azlina511

azlina511 Takaful Advisor : Hibah Takaful, Medical Card, Life insurance, Savings, Income replacement, family p

22/11/2025

Weddings are great, but reunions with old friends are even better. Cheers to love and lasting bonds.

When 2024 nearly end…Pause and rest.Allah plan is the best.Alhamdulillah
30/12/2024

When 2024 nearly end…
Pause and rest.
Allah plan is the best.
Alhamdulillah

Happy Client Happy MePolisi baru 4 bulan. Kes kemalangan semasa bersukan disekolah.Admit hospital sebab luka yang dalam....
28/08/2024

Happy Client Happy Me

Polisi baru 4 bulan.
Kes kemalangan semasa bersukan disekolah.
Admit hospital sebab luka yang dalam.
Bil hospital RM7K++ medical card cover.
Client bayar RM300 saja (pelan deductible)

Lepas tu client dapat claim:
✅RM200 hospital elaun
✅RM85 untuk hari yang MC tak hadir sekolah
✅RM321 bill pre & post hospitalisation.

Alhamdulillah segalanya dipermudahNYA.

Siapa yang tengah cari medical card tu ada masa 3 hari saja untuk pelan unlimited dengan free room & board upgrade setiap 5 tahun.

Roger sis 0193229141

Assalamualaikum dan selamat pagi.Mari kita fahami beza INSURAN KELOMPOK dan INSURAN PERIBADI berdasarkan kisah benar dib...
17/07/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Mari kita fahami beza INSURAN KELOMPOK dan INSURAN PERIBADI berdasarkan kisah benar dibawah.
*********************************************************************

INSURAN KELOMPOK vs INSURAN PERIBADI (INDIVIDU) KOMPREHENSIF

Penulis: AdibYazid

12 bulan yang lepas, saya adalah antara individu yang begitu teruja untuk mengambil polisi insuran untuk perlindungan diri. Namun disebabkan keadaan ‘baru nak hidup’, saya mencari insuran yang murah. Bagi saya ketika itu, mahal dan murah sama saja. Insuran. Tetap akan cover.

Pada mulanya saya telah meletakkan benci kepada insuran kerana ayah saya pernah tertipu dengan insuran. Bayar rm200 setiap bulan, tapi tak ada apa-apa manfaat. Itulah sikap saya dahulu.

Dipendekkan cerita, satu hari seorang ejen insuran telah berjumpa dengan saya dan menceritakan insuran yang dijualnya. Saya amat tertarik kerana pada harga rm65, bukan sahaja saya dapat perlindungan untuk diri saya sendiri malahan saya dapat perlindungan untuk anak dan isteri tercinta. Hanya dalam satu kad. Itulah yang dinamakan INSURAN BERKELOMPOK. Saya juga telah menambah polisi untuk pampasan jika apa-apa berlaku kepada keluarga saya. Jumlah keseluruhan bulanan yang perlu dibayar adalah rm165 setiap bulan. Cukup selesa…

Walaupun saya begitu teruja, namun saya mengambil langkah berjaga-jaga. Saya membuat carian maklumat serta temubual dengan rakan-rakan yang pernah mengambil polisi berkenaan. Ada rakan yang begitu bersungguh mencadangkan agar kami mengambilnya kerana anak beliau dan beliau sendiri pernah menggunakannya semasa sakit di hospital.
Saya telah menandatangai persetujuan untuk polisi insuran berkelompok berkenaan. Perasaan senang hati kerana ada insuran yang telah cover diri dan keluarga saya jika berlaku apa-apa.

Namun beberapa bulan kemudian, terdengar rakan-rakan bising kerana premium bulanan telah meningkat daripada rm65 kepada rm85. Kenaikan sebanyak rm20. Setelah saya periksa, memang benar. Premium insuran yang dipotong melalui slip gaji menunjukkan peningkatan kadar potongan. Lantas segera saya menghubungi ejen berkenaan untuk bertanyakan maklumat lanjut. Ternyata benar. Saya sedikit berang kerana peningkatan premium berkenaan tidak dimaklumkan oleh ejen ataupun syarikat insuran berkenaan. Namun atas dasar sabar dan memikirkan perlindungan, saya pejamkan sahaja mata. Saya menyabarkan rakan-rakan yang lain agar menerima perkara ini.

