AADK Cheras

AADK Cheras Lead agency under the purview of the MOHA in combating drugs & substance abuse in Malaysia

08/05/2026

Kalau sayang diri dan orang tersayang, jangan biarkan dadah masuk dalam hidup πŸ’š

Setiap pilihan yang dibuat hari ini ada kesannya esok untuk diri sendiri dan untuk orang yang kita sayang.

Jangan tunggu sampai terlambat baru menyesal. Pilih untuk jauhkan diri daripada bahan terlarang, cari sokongan jika perlu, dan percayalah bahawa perubahan itu boleh berlaku ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



08/05/2026
08/05/2026

Jalan raya bukan litar lumba peribadi untuk kau tunjuk siapa paling jaguh atau siapa paling laju. Sedarlah, setiap kali tangan memegang stereng, kau bukan hanya bawa nyawa sendiri, tapi kita sedang 'meminjam' ruang ribuan nyawa lain yang juga mahu pulang dengan selamat. Jangan biarkan keegoan di atas tar menjadi punca air mata keluarga orang lain tumpah di pusara.

Sikap mementingkan diri seperti memotong secara berbahaya atau menghimpit kenderaan lain mungkin nampak kecil pada mata. Namun, satu saat kesilapan akibat gopoh itu mampu menghancurkan seluruh masa depan sebuah keluarga yang langsung tiada kaitan dengan urusan kita. Adakah kita sanggup memikul beban rasa bersalah seumur hidup hanya kerana gagal bersabar selama lima minit?

Hargailah nyawa pengguna lain sebagaimana kita mahu orang lain menghargai nyawa ahli keluarga kita sendiri. Ingat, jalan raya adalah amanah dan kesabaran kita adalah cerminan adab sebagai manusia.

Biar lambat asal selamat, kerana di penghujung jalan nanti, tiada apa yang lebih berharga daripada melihat senyuman orang tersayang menyambut kepulangan kita di muka pintu.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



08/05/2026

β€œDan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah SWT dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah at-Taubah: Ayat 105).

Integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan bukan sekadar tuntutan kerja, malah merupakan satu bentuk ibadah yang akan dinilai serta memberi kesan kepada keberkatan hasil usaha kita.

Semoga setiap titik peluh yang dicurahkan dalam usaha memerangi dadah dan menjaga kedaulatan negara diterima sebagai amal soleh yang berkekalan di sisi-Nya.

Ikhlas dariapda
Dato Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




08/05/2026

Kadang kita rasa semua kejayaan hari ini adalah hasil usaha sendiri. Kita bangga dengan kerja keras, keputusan yang dibuat, dan setiap langkah yang dilalui.

Tapi, siapa sangka kan diam-diam ada orang yang mendoakan kita? Mereka mungkin tak kelihatan, tak disebut, bahkan kita sendiri jarang mengingatinya.

Namun doa mereka, tanpa kita sedar, telah menjadi satu tenaga yang mendorong kita melangkah lebih jauh.

Kejayaan hari ini bukan sekadar milik kita.
Ia juga adalah berkat doa orang yang kita cintai. Mereka yang mendoakan kita tanpa henti, yang percaya pada kita walau kita kadang meragui diri sendiri.

Jadi, jangan lupa hargai mereka.
Kerana kadang, kejayaan terbesar bukan apa yang kita capai, tapi siapa yang dalam diam-diam membantu kita sampai sejauh ini. πŸ’›

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



08/05/2026

π—£π—œπ—Ÿπ—œπ—› 𝗠𝗔𝗦𝗔 π——π—˜π—£π—”π—‘, π—•π—¨π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—¦π—œπ—Ÿπ—”π—£π—”π—‘

Setiap keputusan kecil hari ini menentukan arah hidup esok. Penglibatan dengan dadah sering bermula dengan rasa ingin tahu atau pengaruh sekeliling, namun akhirnya membawa kesan besar yang tidak mampu diputar kembali.

Dadah merampas peluang, merosakkan kepercayaan, dan menghancurkan harapan β€” bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada keluarga yang bergantung harap. Apa yang kelihatan seperti pilihan sementara boleh menjadi beban sepanjang hayat.

Ingat β€” undang-undang negara amat tegas.
Di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, pemilikan, penggunaan atau pengedaran dadah merupakan kesalahan serius. Dalam keadaan tertentu, kuantiti yang dimiliki boleh menyebabkan seseorang dianggap sebagai pengedar, walaupun tanpa niat. Hukuman yang dikenakan termasuk penjara, denda berat dan tindakan lebih tegas mengikut peruntukan undang-undang.

Berani berkata β€œtidak” adalah kekuatan sebenar. Pilih jalan yang membina masa depan, bukan yang memusnahkannya. Isi hidup dengan perkara positif, pilih persekitaran yang sihat, dan sentiasa fikirkan akibat sebelum bertindak.

Masa depan masih di tangan anda β€” jangan serahkannya kepada kesilapan yang boleh dielakkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah diminta menyalurkannya kepada pihak polis melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

𝐉𝐒𝐉𝐍 ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇, π‹πˆππƒπ”ππ†πˆ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ






01/05/2026
01/05/2026

Harini, makan sambil skrol telefon telah menjadi norma dalam masyarakat.

Perkara ini nampak biasa tapi boleh mendatangkan kesan jangka panjang kepada tahap kesihatan kita.

Secara logiknya, bila anda leka menonton atau skrol media sosial sambil makan, otak anda tak menerima β€˜isyarat’ kenyang dengan tepat.

Jadi anda cenderung untuk makan dengan lebih banyak daripada yang anda perlukan.

Sebaliknya, anda boleh amalkan untuk berbual perkara yang baik sesama keluarga atay rakan. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan bersama.

Macam mana kalau makan berseorangan? Anda boleh fokus terhadap makanan kerana ia dapat memberikan lebih kenikmatan dan juga membenarkan minda anda rehat.

Jom ubah tabiat yang kecil ini untuk mengelakkan impak kesihatan di masa akan datang. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



01/05/2026

Cuba bayangkan cahaya bintang yang kita
nampak malam ni mungkin datang dari
masa lalu. Jauh, lama, dan penuh cerita. Dari
bintang kecil hingga galaksi yang luas, angkasa sentiasa buat kita rasa kagum dan
ingin tahu.

Semua keindahan ini adalah ciptaan Tuhan
yang tidak dapat kita gambarkan
sepenuhnya dengan akal manusia. Lagi kita
belajar tentang angkasa, lagi kita sedar
betapa kecilnya kita dalam alam semesta
yang begitu besar dan tersusun.

Kadang-kadang, cukup sekadar pandang
langit malam untuk rasa tenang dan
bersyukur. Angkasa bukan sekadar
pemandangan ia satu peringatan tentang
kebesaran ciptaan dan betapa banyak lagi
yang masih belum kita terokai.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



01/05/2026

Nampak mudah, tapi bukan semua orang
tahu jawapannya.

Jom cuba lengkapkan perkataan kosong ini
dan kongsikan jawapan anda!

Tinggalkan jawapan di ruangan komen, uji
pengetahuan anda, dan lihat siapa yang
paling cepat betul.

Selain itu, setiap jawapan yang betul boleh
membantu kita lebih faham tentang bahaya
dadah dan kepentingan menjauhinya.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Aras 3 & 4, Bangunan Dataran Shamelin, No. 68, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa
Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60392813280

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share