Datuk Dr. Zanariah Hussein

Datuk Dr. Zanariah Hussein Penyelesaian untuk menstabilkan gula dalam darah di rumah menggunakan kaedah semula jadi sepenuhnya.

21/05/2026

5 BUAH-BUAHAN TERBAIK UNTUK KENCING MANIS!

Apakah maknanya TIADA DIABETES? Orang yang sihat tanpa diabetes, boleh makan makanan dengan kandungan gula tinggi dan ke...
18/05/2026

Apakah maknanya TIADA DIABETES?
Orang yang sihat tanpa diabetes, boleh makan makanan dengan kandungan gula tinggi dan kemudian boleh proses gula di dalam badan dengan cekap, maka bacaan gula di dalam darah tetap NORMAL. Dia tak jaga makan pun bacaan gula di dalam darah dia normal, sebab badannya dengan cekap mengeluarkan insulin yang cukup untuk memastikan gula di dalam darahnya normal.
Apakah maknanya ADA DIABETES?
Orang yang ada diabetes, kurang keupayaan untuk memproses gula yang dia telan. Sebab itulah gula di dalam darah menjadi lebih tinggi dari normal.
Jika pancreas tidak boleh menghasilkan insulin untuk memproses gula, walaupun makan makanan sihat dan badan kurus pun, gula di dalam darah tinggi juga. Maka pesakit seperti ini tidak boleh mengawal bacaan gula di dalam darah dengan menguruskan badan atau pantang gula/karbohidrat. Pesakit macam ini mesti terima ubat juga.
Jika pancreas boleh menghasilkan insulin tetapi pesakit itu ada metabolic syndrome, ini bermakna walaupun ada cukup insulin, insulin itu tidak boleh berfungsi dengan baik (insulin resistant), dan selalunya pesakit macam ini ada obesiti. Jika masalah diabetesnya sederhana saja, boleh mengawal diabetes dengan menurunkan berat badan dan jaga makan. Tetapi jika masalahnya teruk, perlu tambah ubat juga untuk mencegah komplikasi diabetes kepada jantung, buah pinggang, mata, saluran darah dan saraf.
Apakah maknanya KAWAL DIABETES?
Orang yang ada diabetes, kurang keupayaan untuk memproses gula yang dia telan. Sebab itulah gula di dalam darah menjadi lebih tinggi dari normal. Tetapi jika dia kurangkan makan gula atau makan ubat, bacaan gula di dalam darahnya menjadi normal. Bila bacaan gula di dalam darah menjadi normal atas sebab ambil rawatan, maka ini bermakna diabetes dikawal dengan baik. Jangan lupa, turunkan berat badan dan jaga makan itu juga rawatan yang dipanggil ‘conservative treatment’, iaitu rawatan secara konservatif tanpa penggunaan ubat. Ada juga rawatan secara pembedahan seperti bariatric surgery yang menurunkan berat badan dengan mengecilkan perut dan membuang sebahagian usus kecil supaya hanya boleh makan sedikit-sedikit saja.
Apa maknanya REVERSE DIABETES?
Ini ialah orang yang dulu ada diabetes, tetapi sekarang tiada diabetes lagi. Dia tak jaga makan dan tak makan ubat pun, bacaan gula di dalam darahnya tetap normal. Jarang kita jumpa orang yang boleh REVERSE DIABETES bila sudah dapat diabetes. Jika dia masih kena teruskan kawal berat badan, teruskan dengan kawal makan, supaya bacaan gula tak naik balik, maka dia masih mengamalkan rawatan secara conservative dengan mengubah gaya hidup. Ini ialah mengawal diabetes, bukan reverse diabetes. Dia masih tak boleh makan ses**a hati macam orang yang tiada diabetes, sebab bacaan gula dia akan naik juga jika tak kawal pemakanan atau berat badan.
Jika gula di dalam darah anda normal bila anda jaga makan, tetapi gula di dalam darah boleh menjadi tinggi balik bila tak jaga makan, maka ini bukanlah reverse diabetes kan. Ini hanya kawal diabetes.
Kalau dah reverse diabetes, maknanya awak boleh lah makan segala benda yang orang yang tiada diabetes makan, dan gula di dalam darah tetap normal kan…
Simple saja nak faham kan……

05/05/2026

Bukan soal gak boleh makan enak, tapi bijak pilih yang tepat biar gula darah gak melonjak👌🏻🤩

Ada orang jaga makan. Ada orang rajin check gula. Tapi masih terkejut bila doktor cakap, “HbA1c awak tinggi.”Sebab gula ...
24/04/2026

Ada orang jaga makan. Ada orang rajin check gula. Tapi masih terkejut bila doktor cakap, “HbA1c awak tinggi.”
Sebab gula bukan naik sehari dua.
Ia naik perlahan, senyap, dan berkumpul dari hari ke hari.HbA1c wujud untuk cerita perkara itu.
Bukan untuk menakutkan, tapi untuk tunjuk apa yang sedang berlaku dalam badan sebelum kita rasa apa-apa.
Ujian ini bukan tengok gula hari ini sahaja. HbA1c tunjuk purata paras gula dalam darah sepanjang 2 hingga 3 bulan lepas. Bayangkan macam “rekod prestasi” gula, bukan keputusan satu hari.
Macam mana HbA1c jadi tinggi?
Bila gula dalam darah kerap tinggi, gula akan “melekat” pada hemoglobin dalam sel darah merah. Lagi lama gula tinggi, lagi banyak yang melekat. Jadi bacaan HbA1c naik. Ini sebab HbA1c penting untuk nampak corak sebenar, terutamanya kalau bacaan gula jari anda kadang-kadang nampak cantik.
Apa bacaan yang orang selalu rujuk?
Normal: < 5.7%
Pra-diabetes: 5.7% hingga

Jangan ingat kuku cuma untuk cantik. Kadang-kadang ia macam “dashboard” kecil yang bagi petunjuk tentang keadaan badan.K...
24/04/2026