Setelah hampir 5 bulan mencarum, saya telah bertemu dengan seorang lagi ejen insuran takaful . Saya diperkenalkan sendiri oleh isteri saya kerana ejen berkenaan adalah suami kepada rakannya. Apabila saya bertemu dengannya, saya telah mendapat satu perkara yang tidak saya dapat dengan ejen insuran kelompok saya sendiri. Secara tidak langsung, saya telah bersetuju untuk menambah polisi insuran untuk diri sendiri, anak saya dan isteri saya. Terasa agak sesak hidup saya kerana setiap bulan saya terpaksa komit sebanyak rm700 untul membayar insuran sahaja. Walaupun pada mulanya saya menolak, akhirnya saya menerima.
Setelah hampir 7 bulan saya membayar premium insuran berkelompok, Ujian daripada Allah telah menimpa saya. Saya, anak dan isteri ditimpa kemalangan antara Proton Exora (dipandu saya) dan sebuah lori treler, yang telah meragut nyawa anak saya yang berumur 9 bulan pada ketika itu. Isteri saya p**a telah mengalami pendarahan otak dan patah tulang paha kaki kiri.

Dalam keadaan yang sayu, saya mengiringi pengkebumian anak saya. Setiap hari saya melawat isteri yang terbaring di katil. Siapa sangka. Perancangan untuk melihat anak perempuan saya membesar didepan mata, ingin melihatnya menjadi anak yang solehah dan cemerlang, hanyalah perancangan semata. Kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah lebih baik.

Saya telah menghubungi ejen INSURAN BERKELOMPOK setelah 7 hari pemergian anak yang tercinta. Saya memaklumkan bahawa anak saya telah meninggal dunia kerana kemalangan. Ejen telah meminta saya menyediakan segala dokumen seperti sijil kematian, laporan bedah siasat, dan sebagainya. Namun, terasa petir menyambar apabila pertanyaan saya mengenai jumlah pampasan anak yang akan diperoleh hanya RM250 sahaja. Itupun hanya khairat kematian. Perasaan sayu saya menjadi marah. Saya telah dijanjikan dengan pampasan yang berjumlah rm20,000 apabila berlaku kematian ahli yang dilindungi dalam polisi (iaitu anak) namun apa yang dibalas, pampasan berkenaan hanyalah untuk pemegang induk polisi iaitu saya sendiri.

Dalam keadaan bengang, menyesal, saya duduk di bangku menunggu di hospital. Saya termenung. Sangkaan saya insuran kelompok akan membantu melindungi saya dan keluarga, rupanya hanya manis dibibir ejen.

Kekecewaan saya sedikit terubat apabila ejen insuran TAKAFUL sendiri yang datang kepada saya. Bertanya khabar. Walaupun saya baru 2 bulan mencarum untuk anak, isteri dan saya, namun kesedihan saya sedikit terubat dengan berita mengenai pampasan kematian anak yang akan saya perolehi iaitu berjumlah rm25,000….

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menggerakkan hati saya untuk mengambil POLISI INDIVIDU untuk keluarga. Benar. Walaupun saya terasa beban membayar rm500 setiap bulan untuk polisi saya, anak dan isteri, namun jelas insuran inilah yang memberikan perlindungan. Walaupun agak mahal, tetapi berpadanan dengan manfaat yang diperolehi.

Setelah itu, saya sendiri telah menghubungi ejen untuk memberhentikan polisi insuran berkelompok berkenaan. Walaupun ejen seperti cuba mengelak apabila saya menghubunginya, saya sendiri telah mengambil tindakan untuk memberhentikan insuran berkelompok. Saya terpaksa menulis surat dan membuat panggilan. Alhmdulillah. Permohonan dalam proses.

