ﻣﺤﻤﺪ ۞ BAHTERA SAMUDERA ۞ ﺍﷲ

ﻣﺤﻤﺪ ۞ BAHTERA SAMUDERA ۞ ﺍﷲ MBSM @ Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat) Official Page
-http://www.pertubuhanmuafakatmalaysia.blogspot.com

Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (MJ.BSM) @ Pertubuhan Muafakat Malaysia (MUAFAKAT) Official Page di bawah pimpinan Y.Bhg Datuk Paduka Ayahanda Haji Joe @ Datuk Mohd Faiz , Y.Bhg Ayahanda Khairil Adnan @ Ayah Kai & Y.Bhg Ayahanda Mohd Fadlullah @ Ayah Boy Melaka

25/03/2025

Betapa ruginya orang yang Allah masih beri kesempatan untuk ditemukan dengan bulan Ramadan tetapi gagal untuk mendapatkan keredhaanNya serta pengampunanNya 😢

Siapa tahu ini kali terakhir Allah berikan kesempatan kepada kita untuk ditemukan dengan bulan Ramadan namun kita masih gagal lagi mendapat keredhaan dan keampunan Allah

Dunia ini tempat meninggal, akhirat itu tempat tinggal

Allah nak jemput kita kembali ke pangkuanNya anytime sahaja sebenarnya

Jangan terlalu ghairah dan rakus untuk menyambut Aidilfitri sehingga terlupa yang Ramadan masih berbaki

Jangan sia siakan saki baki Ramadan yang ada untuk mencari pintu keampunanNya kerana Ramadan yang akan datang belum tentu milik kita

Semoga Husnul Khatimah pengakhiran hidup kita semua 🤲😭😢

08/03/2025

Puasa tetapi aurat & solat 5 waktu yang fardhu pun tidak dijaga

Puasa tapi pakaiannya ketat-ketat, sendat sendat & singkat singkat

Puasa tetapi berbuka terlalu awal dengan bangkai kerana mengumpat

Puasa tetapi berusaha dengan social media & phone lebih banyak smart phonenya lebih banyak daripada berdamping dengan Al Quran

Puasa tetapi tidak berhenti berkata-kata kotor, keji & s**a kepada perbalahan serta bergaduh walaupun di social media

Alangkah ruginya manusia yang telah tiba di bulan Ramadhan tetapi gagal mendapat keredhaan dan keampunan Allah walaupun ketika dia sedang berpuasa di bulan mulia ini 😢😭

Puasanya hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga semata mata 😭😭😢

08/03/2025

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آل مُحَمَّدٍ

" Menjaga Tingkah laku di Bulan Ramadhan "

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun.

Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.

Tujuan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan, minum dan mengerjakan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi perlulah menjaga setiap anggota daripada melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa.

Inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam, seperti menjaga lidah dan lainnya.

Orang yang berpuasa hendaklah sabar menerima dugaan daripada Allah SWT, sekiranya mereka dimaki, dihamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “Aku berpuasa”. (HR Bukhari dan Muslim)

07/03/2025

Lidi banyak yg dah patah. Tali nak buat ikat pun dah mulai mereput. Akar sirih makin rosak..Kalau takde rotan, akar kayu pun boleh juga diguna pakai.
Lidi nak kena raut kemas-kemas, kumpul lidi rapat-rapat ikat bagi ketat,
sebab banyak sampah di tanah rumah yang perlu disapu.
pokok sirih nak kena siram bagi subur,
sebab daun kaduk dah sibuk memanjat bumbung,
kejut kaum keluarga sanak saudara dari lena, sebab panas mentari makin lama makin tinggi,
jangan terus dibuai mimpi.

31/10/2024

Sama-sama kita doakan semua pejuang pejuang lama kita yang telah dijemput kembali ke pangkuanNya ditempatkan bersama kekasih Allah di sana 🤲

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُعنه
Allahumma firlahum warhamhum wa`afihi wa`fu`anhum"

"Ya Allah, ampunilah dosa mereka, berilah rahmatMu ke atas mereka ,sejahtera dan maafkanlah mereka."

24/08/2021

Pertubuhan Muafakat Malaysia @ ﻣﺤﻤﺪ ۞ BAHTERA SAMUDERA ۞ ﺍﷲ ingin menegaskan di sini,

Kami dari NGO Badan Berbaiah ini menyeru seluruh rakyat Malaysia yang berbilang agama bangsa kaum & etnik untuk mengetepikan perbezaan pandangan ideologi dan fiqrah politik buat seketika.

Kami memohon sama-sama kita seiringan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 yang menjadi pembunuh No 1 di Malaysia hari ini.

Sudah hampir 2 Juta rakyat Malaysia dijangkiti Covid-19 dan hampir 15,000 rakyat Malaysia menjadi korban meninggal dunia kerana Covid-19 ini.

Sudah tiba & ketikanya seluruh rakyat Malaysia bergandingan bekerjasama samada penyokong blok Kerajaan mahupun blok Pembangkang.

Malaysia dah semakin kritikal , Hospital semakin tenat & petugas petugas KKM semakin penat.

Dan bersempena dengan bulan Kemerdekaan, elakkan persengketaan dan permusuhan sesama kita serta mensyukuri nikmat Kemerdekaan yang dikecapi selama ini dan hargailah pejuang pejuang Kemerdekaan yang telah banyak berkorban untuk memerdekakan tanahair ini daripada penjajah.

Disaat kita bercakaran sesama sendiri kerana perbezaan ideologi politik, ketika itulah Covid-19 semakin mengganas di Malaysia.

Simpatilah pada rakyat Malaysia yang telah terkorban kerana Covid-19 ini dan kesedihan keluarga mereka yang kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata kerana wabak ini.

Kami NGO Badan Berbaiah ini bebas daripada memihak kepada mana-mana parti politik tetapi kami mengharapkan agar rakyat Malaysia boleh ketepikan perbezaan pandangan kerana politik ini sehingga kita alpa & leka yang kita sedang berhadapan dengan musuh yang tidak nampak yang telah meragut nyawa sekelip mata dengan izin Tuhan.

Jangan lupa, Malaysia akan berhadapan dengan pilihanraya pada tahun depan, kita masih punya masa & ruang untuk memilih pada masa itu.

Buat sementara waktu ini, fokuslah untuk menangani pandemik Covid-19 ini yang semakin hari semakin menakutkan yang mungkin jika tidak ditangani segera, kita & orang terhampir dengan kita bakal menjadi korban seterusnya.

Kepada Kerajaan yang memerintah hari ini mohon buat yang paling terbaik untuk menyelamatkan nyawa rakyat ketika ini dan kepada pihak Pembangkang, jadilah pembangkang yang bijak di dalam mengkritik check & balance keputusan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan serta mengetengahkan idea yang bernas berdasarkan fakta & data agar Covid-19 ini dapat ditangani bersama.


19/08/2021

(Fitnah Akhir Zaman)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

" Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah.

Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar ". (Riwayat Ibn Majah)

Hadis di atas mengkhabarkan kepada kita bahawa pada akhir zaman akan berlaku perkara-perkara berikut:

1. Pendusta dipercayai

Hari ini, orang lebih percaya kepada pendusta apalagi jika dia berjaya menguasai media sosial. Melalui media sosial, pengaruh dan kepercayaan dibina agar ramai yang mengikuti setiap apa yang ditulisnya.

Pendusta yang mempunyai wang yang banyak akan menaburkan wangnya kepada orang ramai bagi mencari pengaruh. Apatah lagi pada hari ini, ramai orang lebih cenderung untuk menyokong dan mempercayai mereka yang berduit daripada mereka yang tiada apa-apa.

Berapa ramai yang membela pendusta hanya kerana kehebatan pendusta dalam memutar belit fakta? Begitulah hakikat yang ada pada hari ini.

2. Orang yang jujur didustakan

Pada dunia akhir zaman ini, orang yang jujur tidak akan dapat kekal lama dalam satu-satu jawatan atau pangkat.

Kejujuran beliau amat dibenci kerana kejujuran itu akan menyekat pihak lain untuk mengaut kekayaan. Kerana itu, antara cara yang akan dilakukan adalah dengan menyebarkan fitnah secara meluas sehingga akhirnya orang lebih percaya kepada penyebar fitnah daripada pihak yang jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Pada hari ini tidak s**ar untuk menularkan fitnah. Dalam masa satu saat sahaja segalanya boleh tersebar dengan cepat.

3. Amanat diberi kepada pengkhianat.

Pada hari ini memang banyak pengkianat agama, bangsa dan negara. Berapa ramai yang menggunakan agama untuk memenuhi kepentingan diri sendiri. Berapa ramai yang diberi amanat dan telah mengkhianati bangsa dan negara.

Mereka bukan memikul amanat itu untuk membela bangsa dan mendaulatkan negara tetapi sebaliknya membiarkan bangsa mereka sendiri terus meringkuk dalam kehinaan dan penderitaan dan membiar negara menuju kehancuran.

Amanat yang diberi bukan diguna untuk membantu rakyat tetapi digunakan untuk membolot kekayaan sebanyak mungkin biarpun ramai rakyat yang menderita.

4. Orang yang jujur dikhianati

Sedaya upaya usaha akan dilakukan untuk mengkhianati orang yang jujur. Semuanya dilakukan demi memastikan orang yang jujur tiada tempat di mana-mana apatah lagi untuk dipilih sebagai pemimpin. Kejatuhan akhlak pada akhir zaman ini sangat jelas sekali dan kerana itulah orang yang jujur sudah pasti akan diketepikan.

