03/09/2023
VASCULAR SURGERY SEMINAR & WORKSHOP
2 September 2023
ACE Convention Centre, AICB Building, Kuala Lumpur
Bersempena Bulan Kesedaran Penyakit Vaskular, satu seminar dan bengkel diadakan pada 2 September 2023 bertempat di ACE Convention Centre, Bangunan AICB, Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh YBrs Dr Izzuna Mudla binti Mohamed Ghazali, Timbalan Pengarah, Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia.
Program ini adalah anjuran Unit Vaskular Hospital Kuala Lumpur bersama Persatuan Vaskular Malaysia, Persatuan Perubatan Pascasiswazah Hospital Kuala Lumpur dan juga Aesculap Academy.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mewujudkan kesedaran kepada pengamal perubatan tentang penyakit Vaskular dengan memberi pengetahuan berkaitan penyakit, tanda, gejala serta rawatan yang boleh diberikan kepada masyarakat awam.
Disamping itu, program ini juga adalah sebagai satu usaha untuk memastikan kesinambungan perawatan bagi pesakit Vaskular dapat dilaksanakan di pelbagai peringkat terutamanya di peringkat kesihatan awam dan kesihatan primer.
……………………………………………
September telah diiktiraf sebagai bulan Kesedaran Penyakit Vaskular peringkat antarabangsa dan turut dilaksanakan di peringkat kebangsaan khasnya di HKL yang merupakan Pusat Rujukan Utama bagi penyakit Vaskular.
Unit Vaskular Hospital Kuala Lumpur mengambil peluang ini untuk turut serta dalam memberi kesedaran kepada masyarakat awam dengan mengadakan Minggu Kesedaran Penyakit Vaskular di peringkat Hospital Kuala Lumpur bermula pada 2 September dan berakhir pada 9 September 2023.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam terutamanya berkenaan penyakit vaskular. Ini adalah penting memandangkan orang awam tidak mendapat pendedahan yang secukupnya berkenaan penyakit vaskular.
Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya Vascular Surgery Seminar and Workshop, saringan penyakit vaskular secara percuma di Klinik Pembedahan Am, Hospital Kuala Lumpur dari 4-8th September 2023, Ucapan Awam, Pameran Kesihatan dan juga Karnival Vaskular (Fun Walk) pada 9 September 2023.