Inilah kisah benar yang berlaku kepada diri saya sendiri. Kesilapan terpedaya dengan harga murah serta pelan insuran kelompok. Hanya memikirkan untung membayar MURAH, namun manfaatnya adalah pakej yang MURAH.

Catatan: Penulis adalah seorang guru yang kini giat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan insuran investment-link / secara individu.
Pengalaman yang dinukilkan adalah kisah benar.

Kemalangan berlaku pada 5 Mei 2015, dalam akhbar berita harian dan metro, 3 hari selepas berita kemalangan bayi tercampak dari Exora yang pernah menggemparkan negara.
************************************************************
Terima kasih penulis.

TakafulPlanner/Advisor
Azlina Ahmad 0193229141

Berlansung hari ini exam ShRFP di ofis Damar. Sabtu lepas ikuti workshop yang berlangsung 24hrs di GETB Acedemia Mall2. ...
24/04/2024

Berlansung hari ini exam ShRFP di ofis Damar.
Sabtu lepas ikuti workshop yang berlangsung 24hrs di GETB Acedemia Mall2. Ada masa yang sedikit untuk study dan buat soalan latihan, selebihnya tawakal.

Sebelum mula rasa nervous juga. Masa 2jam terasa singkat. Sampai nak lunch pun tak lalu dah…

Alhamdulillah dengan izinNYA lulus. Tak dinafikan ada jawapan tembak 😅🤣sebab kesuntukan masa.

Kita tunggu convocation nanti.





Salam Aidilfitri semua.Semoga suasana kegembiraan ini menyatukan kita dalam kasih sayang dan kebahagiaan. Maaf zahir dan...
10/04/2024

Salam Aidilfitri semua.

Semoga suasana kegembiraan ini menyatukan kita dalam kasih sayang dan kebahagiaan.

Maaf zahir dan batin

P/s: sis rasa janggal tak pakai spec mata. Pakai lense pun buka semula sbb tak selesa. Beginilah jadilah bila hilang spec mata sebelum raya.

08/04/2024

Doa Rasulullah menjelang akhir Ramadhan

اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا .

“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai Bulan Ramadhan terakhir dalam hidupku. Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadhan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi”

Ya Rahman, terimalah seluruh amal ibadah kami di bulan Ramadhan ini

Ya Wasi’al Magfirah wal afwu.. ampunilah seluruh dosa-dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa orang-orang yang kami cintai dan sayangi kerana Allah.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin

✅ Berpenyakit atau ada sejarah sakit kritikal - BOLEH✅ BMI tinggi - BOLEH✅ OKU - BOLEH Jika sebelum ini anda ada salah s...
02/04/2024

✅ Berpenyakit atau ada sejarah sakit kritikal - BOLEH
✅ BMI tinggi - BOLEH
✅ OKU - BOLEH

Jika sebelum ini anda ada salah satu perkara diatas dan kena tolak / reject/ decline permohonan Takaful, kini anda boleh mohon dan PASTI LULUS.

❌ tiada pemeriksaan perubatan
❌ tiada laporan kesihatan yang perlu dihantar.

AUTO - LULUS!!

Jangan bertangguh sebab pelan ini buka SANGAT SEKEJAP hingga 30 April 2024

WhatsApp segera 0193229141




10 malam terakhir sudah Ramadan 1445HTerlalu cepat masa pergi.Semoga ibadah puasa kita dan lain-lain amal diterima Allah...
31/03/2024

10 malam terakhir sudah Ramadan 1445H
Terlalu cepat masa pergi.

Semoga ibadah puasa kita dan lain-lain amal diterima Allah swt.
Semoga bertemu LailatulQadar

Aamiin YRA

08/03/2024

Sis perasan sejak awal tahun ni asal buka FB saja ada berita kematian yg di kongsi oleh rakan2 dalam friendlist sis. Hari-hari😔Alfatihah buat semua Arwah. Semoga ada perancangan yg dibuat untuk waris yang tinggal. Aaminn🤲

Address

ZEST Life Consultancy
Kuala Lumpur

Telephone

0193229141

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when azlina511 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to azlina511:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram