25/04/2024
Cirit Birit bukan sakit biasa-biasa.
Sila baca sampai habis.
Rotavirus.
Satu penyakit berjangkit yang sangat femes dikalangan kanak2 pra sekolah kebawah. Ia menyebabkan inflamasi pada lapisan perut dan usus; justeru anak2 menghadapi muntah2 dan cirit birit yang serius.
Kadar muntah dan cirit sangat tinggi sehingga mereka menghadapi dehidrasi walaupun baru 1-2 hari sakit, lembik tidak bermaya, tiada kencing ada yang sampai acute kidney failure, ada yang meracau dan juga ada yang boleh dapat hypovolaemic shock kalau dehidrasi yang teruk.
Oops lupa nak cakap, ianya boleh membawa maut.
Macam mana boleh kena rotavirus?
Bila ada kes induk dah ada dekat ngan kita dan kita terdedah pada bendalir samada dari muntah/ cirit atau bendalir dari mulut laaa pastu tangan tak basuh bersih terus masuk mulut atau share2 sudu garfu; cawan, straw dsbg. Bendalir2 ni tak semestinya nampak ngan mata kasar. (Pasal kalau nmpk dgn mata kasar mesti kita basuh bersih2 kan)
Rawatan khusus? Tiada.
Mainly nak kena pastikan hidrasi yang optimum samada suruh dia minum kalau boleh atau admit dan pasang iv drip.
Semua kena masuk wad?
Tak. Semua bergantung pada severity of the case. Kalau dehidrasi ketara mmg masuk la. Kalau boleh minum dan masih active maybe boleh di rumah.
Isolasi di rumah. Bukan boleh bawak jalan2 tak pegi sekolah. Banyak kes yg saya tau bawak anak2 jalan2 walaupun tau boleh jangkitkan pada org luar. Bukan rotavirus je, kaki tangan mulut, chicken pox dan macam2 lagila. Alasan- anak bosan. 😌
Berapa lama dia boleh jangkitkan pada yang lain?
1. 2-3 hari sebelum dia cirit/muntah dia dah boleh spread
2. Semasa dia mengalami cirit/muntah
3. 3 hari selepas simptom cirit/muntah dah macam nak baik dah pun dia masih boleh jangkitkan kanak2 lain
Selalu kita estimate dalam 8-10 hari la.
Rotavirus ni masih boleh kita detect dalam najis even 10hari lepas kita dah sembuh.
Maka tak heranla doktor suh isolate. Sekolah kena tutup kalau ada outbreak. Dan langkah berjaga2 lain.
Apa langkah lain ?
Adanya Rotaviral Vaccine available di klinik/ hosp swasta. Cuma nak bagi tu ada time limitation
- umur seawal 6 minggu dan complete semua dose sebelum 8 bulan)
Jadik bila dah umur 9 bulan, setahun, 3 tahun takleh amik dah vaccine tuh.
Langkah kedua ialah perap anak di rumah dan jangan pi jalan2. Pasal org dewasa boleh passkan virus ni kat anak walaupun dia(org dewasa ni la) sihat. Mungkin dah terdedah pastu pegang anak pass kat situ la.