Eye Mate Optometry

Eye Mate Optometry In need of eye related aids? Fashionable too maybe? We got you covered! Come and visit our shop in Bandar Tun Razak today! Anda memerlukan bantuan mata? "

Serta Berfesyen? Jangan risau, kami ada apa yang anda perlukan! Jom ke kedai kami hari ini! "Kepuasan Pelanggan Adalah Keutamaan Kami!

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H· Semoga Aidiladha ini membawa ketenangan, keberkatan dan kebahagiaan buat seisi keluar...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H·

Semoga Aidiladha ini membawa ketenangan, keberkatan dan kebahagiaan buat seisi keluarga.

EyeMate

Customer masuk kedai sambil tengok-tengok sunglasses.“Kenapa sunglasses kat sini RM150 lebih? Kat pasar malam RM25 je bo...
22/05/2026

Customer masuk kedai sambil tengok-tengok sunglasses.

“Kenapa sunglasses kat sini RM150 lebih? Kat pasar malam RM25 je boleh dapat.”

Saya senyum.

“Betul. Memang nampak macam sama. Sama-sama gelap.”

Lepas tu saya explain perlahan.

“Tapi sunglasses bukan sekadar gelap lens. Yang penting adalah perlindungan UV dia.”

Ramai orang tak tahu.

Ada sunglasses murah yang gelap, tapi tak ada perlindungan UV yang betul.

Ada juga yang tulis UV protection, tapi tiada pengesahan sebenar.

Saya terus sambung.

“Dekat kedai optik, kebanyakan sunglasses ada UV400 atau UV420 protection.”

UV420 penting sebab ia membantu menapis sinaran UV dan sebahagian blue light berbahaya yang boleh ganggu keselesaan mata, terutama bila driving tengah panas atau berada lama di bawah cahaya matahari.

Kalau lens cuma gelap tanpa protection yang betul:
• Mata cepat penat
• Silau makin kuat
• Mata pedih dan kering
• Kepala mudah pening
• Risiko kerosakan mata jangka panjang meningkat

Saya cakap dekat customer,

“RM25 mungkin murah masa beli. Tapi kalau mata terkesan bertahun-tahun sebab protection tak cukup, kos dia jauh lebih mahal.”

Kemudian saya tunjuk perbezaan material lens.

“Yang kedai optik biasanya lebih selesa, kurang distortion dan lebih sedap dipakai lama.”

Customer terus jawab,
“Oh… patutlah bila pakai sunglasses murah lama-lama kepala rasa pening.”

Saya senyum.

“Ya. Sebab bukan semua sunglasses dibuat untuk lindungi mata. Ada yang sekadar nampak stylish.”

EyeMate Optometry
Bdr Tun Razak Cheras
010-2004807

“Tuan Kamel… saya nak tanya. Sunglasses polarized ni betul-betul bagus ke? Atau marketing je?”Saya selalu senyum bila cu...
21/05/2026

“Tuan Kamel… saya nak tanya. Sunglasses polarized ni betul-betul bagus ke? Atau marketing je?”

Saya selalu senyum bila customer tanya macam ni. Sebab memang ramai confuse antara polarized dan non-polarized. Nampak macam sama, tapi pengalaman pakai memang berbeza.

Saya bagi contoh paling mudah…

Kalau awak pernah drive tengah panas lepas hujan, mesti pernah rasa silau jalan raya sampai mata rasa pedih. Kadang-kadang nampak macam ada “pantulan putih” atas jalan. Itu sebenarnya glare.

Di sinilah polarized lens memang menang besar.

Polarized ni ada filter khas yang “potong” silau pantulan cahaya daripada jalan, cermin kereta, laut atau permukaan berkilat.

Bila pakai polarized:
“Eh… baru nampak clear rupanya jalan ni.”

Mata rasa lebih relax.
Kurang pening.
Kurang squint mata.
Drive jauh pun kurang penat.

Sebab tu ramai fisherman, rider, golfer, traveller dan orang yang selalu driving memang s**a polarized.

