Si Alat Pemadam Api

  • Home
  • Si Alat Pemadam Api

Si Alat Pemadam Api We create a value, we deliver a trust and we serve the goods. (002102659-K) Supply , Servicing and Renewal Bomba License for Fire Extinguisher

klu tau kat Si Putin nie, masak aku..
24/10/2024

klu tau kat Si Putin nie, masak aku..

Tong yang rakan-rakan FB infaqkan untuk Rumah Anak Yatim di Gombak telah selamat kita deliver kan.. Alhamdulillah. Semog...
01/10/2024

Tong yang rakan-rakan FB infaqkan untuk Rumah Anak Yatim di Gombak telah selamat kita deliver kan..

Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki para penderma yang sudi menyumbang. Aaamin.

Kita akan update lagi jika ada slot baru dimasa akan datang. Terima kasih gaiss..

Assalamualaikum teman dan rakan.Sedikit jajan rumah untuk diniagakan. Set of 3: 1. Alat Pemadam Api ABC Powder bersaiz 2...
30/09/2024

Assalamualaikum teman dan rakan.

Sedikit jajan rumah untuk diniagakan.

Set of 3:
1. Alat Pemadam Api ABC Powder bersaiz 2kg,
2. Smoke Detector battery operated(9v)
3. Fire Blanket 1.2mx1.2m.

Alatan ini memadamkan api permulaan.

Kita bersedia daripada mengharapkan orang lain. InsyaAllah

Salam Semua.Rujuk pada post tong pemadam api yang di infaqkan oleh rakan-rakan FB aku tempoh hari, alhamdulillah. ia tel...
24/09/2024

Salam Semua.

Rujuk pada post tong pemadam api yang di infaqkan oleh rakan-rakan FB aku tempoh hari, alhamdulillah. ia telah pun siap. Menunggu masa untuk delivery.

Rujuk post ini
https://www.facebook.com/share/p/XSfyZp7X5zjh2LcD/?mibextid=oFDknk

Tong-tong tersebut jugak telah siap lesennya beralamat Rumah Anak Yatim di Gombak.

Syukur alhamdulillah pada Allah dan para penderma yang baik hati juga budiman.
Moga makin melimpah la rezeki kalian. Aamin.

Tumpang lalu abang akak semua.Saya ada sedikit barang keselamatan untuk dikongsiniagakan. Semoga ia berguna satu hari na...
12/09/2024

Tumpang lalu abang akak semua.
Saya ada sedikit barang keselamatan untuk dikongsiniagakan. Semoga ia berguna satu hari nanti. apa-apa bole roger untuk pembelian atau pertanyaan.
www.wasap.my/60192733277/FB

Rujuk posting sifu aku Encik Mat pagi tadi..Aku juga rasa benda yang sama..Satu time dulu, ada seorang pemuda datang kat...
09/05/2024

Rujuk posting sifu aku Encik Mat pagi tadi..

Aku juga rasa benda yang sama..

Satu time dulu, ada seorang pemuda datang kat aku bertanyakan,
"Bang, saya cari nak kerja part time di , nak cari duit extra.ada tak bang? .anak saya ada sakit jantung"...

Aku jadi sayu lihatkan kegigihan seorang bapa untuk keluarga.. Tak sampai hati aku nak kata takde kerja kosong sebab memang time tue aku perlukan pekerja.

Aku test dia seminggu. Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih hired dia dan dia memang rajin..tak banyak merungut..

Aku sekadar membantu mana yang aku mampu. Tak sanggup rasanya aku nak kata tkde job untuk dia..sebab aku pernah susah dulu dan tahu bagaimana rasanya.

Moga beliau dipermudahkan urusan. InsyaAllah.

Customer puas hati Method Homestay nie. Ok la kot.Semenjak aku guna method Homestay nie, alhamdulillah feedback pun dite...
18/04/2024

Customer puas hati Method Homestay nie. Ok la kot.

Semenjak aku guna method Homestay nie, alhamdulillah feedback pun diterima baik. ramai customer s**a cara nie. Aku pun s**a cara nie sebab memudahkan semua pihak.
Tapi bagi side aku, mungkin akan dibuat penambahbaikan dari segi keselamatan sikit. Takpe, tue nanti aku bikin.
Almost tiap hari customer datang kedai untuk collect pemadam api. tapi disebabkan walk-in nie, staf aku keluar buat keje..jadi tkde sesiapa di kedai. termasuk aku la. ahaks..
Bila mereka sampai, cara paling mudah yang digunakan sekarang amat berkesan.
Feedback customer :
1. mudah. janji saya dapat apa yang saya beli.
2. Tak perlu bersemuka pun.
3. Good idea.

dan banyak lagi. Jadi, aku rasa mungkin akan teruskan method nie dan tambahbaik untuk keselesaan customer dari masa ke semasa.

