Poliklinik An-Nisa Sri Sentosa

Poliklinik An-Nisa Sri Sentosa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Poliklinik An-Nisa Sri Sentosa, Family doctor, No. 20 Jalan Seri Sentosa 1A, Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur.

-Medical services "One Stop Centre"-
Newborn Care
Jaundice screening
Antenatal check-up
Post-natal care
General Medical Services
Routine Health Examination
Injury Care
Immunization
Chronic Medical Illnesses
Men & Women's Care
Skin Diseases

02/06/2026

Ketika berziarah ke rumah saudara mara sempena Hari Raya Aidiladha 🌙✨, para tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan 🍲🍛 yang menyelerakan.

Sesetengah hidangan yang dihidangkan mengandungi kalori yang tinggi yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

‼️Jangan lupa untuk amalkan makan secara seimbang dan sederhana mengikut konsep Pinggan Sihat Malaysia - Suku Suku Separuh.

02/06/2026
01/06/2026

Hari ini 1/6 klinik buka seperti biasa kerana banyak appointment pesakit.Tq😁

01/06/2026

Dulu cheese leleh. Sekarang hijau p**a ambil alih.

Sekitar 2021 hingga 2025, kita pernah melalui fasa makanan yang semuanya mahu “dibanjiri” cheese. Burger cheese leleh, ayam cheese leleh, kentang cheese leleh, roti john cheese leleh.

Masuk 2026, trend bertukar arah. Kali ini warna hijau p**a jadi tarikan. Matcha di mana-mana. Pistachio p**a naik mendadak. Laksa matcha, nasi lemak matcha, burger matcha, malah keli pistachio pun muncul.

Betul ke hijau itu benar-benar matcha dan pistachio?

Sebenarnya tidak semestinya.

Ada makanan dan minuman yang memang menggunakan matcha sebenar atau pistachio sebenar.

Tetapi ada juga yang hanya guna perisa, pewarna, krim berperisa, atau campuran manis yang diberi nama menarik supaya nampak mahal dan viral.

Matcha sebenar ialah serbuk teh hijau. Pistachio sebenar ialah kekacang. Kedua-duanya memang ada nilai pemakanan tersendiri. Tetapi bila ia sudah dicampur dengan banyak gula, krim, susu pekat, sos, whipped cream dan topping berlebihan, ia bukan lagi kisah tentang “makanan sihat”.

Hakikatnya sama sahaja. Kalau bahan sebenar sedikit, tapi gula, garam dan lemak yang lebih menonjol, tubuh kita tetap menerima beban yang sama.

Kadang-kadang ia bukan matcha sangat pun.
Kadang-kadang ia bukan pistachio sangat pun.
Kadang-kadang ia cuma trend lama yang datang semula dalam baju baru.

Bijak pilih, bijak baca bahan, dan jangan biar trend menentukan kesihatan kita.

30/05/2026

Sehari selepas sambutan Hari Raya Aidiladha, kebiasaannya kita akan menyimpan dan memanaskan semula lebihan hidangan daging atau lauk-pauk. Walau bagaimanapun, pastikan makanan tersebut masih selamat untuk dimakan bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.

Pastikan anda memeriksa makanan melalui 3 langkah ini sebelum makan:

🔹 Lihat keadaan makanan (Tiada lendir atau perubahan warna)
🔹 Hidu bau (Tiada bau yang tidak enak dan kurang menyenangkan)
🔹 Rasa sedikit (Tiada rasa yang pelik atau basi)

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Pastikan lauk raya anda dikendalikan dan disimpan dengan bersih.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

29/05/2026

Hari ini volume dinaikkan sebab lagu rasa lagi sedap. 20 tahun nanti, suara orang depan mata pun mungkin kedengaran macam berbisik.

Hampir 1 bilion belia di seluruh dunia dilaporkan berisiko mengalami kehilangan pendengaran akibat tabiat mendengar bunyi terlalu kuat melalui earbuds atau headphone dalam tempoh yang lama.

Masalahnya, ramai orang muda tidak rasa benda ini bahaya.

Sebab sekarang telinga masih boleh dengar.
Lagu masih jelas.
Bass masih padu.

Bila telinga berdengung sekejap selepas buka earbuds, kita anggap itu perkara biasa.

