Dr Shams Amir

Dr Shams Amir Dr Shams Amir is a Consultant Orthopaedic, Hand & Microsurgeon practising at Gleneagles Hospital KL.

28/05/2026

“Main sukan untuk sihat… tapi akhirnya terpaksa berhenti sebab cedera?” 😖

Ramai ingat kecederaan sukan berlaku sebab “takdir” atau “terjatuh je”… sedangkan sebenarnya banyak kecederaan boleh dielakkan kalau tahu teknik yang betul 👀

Mari saya kongsikan antara kesilapan paling common yang ramai atlet & orang aktif buat tanpa sedar — daripada warm-up sambil lewa, teknik salah, sampai badan dipaksa melebihi kemampuan 💥

Jangan tunggu sampai bahu koyak, ligamen putus atau tangan tak boleh angkat baru nak bertindak.

Nak tahu macam mana nak bersukan dengan lebih selamat & kurangkan risiko kecederaan? Tonton video ini sampai habis! 🔥

📲 Nak dapatkan konsultasi lanjut:�http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams

26/05/2026

🌙🐐 Aidiladha mengajar kita satu perkara yang sangat besar — kadangkala, perkara paling bermakna dalam hidup hadir melalui sebuah pengorbanan.

Hari yang mulia ini mengingatkan kita untuk terus belajar tentang ikhlas dalam memberi, sabar dalam menghadapi ujian dan syukur atas setiap nikmat yang dimiliki. 🤍

Luangkan masa bersama keluarga, eratkan silaturahim, dan jangan lupa menghargai insan-insan yang sentiasa ada di sisi kita. ✨

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semoga Aidiladha kali ini membawa lebih banyak keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat anda dan keluarga. 🌙🤲🏻

Taqabbalallahu minna wa minkum. Mohon maaf zahir & batin.

— Dr. Shams

22/05/2026

“8 TAHUN tahan sakit tangan… sampai dah tak boleh buat kerja harian 😔”

Ramai ingat sakit tangan cuma “urat tegang”, “salah tidur”, atau “nanti baik sendiri”. Tapi bila dibiar bertahun-tahun… keadaan boleh jadi semakin teruk.

Dalam video ni, saya kongsikan kisah pesakit yang 8 tahun sakit tangan, tapi tak pernah jumpa doktor — sampai akhirnya baru tahu apa masalah sebenar.

Persoalannya kalau anda di tempat dia, sanggup tunggu sampai 8 tahun juga?

Jangan tunggu sehingga benda kecil jadi masalah besar. ⚠️

📲 http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams

20/05/2026

“Doktor dah operate… tapi kalau TAK BUAT FISIO, cukup ke untuk sembuh? 🤔💭

Ramai ingat bila tulang dah cantum lepas pembedahan, dah ‘settle’. Tapi hakikatnya… pembedahan cuma sebahagian daripada proses pemulihan. Kalau teknik pemulihan tak betul, tangan boleh jadi keras, susah bergerak, dan fungsi tangan mungkin tak kembali seperti biasa 😟

‘Saya dah beli alat online, saya buat sendiri dekat rumah…’ Tapi kenapa tangan masih keras?

Apa sebenarnya peranan fisioterapi? Kenapa ia sangat penting? Tonton video ini sampai habis 👋🏻

📲 http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams

18/05/2026

“Doktor… saya jatuh je.” 😅
Tapi bila scan dibuat… tulang tangan sebenarnya DAH PATAH 😳

Yang peliknya, ramai patient boxer’s fracture bukan sebab bergaduh pun 👀 Ada yang tengah stress study sampai tertumbuk dinding 📚👊 Ada yang tergelincir, cuba tahan jatuh… sekali tangan terhentak kuat dekat dinding 💥

Lepas beberapa hari baru sedar…
❌ Tangan makin bengkak
❌ Jari rasa pelik bila genggam
❌ Tulang nampak macam senget

Dan part paling mengejutkan tak semua patah perlu rawatan yang sama 😮

Ada yang perlukan:
🔩 Plate & screw yang sangat stabil
🦴 Screw sahaja dengan luka lebih kecil
📍Atau wire untuk tulang yang terlalu hancur

Tapi macam mana doktor decide rawatan mana paling sesuai? Dan kenapa ada besi yang boleh ganggu pergerakan jari? 😨

Saya terangkan semua dalam video ni sebelum anda tersalah pilih rawatan 🚨

📲 WhatsApp sekarang: http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams

14/05/2026

“Tangan Patah… Bila Perlu Surgery & Bila Tak Perlu?” 🤔🦴

Ramai ingat semua tulang patah mesti kena simen saja. Tapi sebenarnya kalau alignment tulang dah lari, tak betul, atau tak stabil, pembedahan mungkin jadi satu-satunya cara untuk selamatkan fungsi tangan anda. ⚠️

Dalam video ni saya terangkan:
🦴 Bila patah tangan WAJIB dibedah
🔩 Kenapa doktor letak besi dalam tulang
😨 Risiko scar & rasa tak selesa lepas operation
✅ Dan macam mana surgery bantu tulang bercantum semula dengan BETUL

Jangan tunggu sampai jari tak boleh gerak atau tangan jadi bengkok kekal… 😖

Tonton video ni sampai habis sebelum buat keputusan tentang tangan patah anda!

