Okra Plus HQ

Okra Plus HQ PRODUK KESIHATAN ANDA

04/07/2023

ADAKAH ANDA SEORANG PENGGEMAR KUAH 'BANJIR'?

Tahukah and, Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang mempunyai peratus obesiti paling tinggi? Berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, seramai 33.7% rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas mempunyai masalah obesiti atau j***m indeks badan (BMI) 27.5kg/m2 dan ke atas.

Anda perlu tahu bahawa hidangan yang diambil bersama kuah 'banjir' merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kegemukan atau obesiti. Ini kerana kuah terutamanya yang bersantan dan berminyak bukan sahaja tinggi dengan lemak, tetapi juga tinggi dengan garam dan kalori.

1 sudu makan kuah bersantan mengandungi 50 kalori. Jadi, cuba anda bayangkan berapa kalori yang terdapat dalam satu hidangan bersama kuah yang 'banjir'. Tidak salah untuk makan makanan bersama kuah, tetapi pastikan anda mengambil kuah dalam kuantiti yang sederhana dan tidak 'banjir'. Semakin kurang kuah yang diambil, semakin bagus.

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan







28/06/2023

Buah merupakan antara makanan yang dapat membekalkan sumber vitamin yang diperlukan oleh badan kita bagi memastikan kesejahteraan kesihatan badan kita. Selain itu, buah juga mempunyai kandungan fiber yang dapat membantu dalam proses penghadaman makanan dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.

Mengikut Piramid Makanan Malaysia 2020, kita perlu ambil 2 sajian buah setiap hari. Tapi banyak manakah 2 sajian itu?

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang






12/06/2023

TIP PESAN MINUMAN BOBA VERSI LEBIH SIHAT

“Tiba-tiba ternampak p**a iklan minuman boba di media sosial. Tapi risau p**a sebab minuman boba kan tinggi kalori. Gula pun tinggi. Nanti naik p**a berat badan ni.”

Tepat sekali! Minuman hipster seperti minuman boba selalunya tinggi gula, lemak dan kalori. Pengambilan yang kerap boleh meningkatkan risiko obesiti, diabetes dan penyakit kronik lain. Tetapi jika teringin juga, bolehlah cuba tip ini sewaktu memesan minuman boba :
1. SAIZ MINUMAN – pilih sederhana atau lebih kecil
2. TAHAP GULA – pilih tiada gula atau separuh gula
3. JENIS SUSU – pilih susu segar atau susu skim
4. TOPPING (isi tambahan) – pilih tiada topping / separuh topping (kurang gula) / aloe vera (kurang gula) / cincau (kurang gula) / oat (sumber serat) / kacang merah (legum-sumber protein)
5. KONGSI MINUMAN – kalori juga turut dikongsi

Tip ini bukan bermakna minuman boba ini sihat dan boleh diambil dengan kerap ya! Amalkan kesederhanaan dan kurangkan kekerapan pengambilannya. Teruskan amalan 6-8 gelas air kosong setiap hari.

Semoga bermanfaat!

Pusat Makluman Pemakanan Negeri Selangor







29/05/2023

Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) merupakan penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus korona.

Famili virus korona boleh menyebabkan penyakit pada manusia seperti selesema biasa sehingga Sindrom Pernafasan Akut teruk.

27/05/2023

Teh Tarik sememangnya sukar ditolak dengan rasanya yang manis, berlemak dengan tehnya yang pekat. Tetapi tahukah anda bahawa kandungan gula dan lemak yang tinggi pada krimer manis di dalam teh tarik mampu meningkatkan risiko penyakit kronik pada masa hadapan jika diambil berlebihan?

Risau kan? Jom ikut tip di bawah:
~ Kurangkan sukatan krimer manis dalam minuman
~ Gantikan krimer manis dengan susu rendah lemak secara sederhana
~ Pesan minuman kurang manis atau tanpa gula jika makan di luar

Mari amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan pengambilan minuman manis dan pilihlah air kosong sebagai pilihan utama.
Kurang Manis, Lebih Baik.

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan





09/01/2023

Memakai sarung kaki semasa tidur boleh membantu seseorang tidur lebih lena kerana kaki yang lebih sejuk menyempitkan saluran darah dan peredaran darah yang jauh lebih rendah.

Memakai sarung kaki meningkatkan aliran darah ke kaki dan kehilangan haba melalui kulit, yang membantu menurunkan suhu teras badan. Akibatnya, seseorang boleh tidur lebih cepat.

Pemanasan kaki menggunakan stokin semasa tidur dalam persekitaran yang sejuk didapati mempunyai kesan positif terhadap kualiti tidur. Ia dikaitkan dengan lebih mudah tidur, masa tidur yang dipanjangkan dan pengurangan tempoh terjaga semasa tidur.

Tapi jika cuaca panas, memang tidak selesa berstoking. Ini tidak bermakna tidak memakai stokin adalah tidak baik, ia bergantung pada keselesaan anda.

Pemakaian stoking langsung tiada kaitan dengan masalah seperti “angin masuk”, terutama bagi wanita yang baru melahirkan anak. Tidak perlu mengugut wanita untuk memakai stoking.

Pemakaian stoking ada juga keburukan, kepada siapa yang ada masalah jangkitan kulit, kali luka atau berkurap tidak perlu memakai stoking. Stoking yang kotor juga boleh menyebabkan jangkitan kulit dan bau busuk yang menggangu orang lain

03/01/2023

Azam tahun baru: diet (sama seperti tahun-tahun sblm ni)

02/01/2023

We all know how important exercising is for our health, but stretching is equally important to ensure you don't risk injury.

Stretching keeps the muscles flexible, strong, and healthy, and we need that flexibility to maintain a range of motion in the joints. Without it, the muscles shorten and become tight. Then, when you call on the muscles for activity, they are weak and unable to extend all the way. That puts you at risk for joint pain, strains, and muscle damage.

Regular stretching keeps muscles long, lean, and flexible. Healthy muscles also help a person with balance problems to avoid falls.


01/01/2023
29/12/2022

Perbezaan saiz pinggan boleh memberi kesan yang berbeza pada pengambilan makanan. Tanpa kita sedar pinggan makan yang besar sebenarnya menyebabkan kita makan lebih banyak.

Jika ada pilihan, apa kata gunakan pinggan yang lebih kecil... Jimat kalori, jimat duit, hidup sihat!

Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya






29/12/2022

Hujung tahun ini pasti ramai yang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga. Dalam keseronokkan bercuti teruskan amalan pemakanan sihat & jangan abaikan kesihatan anda.



Address

PV5, TAMAN MELATI 3, Jalan MELATI UTAMA
Kuala Lumpur
53100

Telephone

+601113358097

Website

http://Okrapluspremium.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Okra Plus HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share