Kalian ada idea tak untuk aku tambahbaik lagi? sharekan gais jika sudi.

Doakan ye...

InsyaAllah.

Method homestay.Setiap masa aku akan perbaiki mutu perkhidmatan kami sebagai supplier alat pemadam api. tak kira la mere...
08/03/2024

Method homestay.

Setiap masa aku akan perbaiki mutu perkhidmatan kami sebagai supplier alat pemadam api. tak kira la mereka nak self collect di kedai atau delivery tong pemadam api

Niatnya tidak lain tidak bukan cuma ingin membantu memudahkan pihak customer untuk datang kedai walaupun tiada orang. So far alhamdulillah ianya berkesan dan dari masa ke semasa ia pasti akan ditambah baik.

Aku gunakan method homestay.
Bagaimana?

Aku gunakan Key Safe Box. Lekatkan di dinding. Di dalamnya ada kunci kedai. Bila customer datang nak hantar tong atau nak collect tong, wajib ber video call dengan aku untuk dapatkan password safebox tersebut.

Dari situ aku akan assist dan tunjukkan dimana tong-tong yang perlu diambil secara live. Alhamdulillah so far ianya berkesan.

Ada juga orang tanya, tak takut ke jika orang tue mencuri?
Dalam kedai ada juga dipasang CCTV. dan pada masa sama, semasa bervideo call tue aku akan assist dia sehingga dia keluar dari kedai. Tiada issue jika mereka cuba-cuba nak mencapai barang yang bukan miliknya.

Password untuk key safe box itu akan ditukar dari masa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga. Selebih dari tue, aku hanya mampu bertawakal dan berserah pada Allah SWT aje.

Aku cuma membantu para pemandu yang urgent memerlukan 1kg ABC Powder bagi inspection dan pada masa sama, di kedai tiada orang. Jadi ini sahaja cara yang aku mampu hulurkan sebagai bantuan.

Sekadar Berkongsi.

Moga Murah Rezeki Beliau.Semalam aku ke tempat customer aku. Tiap tahun aku akan buat service dn renewal kat Shell Kajan...
07/03/2024

Moga Murah Rezeki Beliau.

Semalam aku ke tempat customer aku. Tiap tahun aku akan buat service dn renewal kat Shell Kajang kepunyaan dia. Rasanya 4 tahun dah aku served beliau.

Kelmarin dia call, katanya dapat ambil alih lagi 1 Shell di Cheras p**a untuk di operate. Alhamdulillah.

Sejujurnya, kami tak pernah berjumpa. Semuanya online. Phone, whataps, call..atas dasar beliau kepercayaan kepada . aku hargai sangat

Malam tadi terus aku ke tempat baru yang diambil alih beliau tue. Shell di Cheras. Aku sampai aje, keadaan petrol station masih dalam renovation. Nak dijadikan rezeki, beliau pun ada disitu memantau staff dia. 1st time la jumpa dan kami berkenalan. Sebenarnya, urusan pemadam api yang dia minta aku handle nie urgent sebab beliau nak apply lesen berkaitan dengan PBT.

Tong sedia ada 7 unit dan beliau tambah lagi 4 unit. Syukur alhamdulillah atas kepercayaan yang diberikan. Moga Allah SWT terus murahkan rezeki beliau dimasa akan datang. Bole aku menumpang sedikit sebanyak. ahakss..

Apa sebenarnya yg aku nak sampaikan :
1. Pastikan service yang kita berikan dengan apa customer keluarkan. Jangan buat sambil lewa
2. Jaga kepercayaan customer dengan kita.
3. Kita terangkan perkara yang sebenar. JANGAN MENIPU.
4. Bersedia setiap masa jika customer memerlukan. Malam pun kita jalan jika amat diperlukan.
5. Jika ada customer mencari service yang murah tapi sembang kencang, terangkan pada dia elok2..
hujung-hujung nnt, kita abaikan aje dia. ahahaha....NEXT.....

Hari nie nak   kebakaran.Kita share supaya ia beri manfaat dalam kehidupan.Bole la nak topup2 pahala. takpe kan ??
15/02/2024

Hari nie nak kebakaran.
Kita share supaya ia beri manfaat dalam kehidupan.
Bole la nak topup2 pahala. takpe kan ??

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Si Alat Pemadam Api posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Si Alat Pemadam Api:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Practice
  • Claim ownership or report listing
  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share