Hospital Tunku Azizah

Hospital Tunku Azizah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Tunku Azizah, Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Hospital Tunku Azizah (HTA) pada asalnya dikenali dengan nama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur telah beroperasi sepenuhnya menjelang bulan September 2019. Bertujuan untuk menyediakan perawatan komprehensif dan khusus untuk kanak-kanak selaras dengan perkembangan teknologi perubatan yang canggih dan pesat, serta menyediakan perkhidmatan tertiari untuk golongan wanita dengan masalah obst

etrik dan ginekologi.

● 600 KATIL
◦ 378 katil bagi perkhidmatan Pediatrik dan baki 222 katil bagi perkhidmatan O&G.

● PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP (PPP)
◦ Projek usahasama Public Private Partnership (PPP) yang pertama untuk KKM yang dibangunkan secara pendekatan Private Finance Initiative (PFI)

● PUSAT RUJUKAN NASIONAL
◦ Bermatlamat menjadi Pusat Rujukan Nasional dan Centre of Excellence bagi kesihatan wanita dan kanak-kanak

● TERTIARY HOSPITAL DENGAN PENGKHUSUSAN
◦ Menggabungkan dua penkhususan di dalam satu bangunan yang dilengkapi perkhidmatan kecemasan, radiologi dan makmal tersendir

TAKLIMAT ISU UNCONSENTED RECORDING DAN PENYEBARAN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL BERSAMA MCMCHospital Tunku Azizah telah menghad...
12/05/2026

TAKLIMAT ISU UNCONSENTED RECORDING DAN PENYEBARAN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL BERSAMA MCMC

Hospital Tunku Azizah telah menghadiri sesi taklimat berkaitan isu unconsented recording dan penyebaran kandungan media sosial yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Hospital Cyberjaya pada 11 Mei 2026 bertempat di Boardroom@CoE, MCMC Cyberjaya.

Hospital Tunku Azizah telah diwakili oleh Dr. Atika Azura binti Abdul Rashed, Timbalan Pengarah (Perubatan II), bersama wakil pegawai hospital bagi menghadiri sesi perkongsian yang melibatkan hospital-hospital awam sekitar Lembah Klang.

Sesi taklimat ini merangkumi penerangan berkaitan punca kuasa dan skop peranan MCMC dalam pengendalian kandungan media sosial, had bidang kuasa berkaitan isu rakaman tanpa kebenaran, mekanisme aduan dan pelaporan kepada MCMC serta perbincangan khusus berkaitan isu rakaman tanpa kebenaran di kawasan sensitif hospital.

Program ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik dan perkongsian pandangan antara agensi serta fasiliti kesihatan awam dalam memastikan persekitaran hospital yang lebih selamat, profesional dan kondusif kepada pesakit serta petugas kesihatan.

🌸 SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT 2026 🌸“𝑶𝒖𝒓 𝑵𝒖𝒓𝒔𝒆𝒔, 𝑶𝒖𝒓 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆: 𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒆𝒅 𝑵𝒖𝒓𝒔𝒆𝒔 𝑺𝒂𝒗𝒆 𝑳𝒊𝒗𝒆𝒔”Bersempena sambutan Hari J...
12/05/2026

🌸 SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT 2026 🌸

“𝑶𝒖𝒓 𝑵𝒖𝒓𝒔𝒆𝒔, 𝑶𝒖𝒓 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆: 𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒆𝒅 𝑵𝒖𝒓𝒔𝒆𝒔 𝑺𝒂𝒗𝒆 𝑳𝒊𝒗𝒆𝒔”

Bersempena sambutan Hari Jururawat 2026, Hospital Tunku Azizah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga jururawat atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi dalam memberikan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.

Profesion kejururawatan bukan sekadar tugas, malah merupakan satu amanah yang dipikul dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang. Dalam setiap cabaran yang dihadapi, para jururawat sentiasa menjadi tulang belakang dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan pesakit sentiasa terpelihara.

Ketabahan, komitmen serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh seluruh jururawat menjadi inspirasi kepada warga kesihatan dan masyarakat. Terima kasih kerana sentiasa hadir dengan senyuman, memberi harapan serta menyantuni pesakit dengan penuh empati dan profesionalisme.

Semoga seluruh jururawat terus diberikan kekuatan, kesihatan dan semangat untuk meneruskan khidmat bakti yang amat bermakna demi agama, bangsa dan negara.

Selamat Hari Jururawat 2026.




🌸 SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 🌸“Seteguh KASIH ibu”Seteguh kasih seorang ibu, begitulah besarnya pengorbanan, kasih sayang...
10/05/2026

🌸 SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 🌸

“Seteguh KASIH ibu”

Seteguh kasih seorang ibu, begitulah besarnya pengorbanan, kasih sayang dan doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah kehidupan anak-anak. Ibu adalah insan istimewa yang menjadi sumber kekuatan, inspirasi dan cinta tanpa syarat.

Sempena sambutan Hari Ibu ini, seluruh warga kerja Hospital Tunku Azizah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kasih sayang kepada semua insan bergelar ibu atas segala pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan.

Semoga semua ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan.

💖 Selamat Hari Ibu 💖



AUTISM AWARENESS DAY 2026 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah be...
08/05/2026

AUTISM AWARENESS DAY 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program Autism Awareness Day 2026 anjuran Unit Child and Adolescent Psychiatry, Hospital Tunku Azizah pada 8 Mei 2026.

Terima kasih kepada semua pengunjung, ibu bapa, anak-anak, warga kerja Hospital Tunku Azizah serta para rakan kolaborasi yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan penglibatan anda semua amat bermakna dalam usaha meningkatkan kesedaran, kefahaman dan sokongan terhadap komuniti autisme serta meraikan kepelbagaian neurodiversiti. 💙

Sekalung penghargaan khas kepada rakan kolaborasi:
✨ NASOM
✨ Persatuan Dyslexia Malaysia
✨ Ronald McDonald House Charities Malaysia
✨ NOZIG
✨ The Autism Café Project
✨ Mindspark
✨ StandPieMe
✨ MAYI SuperYogaKids
dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan semangat kebersamaan dan menyemai masyarakat yang lebih inklusif serta prihatin terhadap anak-anak dalam spektrum autisme.





🌟 SEKALUNG TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG 🌟Seluruh warga kerja Hospital Tunku Azizah dengan penuh rasa bangga dan sukacita m...
07/05/2026

🌟 SEKALUNG TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG 🌟

Seluruh warga kerja Hospital Tunku Azizah dengan penuh rasa bangga dan sukacita merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kakitangan yang dilantik ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap komitmen, dedikasi, kepimpinan serta sumbangan cemerlang dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan kesihatan negara. Kepercayaan yang diberikan ini mencerminkan pengalaman, kewibawaan dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Warga Hospital Tunku Azizah juga ingin merakamkan ucapan selamat datang kepada beberapa kakitangan yang berpindah ke Hospital Tunku Azizah bersama kenaikan ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Semoga pelantikan dan penempatan baharu ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan, memperkukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi serta memimpin organisasi dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja Hospital Tunku Azizah

Jom meriahkan Autism Awareness Day 2026 di Hospital Tunku Azizah! 🌈Kami bawakan pelbagai aktiviti santai dan mesra kelua...
05/05/2026

Jom meriahkan Autism Awareness Day 2026 di Hospital Tunku Azizah! 🌈

Kami bawakan pelbagai aktiviti santai dan mesra keluarga untuk semua—terutamanya anak-anak neurodivergent dan ibu bapa 💙

✨ Antara yang menarik:
• Yoga khas bersama MAYI Yoga Academy
• Perkongsian inspirasi oleh Adli Yahya dari The Autism Cafe Project
• Persembahan tarian oleh Sekolah Seni Malaysia
• Play area tajaan MINDSPARK
• Food vendors, badut + balloon artist & face painting 🎈

