07/04/2021
Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan
Berita baik bagi majikan yang berminat mendapatkan Latihan Kemahiran Urutan Sukan untuk pekerja yang baru dilantik ‼️
Kami dari Armels Academy Sdn Bhd merupakan penyedia latihan yang telah dilantik oleh pihak Perkeso untuk menjalankan Kursus Urutan Sukan di bawah Program Latihan Insentif PenjanaKerjaya2.0
Yuran kursus ditanggung sepenuhnya.
Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada majikan ataupun pekerja.
Berikut adalah syarat asas kelayakan bagi menyertai program ini.
✅ Majikan berminat mestilah berdaftar dengan SSM dan mencarum PERKESO.
Latihan Kemahiran Urutan Sukan ini layak diberikan kepada:
☑️ Pekerja sedia ada yang dilantik selepas 21 Disember 2020.
☑️ Pekerja yang bakal direkrut bekerja.
☑️ Perantis yang diambil daripada graduan yang menganggur.
Majikan yang layak juga akan menerima insentif sehingga RM4,800* bagi setiap pekerja yang dilantik.
Sekiranya berminat, sila daftar untuk sesi taklimat penerangan Program Latihan PenjanaKerjaya2.0 Urutan Sukan yang akan diadakan pada 12 April 2021 (Sabtu) pada pukul 11 pagi.
Di dalam sesi taklimat penerangan ini, kami akan berkongsi cara permohonan, syarat² permohonan serta dokumen yang diperlukan bagi penyertaan program ini.
Link pendaftaran ke sesi taklimat adalah seperti di bawah:
https://kursuspenjana.com/view/s/kursus-urutan-sukan