Gintell Johor Northern

Gintell Johor Northern GINTELL offers a totally new, integrated and innovative approach to a healthy lifestyle that is comp

✨ Health Info - Kluang Mall ✨Sakit Tekak? Berkumur Air Garam Boleh MelegakanCuaca tak menentu sekarang, ramai yang menga...
29/01/2025

✨ Health Info - Kluang Mall ✨

Sakit Tekak? Berkumur Air Garam Boleh Melegakan

Cuaca tak menentu sekarang, ramai yang mengadu sakit tekak. Tahukah anda, berkumur dengan air garam suam sebenarnya terbukti membantu?

Berkumur dengan air garam secara berkala mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan atas dan mempercepatkan pemulihan simptom seperti sakit tekak.

Air garam membantu menarik keluar lebihan cecair dari tisu yang bengkak, mengurangkan keradangan, dan membasmi bakteria di kawasan tekak.

Selain itu, larutan hipertonik seperti air garam membantu mencairkan lendir dan memberikan kesan antiseptik.

Cara mudah:
1. Campurkan setengah sudu teh garam ke dalam segelas air suam (250 ml).
2. Kacau hingga larut dan berkumur selama 20-30 saat.
3. Lakukan 2-3 kali sehari untuk kesan yang lebih baik.

Namun, jika sakit tekak anda berlarutan lebih dari 3 hari, disertai demam tinggi atau kesukaran menelan, segera berjumpa doktor ❤️

Sumber Public Health Malaysia

✨Health Info - Kluang Mall✨Kadang-kadang, kita rasa letih yang luar biasa. Bukan sekadar letih badan, tapi letih jiwa. B...
06/12/2024

✨Health Info - Kluang Mall✨

Kadang-kadang, kita rasa letih yang luar biasa. Bukan sekadar letih badan, tapi letih jiwa. Bangun pagi pun rasa berat, apatah lagi nak teruskan hari… bayangkan nak mulakan hari esok, penat hari ini belum habis.

Mungkin anda sedang:

🪫Berjuang dengan kerja yang tak pernah habis.

🪫Mengurus keluarga sambil lupa jaga diri sendiri.

🪫Menghadapi tekanan hidup yang bertubi-tubi.

Ingatlah, letih itu bukan kelemahan. Ia tanda tubuh dan jiwa anda sedang meminta perhatian.

Anda penting, kesihatan anda lebih utama. Bila rasa tak larat, beri diri anda ruang untuk bertenang. Ingat, menjaga diri sendiri adalah satu bentuk kekuatan. Anda layak untuk rasa lebih baik❤️

Sumber Public Health Malaysia

✨ Health Info - Kluang Mall ✨Adakah anda seorang yang TELITI? Atau sebenarnya seorang yang cerewet yang melambatkan pros...
20/09/2024

✨ Health Info - Kluang Mall ✨

Adakah anda seorang yang TELITI?

Atau sebenarnya seorang yang cerewet yang melambatkan proses kerja.

Sumber Public Health Malaysia

𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡‼️Dibawah Seksyen 13B(2), Akta Makanan 1983 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadu...
02/08/2024

𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡‼️

Dibawah Seksyen 13B(2), Akta Makanan 1983 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan isu keselamatan makanan dan perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli produk makanan.

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

✨ Health Info - Kluang Mall ✨Sirosis merupakan satu keadaan di mana hati tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kerosa...
29/07/2024

✨ Health Info - Kluang Mall ✨

Sirosis merupakan satu keadaan di mana hati tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kerosakan jangka panjang. Kerosakan ini dicirikan oleh penggantian tisu hati normal oleh tisu parut.

Beri perhatian kepada tanda-tanda berlakunya Sirosis Hati agar pemeriksaan lanjut boleh dibuat. Sirosis perlu dirawat pada peringkat awal untuk mengelakkan kerosakan hati yang lebih teruk.

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

✨ Health Info - Kluang Mall ✨Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap ol...
28/07/2024

✨ Health Info - Kluang Mall ✨

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.

‘𝐆𝐮𝐥𝐚: 𝟏 𝐒𝐮𝐝𝐮 𝐓𝐞𝐡 𝐃𝐚𝐡 𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩, 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐢𝐤, 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤’.

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

✨ Health Info - Kluang Mall Usus yang sihat akan mendorong sistem penghadaman manusia berfungsi dengan lebih baik dan ma...
26/07/2024

✨ Health Info - Kluang Mall

Usus yang sihat akan mendorong sistem penghadaman manusia berfungsi dengan lebih baik dan makanan yang dicernakan dapat diserapkan secara optimum dan ia dapat memastikan sistem pertahanan badan berfungsi dengan baik.

Langkah paling berkesan untuk memelihara kesihatan usus adalah dengan mengamalkan pola pemakanan seimbang serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Ia termasuklah juga mengambil sumber makanan yang mengandungi prebiotik dan probiotik bagi merawat usus seperti susu kultur, tempe, sayuran serta buah-buahan.

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

✨ Health Info - Kluang Mall ✨Tahukah anda❓Sampah kulit buah-buahan seperti kelapa, durian, manggis dan rambutan juga ber...
23/07/2024

✨ Health Info - Kluang Mall ✨

Tahukah anda❓

Sampah kulit buah-buahan seperti kelapa, durian, manggis dan rambutan juga berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. 🦟

Sampah sebegini sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan dilupuskan secara berhemah boleh menakung air dan menjadi tempat yang sesuai untuk nyamuk bertelur, seterusnya meningkatkan risiko jangkitan denggi.

Sewaktu musim buah buahan ini, masyarakat dan peniaga buah-buahan perlu memainkan peranan untuk terus menjaga kebersihan alam sekitar bagi mengekang penularan wabak denggi.

𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗲𝗱𝗲𝘀, 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶, 𝗰𝗵𝗶𝗸𝘂𝗻𝗴𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘇𝗶𝗸𝗮.

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

✨ Health Info - Kluang Mall ✨Sedih bila mendengar cerita yang menyatakan seorang mangsa telah mengambil nyawanya sendiri...
20/07/2024

✨ Health Info - Kluang Mall ✨

Sedih bila mendengar cerita yang menyatakan seorang mangsa telah mengambil nyawanya sendiri akibat daripada perlakuan buli siber oleh orang lain. Kami sebagai admin page pempengaruh faham dan mengerti kesan buli siber kerana kami juga tidak terlepas dengan tindakan buli siber.

Terkesan dengan ini, kami ingin berkongsi tips kepada semua iaitu suis imaginasi sebagai salah satu cara untuk mengatasi tekanan mental.

Dengan membayangkan adanya suis yang boleh mematikan sumber tekanan, anda boleh mengambil semula kawalan ke atas emosi dan tindak balas anda.

1) Bayangkan satu suis yang jelas dalam fikiran anda.

2) Suis ini mempunyai label seperti “Buli Siber,” “Tempat Kerja Toksik,” “Makcik Bawang,” “Komen Negatif,” dan “Kalah MLBB.”

3) Sebelum nak tidur atau pada bila-bila masa setiap kali anda merasa tekanan, bayangkan anda menekan suis ini untuk mematikan sumber tekanan tersebut.

4) Tenang dan Fokus: Setelah suis dimatikan, tarik nafas dalam-dalam dan fokus kepada perkara positif dan produktif dalam hidup anda.

Ia boleh membantu anda mengawal reaksi emosi terhadap tekanan. Ia juga membolehkan anda mengalihkan perhatian kepada perkara yang lebih penting.

Teknik suis imaginasi bukanlah penyelesaian mutlak, tetapi ia adalah satu alat yang boleh membantu menguruskan tekanan dengan lebih baik.

Sumber Public Health Malaysia

✨ Health Info - Kluang Mall ✨𝗧𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮❓Pandangan Islam mengenai pendermaan organ di Malaysia dikeluarkan oleh Majlis ...
18/07/2024

✨ Health Info - Kluang Mall ✨

𝗧𝗮𝗵𝘂𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮❓

Pandangan Islam mengenai pendermaan organ di Malaysia dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang antara 23 hingga 24 Jun 1970, pendermaan organ dan tisu untuk pemindahan adalah dibenarkan (harus).

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

✨ Health Info - Kluang Mall✨Elakkan terdedah kepada najis burung merpati kerana boleh menyebabkan Jangkitan Paru Paru Me...
14/07/2024

✨ Health Info - Kluang Mall✨

Elakkan terdedah kepada najis burung merpati kerana boleh menyebabkan Jangkitan Paru Paru Merpati atau “pigeon lung”Penyakit ini boleh berlaku apabila spora kulat atau bakteria dari najis burung disedut dan masuk ke dalam paru-paru.

Kuman kulat Histoplasma capsulatum yang terdapat dalam najis burung menyebabkan gejala demam, batuk, letih, dan dalam kes yang teruk, jangkitan paru-paru yang kronik.

Selain itu boleh ada jangkitan Cryptococcus neoformans & Psittacosis (Ornithosis). Sebab itu perlu elakkan memberi makanan kepada burung merpati atau berlari ke arah kumpulan merpati. Jika anda membersihkan najis burung, pastikan anda memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan.

Sumber Public Health Malaysia

Address

GINTELL (M) SDN BHD (386685-U), No 27, Jalan Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara
Kuala Lumpur
52200

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+60137865403

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gintell Johor Northern posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Gintell Johor Northern:

Share