📲 http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams

12/05/2026

“Doktor, kalau patah… boleh tak, tak payah operate?” 🤔

Ramai ingat semua tulang patah WAJIB masuk besi. Tapi sebenarnya… ada kes yang boleh sembuh tanpa pembedahan 👀

TAPI ada 2 syarat penting yang ramai tak tahu ⚠️ Kalau alignment tulang dah lari… dan masih degil tak nak operate, risikonya bukan sekadar sakit 😨

Dalam video ni saya terangkan:
✅ Bila patah boleh elak surgery
✅ Kenapa ada pesakit kena masuk plate, screw atau wire
✅ Risiko bila implant dimasukkan dalam badan
✅ Dan paling penting… macam mana nak pastikan tangan boleh berfungsi semula dengan baik

Jangan tunggu tulang bercantum salah baru menyesal 🖐🏻

📲 WhatsApp untuk pertanyaan: http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams

08/05/2026

“Tak sakit sangat… jadi saya ingat okay.” 👉 Itu antara ayat paling bahaya bila melibatkan patah tulang tangan.

Ramai tak sedar… jari yang nampak “normal” bila dibuka, sebenarnya dah berpusing dalam diam 😳 Bila genggam tangan baru nampak jari bertindih, senget, dan boleh ganggu fungsi tangan untuk jangka masa panjang.

Lagi menakutkan… tulang tetap boleh bercantum. TAPI bercantum dalam posisi yang SALAH.

Kes ni berlaku lepas jatuh main basketball 🏀
Sakit tak teruk, masih boleh gerak… sampai mak dia perasan tangan masih bengkak seminggu kemudian. Nasib baik sempat dirawat sebelum jadi lebih serius.

Kalau lepas jatuh atau cedera:
❌ Jangan tengok “boleh gerak lagi” sahaja
❌ Jangan anggap tak sakit = tak patah
✅ Cuba genggam tangan dan tengok ada jari bertindih atau tak

Kadang-kadang tanda paling penting bukan masa tangan dibuka… tapi masa genggam

📲 http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams

06/05/2026

“Setiap malam bangun… gosok tangan sakit… lepas tu sambung tidur balik?”

Nampak macam benda kecil. Tapi sebenarnya itu red flag yang ramai orang abaikan.

Tangan kebas, sakit, atau mencucuk waktu tidur bukan sekadar salah posisi. Ia mungkin petanda saraf terhimpit, kecederaan kecil, atau masalah seperti trigger finger yang makin lama makin teruk.

Dalam video kali ni, saya kongsikan kenapa:
⚠️ Anda kerap terjaga tengah malam
⚠️ Rasa lega lepas gerakkan tangan
⚠️ Tapi esok bangun tetap penat

Tidur terganggu = badan tak sempat pulih sepenuhnya. Jangan tunggu sampai sakit jadi kronik baru nak bertindak.

Nak tahu apa punca sebenar & cara rawatan yang betul? 📲 http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams

05/05/2026

Anda pegang barang… tiba-tiba jatuh.

Sekali mungkin kita fikir “terlepas je ni”. Tapi kalau ia berulang-ulang, itu bukan lagi hal kecil.

Saya bongkarkan satu perkara yang ramai tak sedar. Bila tangan yang tiba-tiba lemah, susah buat pergerakan halus (ambil syiling, pakai chopstick, butang baju), malah boleh rasa tak seimbang ketika berjalan… bukan semestinya masalah di tangan.

Kadang-kadang puncanya datang dari satu tempat yang kita tak sangka: leher.

Bila saraf di leher mula tersepit, isyarat ke tangan jadi terganggu dan itu boleh jadi tanda awal sesuatu yang lebih serius sedang berlaku tanpa kita sedar.

Yang menakutkan… kalau dibiarkan, ia boleh makin teruk sampai risiko kerosakan saraf kekal.

Soalnya sekarang: Anda masih anggap ini “terlepas biasa” atau sebenarnya badan sedang bagi signal awal?

📲 Temujanji / pertanyaan: http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams

30/04/2026

“Beli splint kat farmasi… tapi makin sakit?” 😳

Ramai tak sedar bukan semua splint sesuai untuk semua masalah. Silap pilih, bukan bantu… tapi boleh buat keadaan lagi teruk.

Dalam video ni, saya tunjukkan jenis-jenis splint yang paling common — dari finger splint, thumb splint, soft & hard wrist splint… sampai ke tennis elbow brace. Setiap satu ada fungsi berbeza.

Kalau jari tak boleh bengkok, ibu jari sakit, pergelangan tangan kebas waktu malam… 👉 splint mana sebenarnya yang patut pakai?

Jangan main try & error. Faham dulu, baru pakai. Whatsapp saya di 📲 http://www.wasap.my/601162932310/HelloDrShams

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Shams Amir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category