Tapi kehilangan pendengaran akibat bunyi kuat biasanya tidak datang mengejut.

Ia datang senyap-senyap.

Sebelum, dengar lagu kuat-kuat rasa puas.
Selepas 20 tahun, orang bercakap dekat meja pun perlu diulang dua tiga kali.

Sebelum, earbuds jadi teman setiap hari.
Selepas 20 tahun, suasana ramai mula jadi memenatkan sebab semua bunyi bercampur dan susah difahami.

Sebelum, telinga berdengung dianggap kecil.
Selepas 20 tahun, baru sedar itu mungkin amaran awal yang dulu kita selalu abaikan.

Amalkan Rule 60/60.

Dengar pada volume tidak melebihi 60 peratus, dan rehatkan telinga selepas 60 minit penggunaan.

Jaga telinga hari ini, supaya esok dunia tidak jadi perlahan sebelum waktunya.

Sakit Kepala Nak Pecah: Anda Kena Migrain Atau Tension Headache? Kenali Simptom Supaya Tak Salah Telan Ubat"Aduh, migrai...
19/02/2026

Sakit Kepala Nak Pecah: Anda Kena Migrain Atau Tension Headache? Kenali Simptom Supaya Tak Salah Telan Ubat

"Aduh, migrain menyerang lagi. Tolong picitkan kepala ni, rasa macam kena ikat ketat sangat pakai getah!"

Tahukah anda, ayat di atas adalah satu kesilapan diagnosis yang paling kerap berlaku? Rasa kepala 'diikat ketat' sebenarnya BUKAN tanda migrain. Ia adalah simptom Tension Headache (Sakit Kepala Ketegangan).

Kedua-dua penyakit ini berpunca dari sistem biologi yang berbeza, dan rawatannya juga sangat berbeza! Mari kita bedah siasat perbezaannya:

1. MIGRAIN (Anatomi Saluran Darah & Saraf)
- RASA SAKIT: Sakitnya berdenyut-denyut (throbbing) seolah-olah ada degupan jantung di dalam kepala anda.
- LOKASI: Biasanya menyerang sebelah bahagian kepala sahaja (kiri atau kanan), sehingga ke bahagian belakang mata.
- SIMPTOM TAMBAHAN: Sangat sensitif pada cahaya (silau), bising, dan bau. Anda akan rasa loya, mual, dan nak muntah. Boleh mencacatkan aktiviti harian (terpaksa baring).
- RAWATAN: Ubat tahan sakit biasa mungkin tidak berkesan. Perlukan ubat khas migrain (seperti Triptans), tidur di dalam bilik yang gelap gelita, dan tuam ais di leher.

2. TENSION HEADACHE (Anatomi Ketegangan Otot)
- RASA SAKIT: Sakit yang statik dan menekan, rasanya seperti dahi dan kepala anda diikat dengan getah atau lilitan kain yang sangat ketat (band-like tightness).
- LOKASI: Melibatkan seluruh kepala, dahi, dan menjalar turun hingga ke tengkuk dan bahu.
- SIMPTOM TAMBAHAN: Tiada rasa loya atau muntah. Anda masih boleh bekerja dan memandu seperti biasa walaupun rasa tidak selesa. Berpunca dari stres, kurang tidur, dan postur leher yang salah (menunduk main telefon).
- RAWATAN: Ubat Paracetamol sudah memadai. Paling penting adalah mengurut otot leher/bahu yang tegang, regangan (stretching), dan berehat dari skrin.

S.O.P KENAL PASTI SAKIT:
Berhenti melabel semua sakit kepala sebagai 'Migrain'. Jika anda rasa berdenyut dan berpinar nak muntah, itu Migrain. Jika anda rasa kepala berat dan tengkuk tegang, itu Tension Headache.

Dengan mengenal pasti jenis sakit yang betul, anda tidak akan menyeksa organ hati anda dengan menelan ubat yang salah fungsi.

Sumber PHM

16/02/2026

Kita seperti biasa 17-18hb Feb 26.
Selamat Tahun Baru Cina kawan2.😊😊

Address

No. 20 Jalan Seri Sentosa 1A, Taman Seri Sentosa
Kuala Lumpur
58000

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 10:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik An-Nisa Sri Sentosa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category