Tapi…

Saya selalu cakap dekat customer:
“Tuan Kamel bukan nak cakap polarized ni perfect untuk semua orang.”

Ada situasi non-polarized lebih sesuai.

Contohnya:
Kalau awak kerja depan screen, monitor tertentu atau dashboard kereta tertentu, polarized kadang-kadang buat screen nampak pelik, gelap atau bercorak rainbow.

Ada orang rasa rimas sebab nak tengok phone dalam kereta pun kena tilt sikit.

Untuk rider malam?
Saya biasanya tak galakkan polarized gelap sebab ia kurangkan cahaya masuk.

Sekarang cerita pasal non-polarized p**a.

Non-polarized ni lebih basic.
Dia cuma kurangkan brightness cahaya matahari, tapi tak buang glare secara efektif.

Maksudnya:
Panas tetap kurang.
Silau tetap ada sikit.

Kelebihan dia?
Harga biasanya lebih murah.
Screen telefon lebih mudah nampak.
Lebih sesuai untuk casual pakai harian kalau tak banyak exposure silau ekstrem.

Saya selalu bagi analogi mudah dekat customer:

Non-polarized macam pakai topi waktu panas.
Polarized macam pakai topi + tinted yang kurangkan silau sekali.

Jadi mana lebih bagus?

Jawapan paling jujur:
Bergantung lifestyle awak.

Kalau awak:
• selalu drive jauh
• kaki travel
• s**a outdoor
• mata sensitif cahaya
• selalu aktiviti bawah matahari

Polarized memang sangat berbaloi.

Tapi kalau:
• nak sunglasses basic
• bajet sederhana
• banyak guna screen
• pakai sekali-sekala

Non-polarized pun dah memadai.

Yang paling penting sebenarnya bukan polarized semata-mata…

UV420 protection lagi penting.

Sunglasses mahal tapi tiada UV420 protection, mata tetap terdedah kepada risiko jangka panjang akibat sinaran UV.

Saya selalu pesan dekat customer:
“Jangan beli sunglasses sebab nampak gelap saja. Gelap tak semestinya lindungi mata.”

EyeMate Optometry
Bandar Tun Razak Cheras
010-2004807

Setiap kali customer datang kedai spec… antara soalan paling common saya dengar:“Tuan Kamel, saya nak buat rimless… namp...
20/05/2026

Setiap kali customer datang kedai spec… antara soalan paling common saya dengar:

“Tuan Kamel, saya nak buat rimless… nampak smart sikit.”

Bila check power mata…
Astigmatism tinggi.
Power rabun pun agak tebal.

Masa tu saya biasanya akan explain perlahan-lahan.

“Boleh buat rimless… tapi kena faham dulu lens macam mana sesuai.”

Sebab ramai ingat pilih spec cuma pasal frame.
Padahal lens lagi penting.

Contohnya rimless.

Rimless memang nampak clean, ringan dan premium.
Tapi bukan semua lens sesuai untuk rimless.

Lens untuk rimless biasanya perlukan:
• Material lebih kuat dan tahan tekanan
• Lens yang tak mudah crack bila drill dibuat
• Ketebalan yang sesuai supaya skru lebih stabil dan tahan lama

Kalau power tinggi tapi guna lens index rendah…
Lens akan nampak lebih tebal dan berat.

Akhirnya:
• Spec mudah senget
• Skru cepat longgar
• Lens nampak terkeluar dari design frame
• Pakai lama pun rasa kurang selesa

Sebab tu untuk rimless, biasanya saya akan suggest high index lens macam:
• 1.60
• 1.67
• 1.74 untuk power lebih tinggi

Lagi tinggi index lens…
lagi nipis dan ringan lens tersebut.

Tapi ramai salah faham.

Mereka ingat:
“Lagi tinggi index… lagi bagus.”

Tak semestinya.

Sebab bila index terlalu tinggi:
• Harga jadi lebih mahal
• Ada lens lebih sensitif dengan pantulan cahaya
• Ada orang rasa visual kurang natural terutama waktu malam

Kalau power rendah atau sederhana…
kadang lens 1.56 atau 1.60 dah lebih dari cukup.

Cantik.
Selesa.
Dan lebih berbaloi.

Full frame p**a biasanya lebih fleksibel.

Kalau lens agak tebal pun frame masih boleh cover bahagian tepi lens supaya nampak lebih kemas.

Sebab tu full frame selalu saya recommend untuk:
• Power tinggi
• Astigmatism tinggi
• Orang yang aktif
• Atau jenis campak spec merata dalam kereta

Nak nampak smart memang penting.
Tapi ketahanan dan keselesaan lagi penting.

Sebab spec ni bukan pakai sekali-sekala.

Kita pakai hampir setiap hari.
Kadang lebih 10 jam sehari.

Sebab tu sebagai optometrist…
Saya selalu cakap pada customer:

“Jangan pilih frame dulu…
Fahamkan lens dulu.”

📍 EyeMate Optometry
Bandar Tun Razak, Cheras

Selalu orang cakap,“Kenapa spek mata mahal sangat?”Tapi sebenarnya ramai tak tahu…Harga cermin mata bukan sekadar bayar ...
15/05/2026

Selalu orang cakap,
“Kenapa spek mata mahal sangat?”

Tapi sebenarnya ramai tak tahu…

Harga cermin mata bukan sekadar bayar “frame”.

Yang buat kos jadi tinggi selalunya adalah:
• Power mata yang tinggi
• Lens khas seperti anti blue light, transition atau anti-silau
• Rabun silau yang teruk
• Material lens lebih nipis dan ringan
• Jenama frame

Dan yang ramai terlepas pandang…

Cermin mata sebenarnya bukan aksesori semata-mata.
Ia alat bantu penglihatan yang kita guna hampir setiap hari.

Kalau salah pilih lens atau pakai spek murah yang tak sesuai, kesannya boleh jadi:
• Mata cepat penat
• Sakit kepala
• Penglihatan kurang selesa
• Ganggu kerja dan fokus harian

Sebab tu ada orang sanggup invest lebih untuk keselesaan mata jangka panjang.

Bila dah pernah pakai lens berkualiti, memang terasa bezanya.

Ramai ingat bifocal dan multifocal ni sama.Sebenarnya fungsi hampir sama, tapi pengalaman pemakaian sangat berbeza 👓BIFO...
13/05/2026

Ramai ingat bifocal dan multifocal ni sama.
Sebenarnya fungsi hampir sama, tapi pengalaman pemakaian sangat berbeza 👓

BIFOCAL
• Ada 2 zon penglihatan
• Atas untuk jauh
• Bawah untuk dekat membaca
• Biasanya nampak garis pada lense
• Sesuai untuk yang nak simple dan bajet lebih rendah

Kekurangan:
• Penglihatan tengah agak terhad
• Peralihan pandangan boleh rasa “meloncat” sedikit

MULTIFOCAL
• Penglihatan jauh, pertengahan dan dekat dalam satu lense
• Tiada garis pada lense
• Pandangan lebih smooth dan natural
• Sesuai untuk kerja office, laptop dan pemanduan

Kekurangan:
• Perlu masa adaptasi
• Harga biasanya lebih tinggi

Simple nak faham:
Bifocal macam tangga.
Multifocal macam escalator 😄

Kalau selalu guna laptop, phone, meeting dan drive setiap hari, ramai lebih selesa dengan multifocal.
Tapi pilihan terbaik tetap bergantung pada lifestyle, kerja dan tahap keselesaan mata masing-masing 👌

Ramai ingat cermin mata cuma pasal frame cantik.Padahal lense yang menentukan keselesaan mata setiap hari 👀Kanta UV420 /...
11/05/2026

Ramai ingat cermin mata cuma pasal frame cantik.
Padahal lense yang menentukan keselesaan mata setiap hari 👀

Kanta UV420 / BlueRay membantu:
• Kurangkan silau & ketegangan mata
• Kurangkan mata cepat penat
• Lebih selesa bila hadap skrin lama
• Lindungi mata daripada cahaya biru & UV

Kalau selalu guna phone, laptop atau tablet, mata memang bekerja lebih keras setiap hari.

