Penjagaan Buah Pinggang

Penjagaan Buah Pinggang Penawar herba asli khas utk merawat masalah buah pinggang seperti sakit pinggang, kencing berbuih, k

Garam memberikan kesan yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, ia akan meningkatkan jumlah protein ...
24/01/2022

Garam memberikan kesan yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, ia akan meningkatkan jumlah protein dalam air kencing mereka. Sudah tentu keadaan itu boleh mendatangkan bahaya pada buah pinggang hingga menjadi semakin kronik.

Pengambilan garam secara berlebihan juga akan membangunkan risiko untuk menghidap tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang dan batu karang. Keadaan kesihatan ini sudah tentu menyakitkan dan boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang jika tidak dirawat.

Buah pinggang akan memproses setiap makanan dan minuman yang diambil oleh individu. Itu termasuklah makanan yang tinggi ...
24/01/2022

Buah pinggang akan memproses setiap makanan dan minuman yang diambil oleh individu. Itu termasuklah makanan yang tinggi lemak, garam dan gula. Untuk tempoh jangka masa panjang, pemakanan yang tidak sihat ini pastinya akan menyebabkan tekanan darah tinggi, obesiti dan diabetes.

Secara tidak langsung ia meningkatkan risiko untuk mewujudkan masalah kesihatan lain yang ‘membebankan’ fungsi buah pinggang.

Jadi untuk menjaga kesihatan buah pinggang, perbanyakkan makan sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh serta kurangkan pengambilan makanan yang diproses.

Bahaya jika kerap kencing malam...KERAP buang air kecil pada waktu malam, malah ia membuatkan anda terjaga di tengah mal...
24/01/2022

Bahaya jika kerap kencing malam...
KERAP buang air kecil pada waktu malam, malah ia membuatkan anda terjaga di tengah malam untuk ke tandas adalah petanda anda mengalami nokturia.
Selepas mengetahui bahaya buang air kecil pada waktu malam, berikut adalah beberapa punca nokturia.

a. Saluran kencing terlalu aktif akibat prostat

b. Masalah buah pinggang, seperti kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik

c. Gangguan hormon, contohnya menghidap diabetes mellitus

d. Gangguan tidur, seperti insomnia dan berdengkur

e. Keadaan kardiovaskular, contohnya mengambil ubat untuk jantung yang boleh mencetuskan kekerapan buang air kecil

f. Diet, pengambilan makanan yang tinggi garam dan gula

Anggur merah bukan sahaja sedap, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi. Sebiji anggur mengandungi vitamin C yang tinggi d...
24/01/2022

Anggur merah bukan sahaja sedap, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi. Sebiji anggur mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga sejenis antioksidan yang dikenali sebagai flavonoid.

Malah, flavonoid ini juga dapat melindungi anda daripada penyakit jantung dan juga diabetes.

Individu yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh mengambil garam dalam kuantiti yang banyak. Jadi, bawang putih...
24/01/2022

Individu yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh mengambil garam dalam kuantiti yang banyak. Jadi, bawang putih boleh menjadi pengganti garam sebagai penambah rasa dalam makanan.

Bawang putih juga mengandungi vitamin C, vitamin B6 dan kompaun sulfur yang mempunyai sifat antiradang.

Kuning telur juga mempunyai banyak nutrisi, namun ia mengandungi fosforus yang terlalu tinggi.Oleh sebab itu, mereka yan...
24/01/2022

Kuning telur juga mempunyai banyak nutrisi, namun ia mengandungi fosforus yang terlalu tinggi.

Oleh sebab itu, mereka yang mengalami penyakit buah pinggang amat digalakkan untuk mengambil telur putih sebagai sumber protein yang mudah dan berkualiti.

TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG PERLU AMBIL BERAT-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.-D...
24/01/2022

TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG PERLU AMBIL BERAT

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Address

Kuala Lumpur
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjagaan Buah Pinggang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram