Perubatan Islam Nusantara

Perubatan Islam Nusantara Perubatan Islam Berlandaskan Kalam Allah

QUNUT NAZILAHDilakukan setiap kali ada sahaja peristiwa tertentu atau lebih khususnya suatu musibah menimpa umat Islam a...
13/12/2023

QUNUT NAZILAH

Dilakukan setiap kali ada sahaja peristiwa tertentu atau lebih khususnya suatu musibah menimpa umat Islam atau sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu : Zohor, Asar, Maghrib,Isyak dan Subuh.

Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Ada 3 cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah

Jika berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah.

Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu.

Sebagai contoh, ketika berlaku bencana alam, kita boleh mendoakan khusus memohon perlindungan daripada Allah.

Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.

Marilah sama-sama kita mendoakan saudara kita di Palestin yang sedang berjuang, bangkit mempertahankan Tanah Air mereka Bumi Al-Aqsa.

Semoga kemenangan menjadi milik pejuang Palestin dan Tanah Milik Umat Islam dikembalikan.

Semoga segala penderitaan mereka berakhir dan saudara-saudara kita di bumi Palestin dapat mengecapi keamanan dan kebahagiaan.

Surat At Taubah Ayat 129فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ ر...
25/05/2022

Surat At Taubah Ayat 129

فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgasana) yang agung."

Semoga DUKE diberikan kesembuhan dan kekuatan. Aminn Ya Allah.

Umum diketahui, sejak akhir-akhir ini pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias mendapat perhatian ramai di media sosial selepas

Hukum SihirMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Kedua yang bersidang pada 11 Julai 2011 / 9 Syaaban 1432H tel...
25/05/2022

Hukum Sihir

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Kedua yang bersidang pada 11 Julai 2011 / 9 Syaaban 1432H telah membincangkan mengenai Hukum Sihir. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :


1. Hukum pengamal sihir adalah kafir.

2. Sekiranya pengamal sihir itu menyebabkan kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan hukuman Qisas.

3. Hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut:

(1)Pertama: Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah sahaja.

Firman Allah SWT:
Mafhumnya: “Katakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah…” (al-Naml: 65)

ii. Demikian juga disebabkan mempercayai ahli sihir. Baginda SAW bersabda: Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

Adapun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara ghaib. Sebaliknya ahli sihir itu mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia. Para ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang besar.

(2)Kedua: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai halangan daripada melakukan dosa tersebut.

Nabi SAW bersabda:
Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.” (Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)

(3)Ketiga: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan membuktikan pembohongan ahli sihir tersebut kepada orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka usaha orang itu dibenarkan dan dia berhak memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib bagi sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana ia termasuk melaksanakan kewajipan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar.

4. Orang yang menggunakan khidmat ahli sihir boleh dikenakan hukuman Ta’zir.

5. Pengamal sihir dan orang yang menggunakan khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan ahli neraka.

6. Mempelajari ilmu sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan apa-apa tujuan.

7. Semua pihak adalah diharamkan daripada menyebarkan amalan sihir.

Doa Ketika Hujan.Hujan adalah rahmat untuk kita sebagai makhluk di bumi ciptaan-Nya ini.Doa ketika hujan turunﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ...
01/03/2022

Doa Ketika Hujan.

Hujan adalah rahmat untuk kita sebagai makhluk di bumi ciptaan-Nya ini.

Doa ketika hujan turun

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Doa ketika hujan semakin buruk

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Doa ketika Hujan Turun.

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ

“Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Ruqyah bersemuka / jarak jauh Sebarang Pertanyaan👇📞Ust.Nabhani :+601161800687📲Admin : https://www.wasap.my/+60173388308/...
28/02/2022

Ruqyah bersemuka / jarak jauh

Sebarang Pertanyaan👇

📞Ust.Nabhani :
+601161800687

📲Admin : https://www.wasap.my/+60173388308/PerubatanIslamNusantara

*1. Lengkap 2 dose vaksin.*

*2. Lakukan ujian saringan Covid-19 melalui RTK-Ag atau RT- PCR sebelum menghadiri rawatan.*

*3. Pesakit yang mempunyai simptom seperti demam/selsema/batuk dan lain-lain tidak dibenarkan hadir ke sesi ruqyah.*

*4. Penggunaan pelitup muka sebelum dan selepas rawatan adalah diwajibkan.*

*5.Patuh penjarakan fizikal.