5. Orang bodoh mengurus hal-hal umum

Bagi orang yang ada mata hati yang jernih sudah pasti dapat melihat betapa ramainya orang-orang yang bodoh yang bukan ahlinya mula bercakap hal-hal yang bukan menjadi kepakarannya. Mereka ini dilantik menjadi pemimpin atau ketua untuk mengurus hal yang berkait dengan kepentingan awam. Kerana itulah kita boleh lihat sendiri pada hari ini bagaimana banyak perkara yang gagal ditangani dengan baik. Semuanya berpunca daripada kebodohan orang yang dilantik untuk mengurus perkara yang diamanahkan kepadanya.

Akhir kalam, semua fitnah akhir zaman ini berpunca daripada semakin jauhnya manusia daripada ajaran agama Islam yang sepatutnya diamalkan sepenuhnya, bukan separuh-separuh mengikut acuan golongan yang menunggang agama demi imbuhan duniawi.

Kata seorang penceramah terkenal dalam ceramahnya :"Ada 2 amalan Siti Sarah yg membuatkan beliau dapat layanan yg sangat...
13/08/2021

Kata seorang penceramah terkenal dalam ceramahnya :

"Ada 2 amalan Siti Sarah yg membuatkan beliau dapat layanan yg sangat istimewa sebagai syuhada'...lihat ketika di dunia lagi berapa juta orang telah mendoakan beliau..semoga beliau tenang dan aman di 'sana'...

2 amalan tersebut adalah :

1. Muliakan pasangan beliau iaitu suaminya dan beri layanan yg terbaik.

2. Sedekah,Korban dan Wakaf harta beliau kepada yg memerlukan lagi-lagi kepada anak tahfiz dan anak yatim yg akan sentiasa berdoa dan meneruskan pahala untuk beliau sehingga kiamat.

Inilah 2 amalan yg SANGAT SANGAT perlu kita contohi dalam hidup kita apatah lagi dalam 10 hari pertama AWAL MUHARRAM ini.

Para alim ulama beritahu APA SAHAJA amalan yg kita buat pada awal tahun islami ini akan mempengaruhi kehidupan kita sepanjang tahun.

Pihak www.programwakafalquranmalaysia.com dengan kerjasama beberapa NGO daripada Agensi pihak Jabatan Agama Islam setiap negeri telah bekerjasama melancarkan Kempen INFAQ KELUARGA SYURGA.

Untuk hari ni kami hanya memerlukan lagi 8 SET INFAQ bernilai RM800.
Anda boleh membantu dengan infaq SATU SET yg bernilai RM100 ataupun lebih.
Kemudian anda boleh tuliskan SEMUA NAMA ahli keluarga anda (samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia) untuk kami sertakan dalam bacaan YASIN TAHLIL PERDANA KHAS yg dipimpin oleh para ustaz selebriti tanah air dgn kerjasama pihak PROGRAM DOA TAHLIL MALAYSIA.

Join telegram channel ini utk melihat contoh rakaman YASIN yg telah dibuat sebelum ini.
https://t.me/joinchat/GWkNdAnCKYVmNjM9

Untuk sertai program ini anda boleh terus klik : https://programwakafalquranmalaysia.com/wakaf-sekarang/

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi ustaz/ustazah yg bertugas di talian 019-768 8789 atau klik link whatsapp :

www.wasap.my/60197688789/..NakWakaf
www.wasap.my/60197688789/..NakWakaf
www.wasap.my/60197688789/..NakWakaf

Boleh kami minta tolong utk sebarkan tentang ni?
kami amat hargai bantuan anda dalam memastikan jihad ini dpt diteruskan dgn jayanya utk cukupkan hanya RM800 sahaja hari ini.
Kami dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih..aminn ya rabbal alamin..

KINI PROSES WAKAF AL-QURAN LEBIH MUDAH Anda beli Al-Quran dan kami bantu edar dan wakafkan bagi pihak anda, orang yang tersayang dan arwah keluarga anda kepada pelajar tahfiz dan mereka yang memerlukan. WAKAF SEKARANG FOLLOW KAMI DI MEDIA SOSIAL KELEBIHAN BERWAKAF Allah S.W.T telah mensyariatkan wak...

Al Fatihah
09/08/2021

Al Fatihah

19/07/2021

DOA ARAFAH - Hari jni, 19/7/21 Rebutlah satu jam ini

Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dan sahaba-sahabatku dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku kepada keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang s**ar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kequfuran, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

32. Ya Allah tamatkanlah segera wabak Coronavirus Covid 19 ini agar kami dapat kembali hidup seperti sedia kala bekerja, beribadah di masjid, menyambut hari raya, berjumpa ibu bapa dan keluarga.
🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕

In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2021 jatuh pada 19/07/2021 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).

Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!

Aamiiin...🌹

03/07/2021

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ﻣﺤﻤﺪ ۞ BAHTERA SAMUDERA ۞ ﺍﷲ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to ﻣﺤﻤﺪ ۞ BAHTERA SAMUDERA ۞ ﺍﷲ:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram