan lemak untuk mengelakkan ED.

*2- Pastikan anda makan secara sihat untuk mengawal tekanan darah dan juga diabetes.
Aktif secara fizikal. Senaman boleh meningkatkan peredaran darah pada tubuh anda termasuklah kawasan z***r.

3*- Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk badan yang sihat.

4*- Pastikan berat badan sihat. Mereka yang obes lebih berisiko untuk mengalami masalah disfungsi erektil. Oleh sebab itu, cuba turunkan berat badan dan perhatikan kesannya.

Address

20 Wisma Hla Jalan Raja Chulan
Kuala Lumpur
50200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kasih Malam Jumaat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share