INSAN KAMILInsan KAMIL bermaksud manusia sempurna. Perkataan ini berasal dari kata AL-INSAN yang bererti ‘manusia’ dan A...
11/12/2021

INSAN KAMIL

Insan KAMIL bermaksud manusia sempurna. Perkataan ini berasal dari kata AL-INSAN yang bererti ‘manusia’ dan AL-KAMIL yang bererti ‘sempurna’. Konsep filosofi ini bermula dari gagasan tokoh sufi Ibnu Arabi, iaitu oleh Abdul Karim bin Ibrahim al-Jili (1365-1428), pengikutnya, gagasan ini dikembangkan menjadi bahagian dari renungan mistik yang bercorak tasawuf filosofi.

Al-Jili merumuskan insan kamil ini dengan merujuk pada diri Nabi Muhammad SAW sebagai sebuah contoh manusia ideal. Jati diri Muhammad SAW(al-haqiqah al-Muhammad) yang demikian tidak semata-mata difahami dalam pengertian Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT, tetapi juga sebagai nur (cahaya/roh) Ilahi yang menjadi asas kehidupan di alam maya ini.

Nur Ilahi kemudian dikenali sebagai Nur Muhammad oleh kalangan ahli sufi, disamping terdapat dalam diri Muhammad juga dipancarkan Allah SWT ke dalam diri Nabi Adam AS. Al-Jili dengan karya monumentalnya yang berjudul al-Insan al-Kamil fi Ma’rifah al-Awakir wa al-Awa’il (Manusia Sempurna dalam Konsep Pengetahuan tentang Misteri yang Pertama dan yang Terakhir) memulakan pembicaraannya dengan mengidentifikasikan insan kamil dengan dua pengertian. Pertama, insan kamil dalam pengertian konsep pengetahuan mengenai manusia yang sempurna. Dalam pengertian demikian, insan kamil terkait dengan pandangan mengenai sesuatu yang dianggap mutlak, iaitu Tuhan. Yang Maha Mutlak tersebut dianggap mempunyai sifat-sifat tertentu, iaitu yang baik dan sempurna.

Sifat sempurna inilah yang patut pelajari oleh manusia. Seseorang yang ingin menjadikan dirinya dan beramal ke arah sifat sempurna, maka semakin sempurnalah dirinya. Kedua, insan kamil berkait dengan jati diri yang mengidealkan kesatuan nama serta sifat-sifat Tuhan ke dalam hakikat atau inti dirinya. Dalam pengertian ini, nama esensial dan sifat-sifat Ilahi tersebut pada dasarnya juga menjadi milik manusia sempurna bila adanya hak fundamental, iaitu sebagai suatu keperluan yang semulajadi dalam esensi dirinya.

Bagi al-Jili, manusia dapat mencapai jati diri yang sempurna melalui latihan rohani dan kepercayaan yang ghaib, bersamaan dengan turunnya Yang MAHA Mutlak ke dalam diri manusia melalui pelbagai tingkat. Latihan rohani ini bermula dengan manusia bertafakur tentang nama dan sifat-sifat Tuhan, dan mula mengambil bahagian dalam sifat-sifat Illahi serta mendapat kekuasaan yang luar biasa.

Pada tingkat ketiga, ia melintasi daerah nama serta sifat Tuhan, masuk ke dalam suasana hakikat mutlak, dan kemudian menjadi “Manusia Sempurna” atau Insan Kamil. Matanya menjadi mata Tuhan, kata-katanya menjadi kata-kata Tuhan, dan hidupnya menjadi hidup Tuhan (nur Muhammad). Muhammad Iqbal tidak setuju dengan teori para sufi seperti pemikiran al-Jili ini. Menurutnya, hal ini membunuh hakikat diri dan melemahkan jiwa. Iqbal memang memandang dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai insan kamil, tetapi tanpa penafsiran secara mistik.

