05/05/2026
APA ITU KOLPOSKOPI?
Ramai yang tertanya-tanya apabila melihat gambar kursus kolposkopi kami di Hospital Taiping baru-baru ini — jadi, mari kita jelaskan di sini.
Kolposkopi adalah satu pemeriksaan serviks (mulut rahim) menggunakan alat khas berkamera besar yang dipanggil *kolposkop*. Alat ini boleh membesarkan imej serviks sehingga 10 hingga 40 kali ganda, membolehkan doktor melihat sebarang perubahan yang tidak kelihatan dengan mata kasar.
Bayangkan ia seperti "kaca pembesar berteknologi tinggi" untuk serviks anda.
Kenapa Doktor Cadangkan Kolposkopi?
Kolposkopi biasanya dicadangkan apabila keputusan Pap Smear menunjukkan sesuatu yang perlu disiasat lebih lanjut. Ini tidak semestinya bermakna anda ada kanser — doktor hanya ingin melihat lebih dekat untuk pastikan semuanya baik-baik sahaja.
Antara sebab lain ia disyorkan:
✅ Keputusan Pap Smear tidak normal
✅ Keputusan ujian HPV positif
✅ Serviks kelihatan luar biasa semasa pemeriksaan rutin
✅ Pendarahan luar biasa — contohnya selepas hubungan seksual
Apa Yang Berlaku Semasa Prosedur?
Prosedur ini dijalankan oleh doktor pakar O&G dan mengambil masa lebih kurang 15 hingga 30 minit sahaja. Ia boleh dilakukan di klinik sebagai prosedur 'outpatient' atau di Bilik Pembedahan sebagai 'inpatient' atau Daycare, bergantung kepada polisi hospital tersebut.
1️⃣ Anda berbaring seperti semasa Pap Smear. Spekulum dimasukkan untuk membuka dinding f***j.
2️⃣ Serviks diletakkan cecair acetoacetic acid atau larutan iodin. Kawasan yang tidak normal akan bertukar warna, memudahkan doktor mengenal pasti kawasan yang perlu diambil sampel
3️⃣ Doktor melihat serviks dari luar melalui kolposkop. Alat ini tidak menyentuh badan anda.
4️⃣Jika ada kawasan yang mencurigakan, sampel tisu yang kecil mungkin diambil untuk dianalisa makmal.
🙋 Soalan Yang Selalu Ditanya
❓Adakah ia sakit?
Kebanyakan wanita hanya rasa tidak selesa lebih kurang sama seperti Pap Smear. Biopsi mungkin menyebabkan sedikit kesakitan jika dilakukan sebagai outpatient.
❓Apa persediaan?
Elakkan hubungan seksual, penggunaan tampon, atau ubat f***j selama 24 jam sebelum prosedur. Jika sedang haid, biasanya prosedur akan ditangguhkan.
❓Apa yang berlaku selepas prosedur?
Mungkin ada sedikit pendarahan atau keputihan berwarna gelap — ini adalah normal. Jika biopsi diambil, elakkan hubungan seksual selama lebih kurang 1 minggu atau ikut arahan doktor.
❓ Bila keputusan diketahui?
Jika biopsi diambil, keputusan makmal biasanya mengambil masa 2 hingga 6 minggu.
❓ Adakah ia tersedia di hospital kerajaan?
Ya! Perkhidmatan kolposkopi disediakan di hospital-hospital KKM yang mempunyai Jabatan O&G. Ia dirujuk oleh doktor berdasarkan keperluan klinikal anda.
Kenapa Ia Penting?
Kanser serviks adalah antara kanser yang paling boleh dicegah jika dikesan awal. Kolposkopi memberi peluang kepada doktor untuk bertindak sebelum pra-kanser menjadi kanser.
Jika anda atau orang tersayang dirujuk untuk kolposkopi — jangan panik, jangan tangguh. Ia adalah tanda bahawa sistem penjagaan kesihatan sedang bekerja untuk melindungi anda. 💚
Tanya doktor anda. Hadirkan diri. Jaga kesihatan serviks anda.