Klinik Kesihatan Cheras Baru

Klinik Kesihatan Cheras Baru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Cheras Baru, Hospital, Jalan 16, Kampung Cheras Baru, Off Jalan Kuari, Kuala Lumpur.

Klinik Kesihatan Cheras Baru merupakan salah satu klinik kesihatan dibawah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, dibawah Pejabat Kesihatan Daerah Cheras

Sambutan  Hari Kesedaran Kanser Kolorektal peringkat Klinik Kesihatan Cheras Baru 2025 πŸ“… Tarikh: 19 September 2025 | 8.0...
03/10/2025

Sambutan Hari Kesedaran Kanser Kolorektal peringkat Klinik Kesihatan Cheras Baru 2025

πŸ“… Tarikh: 19 September 2025 | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Klinik Kesihatan Cheras Baru

Sambutan ini diadakan setiap tahun di seluruh dunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit kolorektal ,cara pencegahan, komplikasi serta kepentingan rawatan awal.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr Wong Ping Foo, Ketua Klinik merangkap Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Cheras Baru.

Antara pengisian utama program ialah ceramah berkaitan penyakit kolorektal yang disampaikan oleh Dr Poo Suk Ting & Dr Anu Malar Narunan,Pakar Perubatan Keluarga (Pra-warta) Klinik Kesihatan Cheras Baru.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang sambutan ini, termasuk sesi soal jawab interaktif bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan Sambutan Hari kolorektal yang diketuai oleh Dr Chen Jo Yee

β€” πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐑𝐔 β€”

🌟 Program Outreach NHSI & MRSIA bersama Komuniti Seri Perindu 2025 🌟Program Outreach Inisiatif Saringan Kesihatan Kebang...
03/10/2025

🌟 Program Outreach NHSI & MRSIA bersama Komuniti Seri Perindu 2025 🌟

Program Outreach Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dan Pelaksanaan aktiviti Measles Rubella Supplementary Immunisation Activities (MRSIA) telah berjaya dilaksanakan sempena Program KOSPEN bersama komuniti Seri Perindu 2025.

πŸ—“ Tarikh: 21 September 2025
πŸ•“ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Seri Perindu

Turut hadir dalam program ini ialah Dr Wong Ping Foo & Dr AnuMalar Narunan, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Cheras Baru.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini demi kesihatan komuniti Seri Perindu. Semoga usaha bersama ini dapat meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan masyarakat. 🌿πŸ’ͺ

Program National Health Screening Initiatif (NHSI) Klinik Kesihatan Cheras Baru  πŸ—“ Tarikh: 27 September 2025πŸ•“ Masa: 9 pa...
03/10/2025

Program National Health Screening Initiatif (NHSI) Klinik Kesihatan Cheras Baru

πŸ—“ Tarikh: 27 September 2025
πŸ•“ Masa: 9 pagi- 4 petang
πŸ“ Tempat: SK Cochrane

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan penduduk setempat dan menggalakkan gaya hidup sihat serta pengesanan awal penyakit.Ianya mendapat sambutan baik daripada kalangan penganjung

Pasukan NHSI yang diketuai oleh Dr Hafsyah binti Mohd Abu Bakar,Pegawai Peruabtan Cheras Baru bersama anggota Klinik Kesihatan Cheras Baru telah menjalankan saringan kesihatan ke atas para pengunjung sempena Karnikal GOE Cochranean 2025.

-πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐑𝐔 -


🌿 Gotong-Royong KKCB πŸŒΏπŸ—“ Tarikh: 27 September 2025πŸ•“ Masa: 8 pagi- 1 petangTerima kasih yang tidak terhingga kepada semua ...
03/10/2025

🌿 Gotong-Royong KKCB 🌿
πŸ—“ Tarikh: 27 September 2025
πŸ•“ Masa: 8 pagi- 1 petang

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staf KKCB serta Panel Penasihat KKCB yang telah bersama-sama turun padang dalam program gotong-royong pada hari Sabtu lepas.

Semangat kerjasama dan usaha bersama ini bukan sahaja menceriakan kawasan kita, malah mengeratkan lagi hubungan keluarga besar KKCB.