Insan kamil versi Iqbal tidak lain adalah sang mukmin, yang dalam dirinya terdapat kekuatan, wawasan, perbuatan, dan kebijaksanaan. Sifat-sifat luhur yang tertinggi seperti ini wujud dan tergambar dalam akhlak Nabi SAW. Insan kamil bagi Iqbal adalah sang mukmin yang merupakan makhluk yang mengamalkan atau mengajarkan kebaikan dan keadilan, yang dianugerahkan dengan kemampuan rohani dan agama. Untuk menumbuhkan kekuatan dalam dirinya, sang mukmin sentiasa meresapi dan menghayati akhlak Ilahi. Sang mukmin menjadi tuan terhadap nasibnya sendiri dan secara tahap demi tahap mencapai kesempurnaan. Iqbal melihat, insan kamil dicapai melalui beberapa proses. Pertama, ketaatan pada hukum; kedua penguasaan diri sebagai bentuk tertinggi, kesedaran diri tentang peribadi; dan ketiga kekhalifahan Ilahi.

Sumber : ensklopedi Islam terbitan ikhtiar baru van hoeve



WARNA KEGEMARAN RASULULLAH SAWSelama ini kita mungkin hanya mengetahui bahawa warna hijau menjadi kegemaran Nabi Muhamma...
11/12/2021

WARNA KEGEMARAN RASULULLAH SAW

Selama ini kita mungkin hanya mengetahui bahawa warna hijau menjadi kegemaran Nabi Muhammad ﷺ, sebagaimana tanggapan dan momokan sesetengah pihak bahawa hanya warna tersebut sahaja yang beridentitikan Islamik atau digemari Rasulullah ﷺ.

Rasulullah ﷺ tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda ﷺ turut menyukai warna hitam, putih (baidha’), kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan biasa.

Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : “Yang amat dis**ai oleh Nabi ﷺ ialah warna putih.”

Ketika beribadat Rasulullah ﷺ juga s**a berpakaian putih, dan dalam urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan kerendahan diri.


1. Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.”


2. Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi ﷺ memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”


3. Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling dis**ai oleh Rasulullah ﷺ adalah hijau.”


4. Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”


5. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi ﷺ keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”


6. Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah ﷺ berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”


7. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad ﷺ pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran.


8. Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi ﷺ menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”


Semoga dapat dijadikan panduan dan manfaat bersama…


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



RIAK DAN SOMBONGSombong juga dikenali sebagai takbur. Ia merupakan istilah yang sering diguna dan disebut berhubung deng...
26/11/2021

RIAK DAN SOMBONG

Sombong juga dikenali sebagai takbur. Ia merupakan istilah yang sering diguna dan disebut berhubung dengan sikap dan pe'el manusia.

Kita juga tahu ia dianggap sebagai penyakit hati yang tidak senang diubati kerana kesan-kesannya tidak kita rasai secara fizikal dalam tubuh badan kita. Tambah lagi jika kita tidak atau jarang sekali bermuhasabah diri.

ALLAH SWT berfirman: Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Surah Luqman 31:18)

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang, antaranya ialah riak atau sombong. Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata, sifat takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya.

MENGAPA MANUSIA MENJADI RIAK & SOMBONG?

Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk terhadap ALLAH ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS sewaktu ALLAH memerintahkannya. Iblis merasakan dirinya besar lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam AS kerana kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam AS daripada tanah.

Peristiwa kesombongan iblis ALLAH ceritakan dalam Al-Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Surah Al-Baqarah 2:34)

Manusia juga tidak terlepas daripada perasaan bahawa diri mereka adalah lebih utama dan lebih hebat daripada orang lain. Ramai dalam kalangan kita dan mungkin juga termasuk diri kita yang riak dan sombong kerana merasakan diri kita ini lebih hebat daripada orang lain. Al-Quran banyak menyebut tentang riak dan sombong khususnya sebagai sifat yang keji. Sifat ini amat ketara pada kaum Bani Israel.