Tapi kena faham juga blue light lens bukan “magic lens”.
Kalau mata masih kerap pedih, kabur atau sakit kepala, mungkin sebab:
• Power mata berubah
• Mata kering
• Terlalu lama menghadap skrin
• Pencahayaan tak sesuai

Jaga mata sebelum mata mula “protes” 😉

👓 Nak pilih cermin mata ni sebenarnya jangan main ambil je sebab nampak cantik dekat rak.Kadang frame cantik… tapi bila ...
09/05/2026

👓 Nak pilih cermin mata ni sebenarnya jangan main ambil je sebab nampak cantik dekat rak.
Kadang frame cantik… tapi bila pakai dekat muka sendiri terus rasa “eh peliklah” 😅

Sebab bentuk muka memainkan peranan besar tau.

Kalau nak nampak lebih kemas, fresh dan yakin bila pakai cermin mata, ini tips mudah yang boleh bantu:

✨ Muka Bulat
Cuba pilih frame petak atau bentuk yang lebih tajam.
Bila pakai, muka akan nampak lebih slim dan terletak.

✨ Muka Petak
Frame bulat atau oval biasanya lebih ngam.
Dia bantu lembutkan bentuk muka supaya nampak lebih friendly dan santai.

✨ Muka Oval
Yang ni paling mudah matching 😍
Nak pakai kebanyakan jenis frame pun cantik.
Cuma jangan ambil frame terlalu besar sampai “tenggelam” muka.

✨ Muka Bentuk Hati
Pilih frame yang balance bahagian atas dan bawah muka.
Biasanya bentuk oval atau bawah lebih lebar nampak lebih cantik.

✨ Muka Panjang
Frame yang sedikit besar memang sesuai.
Boleh buat muka nampak lebih seimbang dan tak terlalu panjang.

💡 Satu lagi tips penting…
Jangan pilih sebab trend semata-mata.
Pilih yang buat kita rasa yakin bila tengok cermin 😊

Kadang bila jumpa frame yang betul…
Terus muka nampak lebih segak, lebih manis dan lebih mahal 😉

Ramai orang ingat contact lens nampak lebih cantik, manakala cermin mata p**a lebih “selamat”.Hakikatnya, kedua-duanya a...
07/05/2026

Ramai orang ingat contact lens nampak lebih cantik, manakala cermin mata p**a lebih “selamat”.
Hakikatnya, kedua-duanya ada fungsi dan risiko masing-masing. Yang penting adalah kesesuaian gaya hidup, tahap penjagaan, dan kesihatan mata.

👓 Cermin Mata
Kelebihan:
• Lebih mudah dijaga dan rendah risiko jangkitan mata
• Sesuai untuk penggunaan jangka panjang
• Boleh lindungi mata daripada habuk, angin & cahaya tertentu
• Lebih jimat dalam jangka masa panjang

Kekurangan:
• Mudah berwap atau kotor
• Kadang rasa tidak selesa untuk aktiviti s**an
• Penglihatan sisi mungkin sedikit terhad

👁️ Contact Lens
Kelebihan:
• Penglihatan lebih luas dan natural
• Sesuai untuk bers**an dan aktiviti aktif
• Tidak mengganggu penampilan wajah

Kekurangan:
• Risiko jangkitan mata lebih tinggi jika tak dijaga betul
• Mata mudah kering jika pakai terlalu lama
• Perlu disiplin tinggi dari segi kebersihan dan tempoh pemakaian
• Kos bulanan biasanya lebih tinggi

⚠️ Reality Check
Ramai pengguna contact lens sebenarnya pakai terlalu lama, tidur dengan lens, atau malas tukar solution.
Ini antara punca utama mata merah, corneal ulcer, dan jangkitan serius yang boleh ganggu penglihatan kekal.

📌 Kesimp**an mudah:
• Nak praktikal, selamat & rendah maintenance → Cermin mata
• Nak lebih fleksibel & aktif → Contact lens
• Nak paling ideal → Ada kedua-duanya dan guna ikut situasi

Mata ni bukan aksesori semata-mata.
Bila penglihatan dah rosak, menyesal pun dah terlambat.

