15/03/2020
Antara perkara yang boleh anda dapatkan tax relief untuk tahun 2020.
1. Hibah takaful
2. Education/Medical card
3. Private Retirement Scheme (PRS)
1) Hibah Takaful
Sejumlah pampasan yang diberikan sekiranya berlaku;
1. Kematian
2. Hilang Upaya Kekal
3. Sakit Kritikal
Maksimum jumlah tax relief yang boleh di claim adalah RM3,000 setahun. RM250 sebulan dah boleh cukup RM3,000 setahun. Kalau yang bekerja kerajaan dan ambil pilihan pencen, tax relief sehingga RM7,000. Fuhhh.
2) Education/Medical Card Takaful
Kebiasaannya kad perubatan ni ibu bapa ambil untuk anak-anak, pasangan atau diri sendiri. Jumlah maksimum tax relief yang boleh di claim adalah RM3,000. Kalau jumlah bulanan RM250, setahun dah cukup RM3,000.
Kalau suami isteri buat taksiran cukai berasingan, boleh lah guna peruntukan masing-masing RM250 untuk hibah dan RM250 untuk education/medical card anak-anak dan sendiri. Semua kena rancang, baru lah jadi pembayar cukai yang bijak 😊
3) Private Retirement Scheme (PRS)
PRS ni sama konsep dengan KWSP. Orang yang rasa duit KWSP dia tak cukup untuk tampung gaya hidup semasa pencen nanti akan buat caruman ekstra untuk PRS. Lagi satu sekiranya orang yang bekerja sendiri, tidak buat caruman KWSP pun lebih berminat mencarum secara bulanan di dalam PRS.
Pulangan PRS dalam jangka masa panjang pun lebih baik daripada KWSP. Duit KWSP ni juga hanya boleh dikeluarkan semasa umur 50tahun dan 55tahun. Di samping boleh menyimpan untuk persaraan, dapat tax relief juga maksimum RM3,000 setahun. Caruman PRS ni bulanan boleh buat serendah RM50. Tetapi kalau nak dapatkan maksimum tax relief, carumlah RM 250 sebulan.