
08/05/2025
Pernah tak… tengah lena tidur, tiba-tiba rasa betis mengeras, jari kaki menegang, rasa macam nak menjerit tapi suara tak keluar. Orang lain mungkin tak nampak… tapi mereka yang pernah alami, tahu betapa peritnya saat itu.
Tindakan Kecemasan Jika Berlaku Tarik Mengkarung:
1. Tarik jari kaki ke arah badan regangkan otot perlahan
2. Urut perlahan kawasan kejang
3. Letak tuala suam
4. Bernafas tenang jangan panik
Letak kaki lebih tinggi selepas reda, untuk bantu aliran darah.
Tips Cegah Tarik Mengkarung:
• Minum air secukupnya sepanjang hari
• Regangkan kaki dan betis sebelum tidur
• Ambil makanan kaya magnesium dan potasium (contoh: pisang, bayam, yogurt)
Jika anda alami tarik mengkarung lebih dari 3 kali seminggu, sangat sakit, atau tidak lega selepas beberapa minit elok jumpa doktor untuk pastikan tiada masalah kesihatan tersembunyi.