10/07/2024
BADAN BINASA AKIBAT SALAH MAKANβΌοΈ
Salah faham tentang pemakanan antara punca masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat yang dilihat semakin tenat!!
MENURUT Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor- Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Dr Norman Mohd Norawi, majoriti masalah kesihatan yang dihidapi oleh masyarakat adalah berpunca daripada salah faham tentang pengambilan makanan harian.
Ramai yang mengelak mengambil makanan yang dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Hakikatnya, makanan berkenaan baik untuk tubuh badan.
Sebagai contoh lemak daripada tumbuhan seperti minyak sawit, minyak zaitun, minyak kelapa, santan dan sebagainya. Sebenarnya, punca penyakit datang daripada pengambilan gula atau karbohidrat secara berlebihan dan bukannya lemak.
Pengambilan karbohidrat yang berlebihan juga menjadi punca kepada masalah kegemukan atau obesiti.
Salah faham bermula apabila ramai yang percaya bahawa obesiti dapat dikurangkan dengan diet dan senaman. Sedangkan lemaklah yang lebih membantu menurunkan berat badan. Saya sendiri menjalankan uji kaji ke atas diri sendiri dimana sebelum ini berat saya adalah 96 kilogram.
Namun, dengan pengamalan lemak secara berterusan berat saya menurun ke 62 kilogram. Saya tidak menjalani diet yang ketat mahupun senaman yang memenatkan.
Saya sendiri mengamalkan makan nasi lemak dengan dua biji telur setiap pagi. Saya minum minyak zaitun bersama minyak kelapa dan habatussauda'. Saya hanya amalkan pengambilan minyak dan kurangkan karbohidrat.
Hasilnya, saya berjaya turunkan berat dan juga berjaya kekalkan berat ideal." Ramai yang takut makan nasi lemak sedangkan ia merupakan salah satu dari pemakanan sihat.
Ini kerana apabila kita memasak nasi lemak sama ada menggunakan santan, minyak sawit atau minyak zaitun, minyak yang digunakan itu akan menyerap masuk ke dalam nasi dan berubah menjadi resistant starch atau kanji degil.
Kajian daripada India dan Itali mendapati, apabila berlaku penyerapan minyak ke dalam nasi, nilai karbohidrat pada nasi itu akan menjadi separuh. Ini bermakna secara tidak langsung, nasi lemak menjadi menu sihat dan baik untuk dinikmati setiap hari. Lemak hanya datang dari haiwan sahaja dan tiada dalam sayuran. Santan sangat bagus untuk kesihatan kerana ia mengandungi anti-radang, anti-oksidan dan membantu menurunkan berat badan."
Untuk kurangkan berat anda perlu kurangkan karbohidrat kerana ia akan memerangkap lemak dan menjadikan anda obesiti.
Oleh itu, untuk kurangkan berat anda perlu kurangkan karbohidrat kerana ia akan memerangkap lemak dan menjadikan anda obesiti. Ramai yang takut makan ayam, daging dan sebagainya lalu memilih karbohidrat seperti roti, hakikatnya inilah yang merosakkan badan dan punca penyakit semakin teruk. Makanlah karbohidrat secara bijak dan jangan makan terlalu banyak," jelasnya.
Amal minyak elak serangan jantung "Ramai yang menganggap minyak terbaik adalah minyak zaitun serta minyak kelapa. Hakikatnya, minyak terbaik adalah datang daripada minyak sawit. Ini kerana minyak sawit lebih stabil dalam apa jua suhu, anti- radang, anti-oksidan dan sebagainya.
Dianggarkan 75 peratus pesakit jantung memiliki rendah kolesterol. Ini kerana sesetengah penyakit jantung berpunca daripada pengambilan gula berlebihan menyebabkan salur darah tersumbat dan berlaku keradangan.
Disinilah matlamat kami untuk mencegah keradangan itu dengan menggunakan minyak sawit dan ia terbukti berkesan.
Oleh itu, pengambilan minyak sawit tidak akan menyebabkan serangan jantung sebaliknya melindungi jantung dari sebarang keradangan, sekaligus mencegah serangan jantung. Ia juga tidak akan meningkatkan berat badan sebaliknya mampu mengurangkan berat badan.
Apabila kita mengambil lemak dari minyak sayuran, ia akan terus diserap ke dalam sel badan tanpa perlu diproses oleh tubuh. Ini sekaligus akan menghentikan signal 'lapar kepada otak menyebabkan berlakunya pengurangan makan.
Sebaliknya, makanan karbohidrat perlu mengambil masa untuk penguraian dalam proses makanan menjadi glukosa.
Proses ini memerlukan insulin. Sekiranya karbohidrat diambil banyak, maka insulin akan dirembes banyak, jika karbohidrat diambil sedikit maka insulin akan dirembes sedikit.
Insulin akan menukarkan makanan sebagai lemak dan disimpan dibawah kulit
Walau bagaimanapun, sebelum dihantar ke sel badan, ia akan mengambil masa yang lama untuk sampai dan menyebabkan isyarat 'lapar' terus dihantar ke otak. Ini yang menyebabkan karbohidrat akan diambil secara berlebihan.
Apabila karbohidrat diambil secara berlebihan, ia akan meningkatkan insulin dan seterusnya meningkatkan lemak," jelasnya.-Sinar Plus-
-DR NORMAN NORAWI -
(Ahli Jawatankuasa PERDIM)
(SILA LIKE DAN SHARE)
Untuk order produk Dr Norman.. Sila tekan link di bawah :
www.wasap.my/60195058199/DN