🤝 Rakan Kolaborasi:
NASOM | PDM | The Autism Cafe Project | MAYI Yoga Academy | MINDSPARK | Occupational Therapy Hospital Tunku Azizah | Clinical Psychology Hospital Tunku Azizah | StandPieMe | Sekolah Seni Malaysia | J8 Autism Athletics | Ronald McDonald House Charities

📅 8 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi – 2.00 petang
📍 Lobi & Foyer, Hospital Tunku Azizah

Ayuh kita sama-sama raikan kepelbagaian, tingkatkan kesedaran dan sokong komuniti autisme 💛
Jumpa anda di sana!

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA – 1 MEI 2026 🌟“Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa”Bersempena sambutan Hari Pekerja 2026, kami ...
01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA – 1 MEI 2026 🌟

“Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa”

Bersempena sambutan Hari Pekerja 2026, kami di Hospital Tunku Azizah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Setiap hari, tanpa mengira waktu dan keadaan, anda semua – doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan, kakitangan sokongan serta pentadbiran – terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Anda bukan sahaja menjalankan tanggungjawab, malah memainkan peranan besar sebagai tulang belakang dalam memberikan rawatan berkualiti serta memastikan kesejahteraan pesakit sentiasa menjadi keutamaan.

Tema “Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa” mencerminkan peranan penting setiap individu sebagai pemacu kemajuan negara. Warga kerja yang berintegriti, berdaya tahan dan bersemangat tinggi adalah asas kepada pembinaan masyarakat yang sejahtera dan progresif.

Sesungguhnya, setiap usaha, pengorbanan dan titik peluh anda amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hospital Tunku Azizah untuk terus melangkah lebih jauh dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan ini terus diberkati dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam dunia kesihatan.

Ikhlas daripada
Pengarah dan seluruh warga kerja
Hospital Tunku Azizah 💙





SESI PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN📍 Unit Pemakanan Bayi, Hospital Tunku Azizah (HTA)Hospital Tunku Azizah (HTA) telah m...
30/04/2026

SESI PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN
📍 Unit Pemakanan Bayi, Hospital Tunku Azizah (HTA)

Hospital Tunku Azizah (HTA) telah menerima sumbangan peralatan daripada Konsortium Prohawk Sdn Bhd kepada Unit Pemakanan Bayi, dan sesi penyerahan sumbangan melalui upacara pemotongan riben telah disempurnakan oleh Ts. Tuan Farezuddeen Ahmad Tuan Ibrahim (Chief Executive Officer Konsortium Prohawk Sdn Bhd) bersama Dr Shamsul Anuar Bin Kamarudin (Pengarah HTA).

Sesi tersebut turut disaksikan oleh Dr Atika Azura Binti Abdul Rashed (Timbalan Pengarah II HTA), Puan Rohaida Idayu Binti Nawi (Timbalan Pengurusan HTA) serta warga kerja Unit Pemakanan Bayi.

Sumbangan yang diterima adalah Washer Disinfector Bottle Wash (Model WD200) yang akan dimanfaatkan bagi menyokong proses pembersihan dan pembasmian kuman peralatan penyusuan bayi secara lebih efisien dan selamat.

Pihak HTA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Konsortium Prohawk Sdn Bhd atas sumbangan ini dalam usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta keselamatan pesakit.





LAWATAN VERIFIKASI PROGRAM ANTIMICROBIAL STEWARDSHIP (AMS) HOSPITAL TUNKU AZIZAH (HTA)Hospital Tunku Azizah telah meneri...
29/04/2026

LAWATAN VERIFIKASI PROGRAM ANTIMICROBIAL STEWARDSHIP (AMS) HOSPITAL TUNKU AZIZAH (HTA)

Hospital Tunku Azizah telah menerima kunjungan lawatan verifikasi pelaksanaan Program Antimicrobial Stewardship (AMS) oleh pasukan pelawat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lawatan ini bertujuan menilai pelaksanaan program AMS di HTA dalam memastikan penggunaan antibiotik yang lebih berhemah, selamat dan berkesan, sejajar dengan usaha membendung rintangan antimikrobial (antimicrobial resistance).

Delegasi pelawat turut berkesempatan menghadiri sesi tandatangan, taklimat ringkas serta lawatan ke fasiliti berkaitan bagi melihat secara langsung pelaksanaan inisiatif AMS di hospital ini.

Pihak Hospital Tunku Azizah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.

Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh kualiti perkhidmatan kesihatan serta keselamatan pesakit.





SAMBUTAN WORLD’S PAEDIATRIC SURGERY DAY 2026 MERIAH DI IWK ECO PARKJabatan Pembedahan Pediatrik, Hospital Tunku Azizah (...
29/04/2026

SAMBUTAN WORLD’S PAEDIATRIC SURGERY DAY 2026 MERIAH DI IWK ECO PARK

Jabatan Pembedahan Pediatrik, Hospital Tunku Azizah (HTA) telah menganjurkan sambutan "World’s Paediatric Surgery Day 2026" pada 25 April 2026 (Sabtu) bertempat di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur dengan kehadiran sekitar 200 peserta terdiri daripada pesakit dan bekas pesakit, keluarga, petugas kesihatan serta orang awam.

Program yang dipengerusikan oleh Dr Wang Junyi ini telah dirasmikan oleh Pakar Perunding Pembedahan Pediatrik tersohor negara merangkap mantan Ketua Jabatan Pembedahan Pediatrik HTA, Dato’ Dr Zakaria Zahari.

Penganjuran program ini bertujuan memperkenalkan sambutan Hari Pembedahan Pediatrik Sedunia yang diraikan pada 7 April setiap tahun, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit pediatrik yang memerlukan pembedahan serta mengeratkan hubungan antara pesakit, keluarga dan warga kesihatan.

Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung termasuk senamrobik zumba, gerai pameran dan jualan, mini zoo, sudut interaktif "Doctor for A Day", permainan, pertunjukan silap mata, serta cabutan nombor bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan program.

Sambutan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Jabatan Pembedahan Pediatrik dalam penyampaian perkhidmatan berkualiti, malah menjadi platform memperkukuh ukhuwah, sokongan komuniti dan semangat kebersamaan antara petugas serta pesakit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, penaja, petugas serta pihak yang menjayakan program ini. Semoga segala usaha murni ini terus memberi manfaat dan menjadi inspirasi dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan pediatrik negara.

TAHNIAH HOSPITAL TUNKU AZIZAH! 🌟🌟🌟Satu lagi pencapaian membanggakan buat Hospital Tunku Azizah (HTA) apabila menerima An...
27/04/2026

TAHNIAH HOSPITAL TUNKU AZIZAH! 🌟🌟🌟

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Hospital Tunku Azizah (HTA) apabila menerima Anugerah Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) pada 27 April 2026.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan HTA dalam melaksanakan pengurusan tenaga yang cekap, mampan dan berkesan, selaras dengan usaha menyokong kelestarian alam sekitar serta memperkukuh komitmen menyayangi bumi melalui penggunaan tenaga yang lebih bertanggungjawab dan berhemah.

Kejayaan ini merupakan hasil koordinasi terbaik dan kerjasama erat antara pihak HTA bersama pihak konsesi Konsortium ProHAWK Sdn. Bhd., yang sentiasa komited dalam menjayakan inisiatif pengurusan tenaga secara berterusan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus mengekalkan standard kecemerlangan ini, memperkukuh amalan terbaik sedia ada dan meneruskan agenda kelestarian yang menjadi tanggungjawab bersama.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat atas dedikasi dan komitmen yang diberikan.

Address

Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru
Kuala Lumpur
50300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tunku Azizah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share