
23/07/2025
Sakit Lutut?🦵 Mungkin Ini Tanda Awal Osteoarthritis!
Ramai anggap sakit lutut tu perkara biasa bila usia makin meningkat… tapi sebenarnya ia mungkin petanda awal Osteoarthritis (OA) – salah satu masalah sendi yang paling kerap berlaku di Malaysia.
📌 Siapa lebih berisiko?
-Individu berumur 40 tahun ke atas.
-Berat badan berlebihan.
-Pernah alami kecederaan lutut.
-Kerja atau aktiviti yang banyak membebankan sendi.
-Ada sejarah keluarga OA.
📍 Tanda-tanda yang perlu diberi perhatian:
-Lutut rasa sakit atau kaku terutama waktu pagi.
-Bunyi ‘krek’ bila berjalan atau bengkokkan kaki.
-Sukar naik tangga atau duduk lama.
🩺 Jangan tunggu! Sakit lutut boleh jejaskan kualiti hidup kalau dibiarkan.
👉🏼 Dapatkan pemeriksaan awal di hospital atau klinik kesihatan berdekatan anda. Lagi awal dirawat, lebih baik kesannya!
💥Sakit lutut boleh terjadi kerana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut, lutut atau ligamen dan tulang rawan lutut.
Antara penyebab sakit lutut adalah:
▶️ Osteoarthritis
▶️ Pernah mempunyai sejarah kecederaan lutut
▶️ Berat badan berlebihan
▶️ Peningkatan usia
▶️ Faktor genetik/sejarah keluarga
Masalah sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja❕Namun, wanita lebih berisiko untuk mendapat sakit lutut berbanding lelaki.
🏥 Oleh itu, dapatkan pemeriksaan dan rawatan awal kerana ia boleh mengganggu pergerakan fizikal dan rutin harian anda.