Syabas & tahniah kepada semua yang terlibat! πŸ‘πŸ‘

Cross Audit AMSA (Structural Audit) oleh pasukan KK Bandar Tun Razak yang di Klinik Kesihatan Cheras Baru.πŸ—“ Tarikh: 29 S...
03/10/2025

Cross Audit AMSA (Structural Audit) oleh pasukan KK Bandar Tun Razak yang di Klinik Kesihatan Cheras Baru.

πŸ—“ Tarikh: 29 September 2025
πŸ•“ Masa: 230 pagi- 330 petang

🌟 Tahniah diucapkan kepada pasukan AMS KKCB yang diketuai oleh Dr Karthiyani A/P Sababathy atas kecemerlangan yang telah ditunjukan.Semoga teruskan kecemerlangan ini demi mutu penjagaan kesihatan komuniti yang lebih baik.

Program Pertandingan Menu Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan telah diadakan dengan kerjasama KRT Seri Perindu.πŸ—“ Tarikh:7 Se...
08/09/2025

Program Pertandingan Menu Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan telah diadakan dengan kerjasama KRT Seri Perindu.

πŸ—“ Tarikh:7 September 2025
πŸ•“ Masa: 9 pagi- 12 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Seri Perindu

Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Menu Sihat!
Kreativiti dan usaha anda menghasilkan hidangan yang bukan sahaja lazat tetapi juga sihat. Kami juga berharap semua yang hadir mendapat manfaat dari pemeriksaan kesihatan yang disediakan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Dr. Rajvinder Singh A/L Gurcharan Singh, Pegawai Perubatan Cheras Baru yang menjaga Program Kospen telah meluangkan masa untuk hadir bersama dalam program ini.

-πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐑𝐔 -


Program National Health Screening Initiatif (NHSI) Klinik Kesihatan Cheras Baru  πŸ—“ Tarikh: 6 September 2025πŸ•“ Masa: 830 p...
08/09/2025

Program National Health Screening Initiatif (NHSI) Klinik Kesihatan Cheras Baru

πŸ—“ Tarikh: 6 September 2025
πŸ•“ Masa: 830 pagi- 3 petang
πŸ“ Tempat: PPR Desa Tun Razak

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan penduduk setempat dan menggalakkan gaya hidup sihat serta pengesanan awal penyakit.Ianya mendapat sambutan baik daripada penduduk PPR Desa Tun Razak.

Pasukan NHSI yang diketuai oleh Dr. Muhammad Ramnizar Bin Ramli bersama anggota Klinik Kesihatan Cheras Baru telah menjalankan saringan kesihatan ke atas para pengunjung sempena Program One Stop Centre (OSC) Kesejahteraan Sosial PPR Desa Tun Razak.

-πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐑𝐔 -


Audit Quality Control Klinikal Diabetes oleh pasukan NCD JKWPKL&P yang diketuai oleh Dr Jaysinaayu  di Klinik Kesihatan ...
04/09/2025

Audit Quality Control Klinikal Diabetes oleh pasukan NCD JKWPKL&P yang diketuai oleh Dr Jaysinaayu di Klinik Kesihatan Cheras Baru.

πŸ—“ Tarikh: 3 September 2025
πŸ•“ Masa: 830 pagi- 930 pagi

🌟 Tahniah diucapkan kepada pasukan Diabetes KKCB yang diketuai oleh Dr Fom Fui Mun atas kecemerlangan yang telah ditunjukan.Semoga teruskan kecemerlangan ini demi mutu penjagaan kesihatan komuniti yang lebih baik.

CME Klinik Kesihatan Cheras BaruπŸ“… 22 Ogos 2025 ⏰ 12.00 – 1.00 tengah hariTajuk: Approach to Asymptomatic Microscopic Hem...
04/09/2025

CME Klinik Kesihatan Cheras Baru
πŸ“… 22 Ogos 2025
⏰ 12.00 – 1.00 tengah hari
Tajuk: Approach to Asymptomatic Microscopic Hematuria
Penceramah: Dr. Syed Taufiq, Pegawai Perubatan Pascasiswazah Tahun 3, UKM

πŸ“… 27 Ogos 2025
⏰ 12.30 – 1.30 tengah hari
Tajuk: Antimicrobial Stewardship
Penceramah: Dr Karthiyani,Pegawai Perubatan KK Cheras Baru

Semoga CME ini dapat meningkatkan lagi ilmu kesihatan dan perubatan kepada semua anggota kesihatan dan pegawai Perubatan demi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Jom tambah ilmu!

-πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐑𝐔 -

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-68 βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎSambutan Bulan Kemerdekaan ke-68 telah diadakan di Klinik Kesihatan Cheras Baru ...
28/08/2025

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-68 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-68 telah diadakan di Klinik Kesihatan Cheras Baru dan KKIA Cheras Makmur dengan penuh semangat dan meriah.

πŸ“… Tarikh: 25 Ogos 2025 | 430 petang
πŸ“ Tempat: Klinik Kesihatan Cheras Baru

πŸ“… Tarikh: 26 Ogos 2025 | 430 petang
πŸ“ Tempat: Klinik Kesihatan Ibu&Anak Cheras Makmur

Program ini dianjurkan bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Cheras Baru, dan turut dimeriahkan dengan nyanyian tiga buah lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik sambutan β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›.

Terima kasih diucapkan kepada semua staf dan komuniti yang menjayakan program ini. Semoga semangat kemerdekaan sentiasa hidup dalam diri kita semua.

Sambutan Hari Hepatitis Sedunia peringkat Klinik Kesihatan Cheras Baru 2025 (World Hepatitis Day-β€œHepatitis Can’t Wait”)...
25/08/2025

Sambutan Hari Hepatitis Sedunia peringkat Klinik Kesihatan Cheras Baru 2025 (World Hepatitis Day-β€œHepatitis Can’t Wait”)

πŸ“… Tarikh: 25 Ogos 2025 | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Klinik Kesihatan Cheras Baru

Sambutan ini diadakan setiap tahun di seluruh dunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit hepatitis, cara pencegahan, komplikasi serta kepentingan rawatan awal.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr Wong Ping Foo, Ketua Klinik merangkap Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Cheras Baru.

Turut hadir dalam sambutan ini ialah Dr Loke Yean Yee, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Cheras Baru.

Antara pengisian utama program ialah ceramah berkaitan penyakit hepatitis merangkumi aspek definisi, komplikasi serta rawatan dan ubat-ubatan, yang disampaikan oleh barisan doktor serta pegawai farmasi Klinik Kesihatan Cheras Baru.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang sambutan ini, termasuk sesi soal jawab interaktif bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan Sambutan Hari Hepatitis Sedunia yang diketuai oleh Dr Karthiyani A/P Sababathy.

β€” πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐑𝐔 β€”

πŸ“’ π—”π—žπ—§π—œπ—©π—œπ—§π—œ π—œπ— π—¨π—‘π—œπ—¦π—”π—¦π—œ 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗑 π—©π—”π—žπ—¦π—œπ—‘ π— π—˜π—”π—¦π—Ÿπ—˜π—¦ & π—₯π—¨π—•π—˜π—Ÿπ—Ÿπ—” (𝗠π—₯)Aktiviti pemberian imunisasi Measles Rubella (MR) secara perc...
21/08/2025

πŸ“’ π—”π—žπ—§π—œπ—©π—œπ—§π—œ π—œπ— π—¨π—‘π—œπ—¦π—”π—¦π—œ 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗑 π—©π—”π—žπ—¦π—œπ—‘ π— π—˜π—”π—¦π—Ÿπ—˜π—¦ & π—₯π—¨π—•π—˜π—Ÿπ—Ÿπ—” (𝗠π—₯)

Aktiviti pemberian imunisasi Measles Rubella (MR) secara percuma akan diadakan kepada semua kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 59 bulan (bawah 5 tahun).

πŸ“… Tarikh: 23 Ogos 2025 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.30 pagi – 1.30 petang
πŸ“ Tempat: Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Cheras Makmur

πŸ“– Ibu bapa/penjaga dimohon untuk membawa buku vaksin kanak-kanak semasa hadir.
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Program ini terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara.

Langkah ini merupakan usaha penting bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak dan rubella yang boleh menyebabkan komplikasi serius.

Marilah kita bersama-sama memastikan anak-anak kita mendapat perlindungan yang sewajarnya.

,LindungiAnakKita!

Address

Jalan 16, Kampung Cheras Baru, Off Jalan Kuari
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

03-42946114

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Cheras Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category