Jangan ingat kuku cuma untuk cantik. Kadang-kadang ia macam “dashboard” kecil yang bagi petunjuk tentang keadaan badan.
Kuku bukan sekadar lapisan keras di hujung jari. Ia boleh berubah bila badan sedang melalui sesuatu, contohnya demam teruk, stres berpanjangan, kekurangan zat tertentu, jangkitan, atau penyakit kronik.
Bukan semua perubahan kuku bermaksud penyakit serius. Tapi bila perubahan berlaku tiba-tiba, makin jelas, atau melibatkan banyak jari, itu signal untuk kita ambil perhatian.
Ini 14 tanda pada kuku yang anda patut tahu. Cuba tengok kuku anda sekarang, ada yang sama tak?
KATEGORI A: PERUBAHAN BENTUK DAN TEKSTUR
1. Kuku Berombak (Beau’s Lines)
Garis melintang yang jelas. Ini boleh berlaku bila pertumbuhan kuku terganggu sementara, contohnya selepas demam teruk, pembedahan, jangkitan, atau stres fizikal yang kuat.
2. Kuku Sudu (Koilonychia)
Kuku cekung macam sudu sampai boleh takung air. Selalunya dikaitkan dengan kekurangan zat besi, tetapi tetap perlu nilai bersama simptom dan ujian darah.
3. Kuku Tabuh (Clubbing)
Hujung jari membulat dan kuku jadi lebih cembung. Ia boleh berkait dengan masalah paru-paru atau jantung kronik, tetapi perlukan pemeriksaan klinikal untuk pengesahan.
4. Kuku Berlekuk (Pitting)
Lekuk kecil macam dicucuk jarum. Kerap berkait dengan psoriasis, dan kadang-kadang ekzema atau masalah kulit lain.
5. Kuku Rapuh dan Serpih (Brittle Nails)
Mudah patah dan terbelah di hujung. Selalunya sebab kerap terdedah kepada air, sabun, bahan kimia, atau kuku kering. Kadang-kadang boleh berkait dengan masalah tiroid.
6. Kuku Beralun Tengah (Habit-Tic Deformity)
Corak beralun pada ibu jari. Biasanya berpunca daripada tabiat menguis atau menekan kawasan kutikel berulang kali.
KATEGORI B: PERUBAHAN WARNA
7. Bintik Putih (Leukonychia)
Selalunya berlaku sebab trauma kecil semasa kuku tengah tumbuh. Biasanya tidak berbahaya dan bukan tanda kekurangan kalsium seperti yang selalu disangka.
8. Kuku Kuning (Yellow Nail Syndrome)
Kuku jadi kuning, tebal dan tumbuh perlahan. Ini keadaan yang jarang, boleh berkait dengan masalah sistem limfa atau penyakit pernafasan tertentu.
9. Kuku Terry (Terry’s Nails)
Kuku nampak putih susu hampir seluruhnya dengan jalur merah jambu nipis di hujung. Ia boleh dikaitkan dengan beberapa keadaan seperti penyakit hati, diabetes, kegagalan jantung, atau masalah buah pinggang, tetapi tidak boleh disahkan dengan kuku sahaja.
10. Garis Hitam Lurus (Melanonychia)
Jalur hitam atau coklat dari pangkal ke hujung. Kalau baru muncul pada satu jari, makin lebar, warna tak sekata, atau melibatkan kulit sekeliling kuku, dapatkan pemeriksaan doktor untuk menilai risiko masalah serius termasuk melanoma.
11. Garis Darah Halus (Splinter Hemorrhages)
Garis merah gelap di bawah kuku. Selalunya akibat trauma kecil. Tetapi jika muncul banyak, berulang, dan ada simptom lain, doktor mungkin akan nilai punca lain termasuk masalah pada jantung.
KATEGORI C: JANGKITAN DAN LAIN-LAIN
12. Radang Tepi Kuku (Paronychia)
Tepi kuku bengkak, merah, sakit dan kadang bernanah. Biasanya jangkitan kuman, lebih kerap berlaku bila s**a gigit kuku atau potong kutikel terlalu dalam.
13. Kulat Kuku (Onychomycosis)
Kuku jadi tebal, berubah warna dan rapuh. Rawatan biasanya ambil masa dan lebih susah jika dibiarkan lama.
14. Kuku Terangkat (Onycholysis)
Kuku terpisah dari dasar kuku. Boleh sebab trauma, bahan kimia, kulat, psoriasis, dan kadang-kadang masalah tiroid.
Nasihat kami: Jika perubahan kuku berlaku secara tiba-tiba, makin jelas dari minggu ke minggu, melibatkan banyak jari, atau disertai simptom lain seperti sesak nafas, turun berat badan, demam berpanjangan, atau luka yang tak sembuh, jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

17/04/2026

5 sayur bagus untuk orang kencing manis

15/04/2026

Petua Paling Cepat Turunkan Paras Gula Dalam Darah Dengan Polyphenols

13/04/2026

Gerakan senaman yang boleh buat dirumah untuk bantu kawal gula dalam darah

02/04/2026

✅Epal merupakan pilihan buah yang agak selamat untuk pesakit diabetes☝

🍎 Epal: Indeks Glisemik (GI) Rendah (±36–40). Agak manis → gula diserap dengan lebih perlahan dan lebih terkawal. Lebih tinggi serat/pektin (makan bersama kulit untuk serat maksimum!) → membantu mengawal gula dalam darah dan membuatkan anda kenyang lebih lama.
🥭 Mangga: GI sederhana dan lebih manis → boleh meningkatkan gula dalam darah dengan lebih cepat. Serat terdapat, tetapi tidak setinggi epal

23/03/2026

3 jenis sayur yang sangat bagus untuk orang kencing manis makan ! 🙏

20/03/2026

5 jenis beras yang bagus untuk orang kencing makan tak naikkan gula tinggi mendadak dalam badan

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Datuk Dr. Zanariah Hussein posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share