Antara sifat-sifat yang disebut tentang kaum Bani Israel ialah s**a mengadu domba dan menyalakan api pertikaian.

ALLAH berfirman: “Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya.” (Surah Al-Ma’idah: 64)

Mereka juga tamak dan haloba. Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling haloba kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih haloba lagi) daripada orang-orang musyrik. masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, Padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al-Baqarah: 96)

CIRI-CIRI RIAK DAN SOMBONG

* S**ar menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi;

* Mudah marah atau emosional. Apabila berlaku perbincangan dua hala, mereka cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah; memilih kawan. S**a berkawan hanya dengan orang yang sama taraf dengannya;

* Memandang hina pada golongan bawahan. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia s**a meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan; * Dalam pergaulan dia s**a kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain;

* Dalam pergaulannya, dia saja yang menguasai perbincangan dan tidak s**a memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia s**a memotong percakapan orang itu;

* Kalau jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah p**a untuk patuh pada pemimpinnya; susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat;

* Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa apabila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah;

* Dia s**a dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain;

* Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya apabila orang itu tersilap.

Mari kita bermuhasabah dan memperbaiki diri. Kita perlu insaf dan akui bahawa kita manusia yang amat daif dan lemah. Segala kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri kita adalah anugerah daripada-Nya dan bisa ditarik balik bila-bila masa sahaja.

Kun fayakun! Kita bisa ditimpa sakit atau jatuh daripada kedudukan yang tinggi dengan lebih tepat istidraj boleh berlaku bila-bila masa. Sudah banyak contoh yang berlaku di depan mata kita untuk menjadi teladan kepada kita semua.

Marilah kita membina hidup di atas jalan sirotul- mustaqim agar kita selamat di dunia dan di akhirat.Insya-ALLAH.




Ruqyah jarak jauh atau bersemuka sepanjang FASA 4 Pelan Pemulihan NegaraSyarat Ruqyah Bersemuka:-Lengkap 2 Dos Vaksin-Ti...
18/11/2021

Ruqyah jarak jauh atau bersemuka sepanjang FASA 4 Pelan Pemulihan Negara

Syarat Ruqyah Bersemuka:
-Lengkap 2 Dos Vaksin
-Tidak mempunyai simptom Cov19

Sebarang Pertanyaan👇

📞Ust.Nabhani :
+601161800687

📲Admin : https://www.wasap.my/+60173388308/PerubatanIslamNusantara




APA ITU IMAN?Iman dari segi bahasa ialah membenarkan. Dari segi syarak p**a ialah membenarkan dengan keyakinan yang tida...
18/11/2021

APA ITU IMAN?

Iman dari segi bahasa ialah membenarkan. Dari segi syarak p**a ialah membenarkan dengan keyakinan yang tidak terbelah bagi (Rukun Iman) kepada:

01. Allah Taala yang Maha Esa dan Maha Pencipta serta tiada sekutu bagiNya.

02. Malaikat yang merupakan hamba-hambaNya yang mulia dan sentiasa taat kepada suruhan Allah Taala.

03. Kitab yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai syariat kepada manusia.

04. Rasul yang telah dipilih dan diutuskan olehNya kepada manusia untuk memberi petunjuk.

05. Hari Kiamat yang pasti berlaku untuk menghitung segala amalan manusia.

06. Qada dan Qadar yang berlaku samada baik atau buruk semuanya adalah ketentuan dariNya.

Setiap perkara yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi. Namun kita tetap dikehendaki untuk berusaha bagi memperolehi kebaikkan dan kejayaan.

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulNya (Nabi Muhammad S.A.W.) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah an-Nisaa: Ayat 136).




Address

Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 10:00 - 13:00
Tuesday 10:00 - 13:00
17:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 13:00
Thursday 10:00 - 13:00
17:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 13:00
17:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perubatan Islam Nusantara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share