Salam Jumaat,Alhamdulillah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pelanggan kami yang telah sudi berurusan denga...
24/04/2026

Salam Jumaat,

Alhamdulillah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pelanggan kami yang telah sudi berurusan dengan Eye Mate Optometry.

Review dan komen yang anda berikan buat kami , kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih sekali lagi .

Moga Eye Mate akan sentiasa mengekalkan perkhidmatan yang terbaik buat semua pelanggan dan meningkatkan serta memperbaiki dalam kelemahan yang ada untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat anda semua.

Tanpa anda semua siapalah kami . Moga Eye Mate sentiasa di mata dan hati anda selalu !

Jemputlah datang yea .

Eye Mate Optometry,
Bandar Tun Razak , Cheras, Kuala Lumpur
Hubungi kami 010-2004807

🎊𝑷𝑹𝑶𝑴𝑶𝑺𝑰 𝑰𝑺𝑻𝑰𝑴𝑬𝑾𝑨 𝑺𝑬𝑴𝑷𝑬𝑵𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑴𝑬𝑹𝑫𝑬𝑲𝑨 𝑫𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨🎊Para Pelanggan yang dihormati,𝐄𝐲𝐞 𝐌𝐚𝐭𝐞 𝐎𝐩𝐭𝐨𝐦𝐞𝐭𝐫𝐲 ingin menawarkan "𝐒...
28/08/2024

🎊𝑷𝑹𝑶𝑴𝑶𝑺𝑰 𝑰𝑺𝑻𝑰𝑴𝑬𝑾𝑨 𝑺𝑬𝑴𝑷𝑬𝑵𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑴𝑬𝑹𝑫𝑬𝑲𝑨 𝑫𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨🎊

Para Pelanggan yang dihormati,

𝐄𝐲𝐞 𝐌𝐚𝐭𝐞 𝐎𝐩𝐭𝐨𝐦𝐞𝐭𝐫𝐲 ingin menawarkan "𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐟𝐟𝐞𝐫" buat para pelanggan sama ada pelanggan setia dan juga pelanggan baru kami.

Mulai 𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟒 , tawaran istimewa ini akan bermula dan akan berakhir pada 𝟏𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒.

Jadi, apa lagi rebutlah peluang yang ada ini untuk dijadikan "𝗛𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗺𝗲𝘄𝗮" buat diri anda dan juga yang tersayang.

🏢𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗿𝗲𝗺𝗶𝘀 𝗸𝗮𝗺𝗶 : 𝗡𝗼.𝟭𝟳, 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗷𝘂𝗿 𝟭, 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗧𝘂𝗻 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸, 𝟱𝟲𝟬𝟬𝟬 𝗖𝗵𝗲𝗿𝗮𝘀, 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿.(𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐫-𝐑𝐚𝐡𝐧𝐮 𝐘𝐀𝐏𝐄𝐈𝐌)

📲𝗡𝗼. 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗳𝗼𝗻 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 : 𝟬𝟭𝟬-𝟮𝟬𝟬 𝟰𝟴𝟬𝟳

🕙𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝘀 : 𝟭𝟬.𝟯𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟴.𝟯𝟬 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺

📌𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝘀 : 𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 (𝗔𝗵𝗮𝗱 𝗰𝘂𝘁𝗶)

Jangan lepaskan peluang yang 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 𝐈𝐍𝐈....hanya untuk yang anda 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀......

𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑲𝒆𝒎𝒆𝒓𝒅𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏,
𝑬𝒚𝒆 𝑴𝒂𝒕𝒆 𝑶𝒑𝒕𝒐𝒎𝒆𝒕𝒓𝒚

Address

No. 17, Jalan Jujur 1, Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 10:00 - 20:30
Tuesday 10:00 - 20:30
Wednesday 10:00 - 20:30
Thursday 10:00 - 20:30
Friday 10:00 - 20:30
Saturday 10:00 - 20:30

Telephone

+60102004807

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eye Mate Optometry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Eye Mate Optometry:

Share

Category