21/12/2021
Nikmat yang tiada ternilai harganya ialah kesihatan yang membolehkan kita menjalani kehidupan, melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar. Lebih penting, ia dapat digunakan untuk beribadat dengan sempurna.
Kebanyakan manusia hanya sedar akan nilai kesihatan apabila mengalami kesakitan atau ditimpa penyakit. Dalam keadaan pandemik kini, penjagaan kesihatan menjadi semakin penting.
Oleh itu, berwaspadalah sentiasa dan berusahalah yang terbaik untuk mengelak diri sendiri dan ahli keluarga daripada dijangkiti Covid-19 atau apa sahaja penyakit berjangkit.
Mereka yang tidak sihat atau bergejala, elakkan daripada pergi ke tempat awam. Kuarantin diri di rumah masing-masing dan hubungi talian Khidmat Pelanggan Jabatan Kesihatan untuk menjalani saringan jika perlu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/114641/KOLUMNIS/Sihat-itu-nikmat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf