Projek EHOPE

Projek EHOPE Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Projek EHOPE, Medical Research Center, Faculty of Medicine, UKM, Cheras, Kuala Lumpur.

Projek eHOPE (eHaematological Oncology Parents Education) ialah projek penyelidikan (UPM, UKM dan KKM) untuk membangunkan laman web untuk menyokong ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi leukemia atau limfoma

This is a step forward by providing cancer parent navigation by an experienced volunteer. Great job CAKNE!
29/07/2025

This is a step forward by providing cancer parent navigation by an experienced volunteer. Great job CAKNE!

Assalamualaikum & happy morning semua 😁

Alhamdulillah syukur kita kan sebab dapat bangun pagi ni & boleh p**a buka FB 😆

CAKNE sedang menjalankan 'pilot' untuk perkhidmatan kami yang terkini ie. RAKAN ADVOKASI PESAKIT CAKNE (RAPC)

Melalui RAPC insyaallah pesakit bekeperluan khas (khususnya kewangan) akan disantuni & dibantu secara 'one on one' oleh seorang staf/ sukarelawan kami yang terlatih.

Dalam perancangan kami, RAPC ini (dengan izin pesakit & waris pesakit) akan membantu dalam perkara perkara berikut (mengikut keutamaan & kemampuan);
1. Perbincangan dgn doktor/ hospital/ pembekal ubat & peralatan,
2. Bekerjasama dengan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) hospital dan lain lain badan berkenaan untuk proses penilaian sosio ekonomi waris pesakit bagi mendapatkan bantuan untuk pesakit
3. Mengemas kini maklumat tentang status pesakit kepada kump**an WhatsApp khas bagi keluarga, saudara mara & sahabat handai,
4. Memaklumkan kepada institutsi masyarakat tempatan seperti surau, masjid, gereja, kuil, ADUN, Ahli Parlimen etc tentang isu pesakit tersebut
5. Melancarkan kempen 'crowdfunding' SEKIRANYA PERLU.
6. Membantu ibubapa pesakit mendapatkan sumber pendapatan tambahan/ sementara dalam tempoh rawatan anak
7.

Ini adalah projek yang sangat 'ambitious' yang akan membawa nafas baru kepada landscape sokongan pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia. Insyaallah.

Doakan kami ya.

Hj. Mohd Shah Awaluddin
Pengasas & Pengarah Eksekutif
CAKNE

12/04/2025
03/05/2024

Assalamualaikum wmh wbt YB & semua pembaca,
Saya adalah Pengasas Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak CAKNE - Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM & Presiden Gabungan Persatuan Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCM).

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap keprihatinan YB & netizens terhadap kes anakanda Ali Arsyad ini.

Sukacita kami memaklumkan beberapa fakta & hakikat berkaitan rawatan kanser Kanak-Kanak di Malaysia.

1. Setiap tahun lebih 700 org Kanak-Kanak akan disahkan mengidap kanser...... Ia merentas demografi.... So hampir separuh biasanya adalah dari keluarga B40.
(Pointnya di sini ialah selain anakanda Ali ini sebenarnya saban tahun ada beratus org lagi pesakit keluarga B40 & M40 yg memerlukan bantuan & sokongan).

2. Hanya ada 7 buah hospital KKM & 3 buah hospital Universiti (di bawah KPT) yg menyediakan rawatan kanser utk Kanak-Kanak.

3. Berbanding hospital KKM, hospital2 Universiti perlu mengenakan caj bil rawatan kepada warganegara kerana peruntukan kewangan mereka (dari KPT) lebih rendah dari hospital KKM.

4. Namun di setiap hospital2 ini ada satu jabatan yg dikenali sbg Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP). Mereka ber tanggung jawab utk membantu pesakit termasuk urusan mendapatkan bantuan dana dari pelbagai pihak spt zakat, korporat & NGO spt kami.

5. Sepanjang pengalaman CAKNE di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM, berbanding hospital swasta, hospital2 Universiti TETAP AKAN MENJALANKAN RAWATAN walaupun waris pesakit tidak mampu membayar kos rawatan & bantuan dari Baitul Mal, korporat & NGO masih belum diterima.
(Maknanya kutipan dana awam melalui media sosial yg dibank in terus ke akaun waris sebenarnya adalah suatu usaha yg masih boleh ditangguh sbg last resort. Tak perlu tergesa gesa kerana kutipan masuk ke akaun peribadi terdedah kepada beberapa risiko)

6. JKSP biasanya akan membuat penilaian sosio ekonomi keluarga pesakit secara objektif & laporan (recommendation) akan dikongsi dgn pihak penyumbang spt CAKNE, zakat dsbnya

7. Dalam kes anakanda ini, selepas menerima laporan dari JKSP HPKK pada 15 Apr 2024, CAKNE telah meluluskan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM 350 sebulan yang akan mula di bayar mulai awal Mei ini.

8. Urusan permohonan bantuan Zakat Selangor juga telah diuruskan oleh JKSP.

9. Utk urusan penginapan waris (semasa rawatan anak), kami di HPKK bertuah kerana ada Rumah Kebajikan Ronald McDonald yg menyediakan bilik & bahan makanan asas dgn bayaran RM5 shj sehari.
Utk kes ini Saya dimaklumkan yg pihak JKSP telah mohon pengecualian bayaran tersebut.

Sekian harap maklum.

Yg menunaikan amanah,

Hj. Mohd Shah Awaluddin
shah@cakne.org.my

Semoga lebih banyak fasiliti dan perkhidmatan untuk pesakit kanser kanak-kanak
01/03/2024

Semoga lebih banyak fasiliti dan perkhidmatan untuk pesakit kanser kanak-kanak

KUALA LUMPUR - The Health Ministry (MoH) will expand and improve existing health facilities in efforts to provide the best treatment to cancer patients, especially children, said...

Kandungan maklumat dalam projek eHOPE telah dipindahkan ke laman web akses terbuka untuk kegunaan ibu bapa yg memerlukan...
27/02/2024

Kandungan maklumat dalam projek eHOPE telah dipindahkan ke laman web akses terbuka untuk kegunaan ibu bapa yg memerlukannya.
Terima kasih kepada semua yg telah menyumbang ke arah pembangunan laman eHOPE dan kami memohon maaf atas segala kekurangan. Semoga kandungan eHOPE dapat membantu ibu bapa tempatan yg memerlukan rujukan tempatan berkenaan penjagaan anak yg menghidapi leukemia atau limfoma.

Empowering parents for care

Proses membangunkan portal e-HOPE telah diterbitkan dalam jurnal Asia-Pacific Journal of Oncology Nursing. Terima kasih ...
20/01/2024

Proses membangunkan portal e-HOPE telah diterbitkan dalam jurnal Asia-Pacific Journal of Oncology Nursing. Terima kasih atas sumbangan setiap ibu bapa dan kakitangan kesihatan yang terlibat dalam projek ini.
https://doi.org/10.1016/j.apjon.2023.100363

Address

Faculty Of Medicine, UKM, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek EHOPE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Projek EHOPE:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram