Polis Bantuan Semalaysia

Polis Bantuan Semalaysia Mengupas isu-isu semasa dalam memantapkan perkhidmatan dan peluang kerjaya pelbagai jawatan kosong diagensi- agensi yang terpilih di Malaysia.

JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN TNBPembantu Keselamatan (Konstable Polis Bantuan)Taraf Jawatan : TetapTarikh Tutup Iklan23 ...
05/11/2025

JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN TNB

Pembantu Keselamatan (Konstable Polis Bantuan)

Taraf Jawatan : Tetap

Tarikh Tutup Iklan
23 November 2025 (Ahad)

Klik di ruangan komen

Jawatan Kosong: Penolong Juruteknik Tingkatan BiasaSertai TNB! Kami sedang mencari calon yang memiliki Diploma dalam bid...
05/08/2025

Jawatan Kosong: Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa

Sertai TNB! Kami sedang mencari calon yang memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan (Elektrik, Elektronik, Awam, Telekomunikasi, Kuasa, GIS) atau berkaitan IT (min CGPA 2.50). Pemegang SVM (SKM Tahap 3) atau SPM dengan kelulusan yang ditetapkan juga dialu-alukan untuk memohon. Pemohon mestilah berumur bawah 30 tahun, sihat tubuh badan, tidak rabun warna, dan bersedia ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

🗓 Tarikh Tutup: 15 Ogos 2025
👉 Mohon sekarang di jobs.tnb.com.my

JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN.
07/02/2025

JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN.

KEKOSONGAN JAWATANPembantu Keselamatan (KONSTABEL POLIS BANTUAN) - KontrakButiran JawatanGaji Pokok : RM1,500.00 sebulan...
25/09/2024

KEKOSONGAN JAWATAN

Pembantu Keselamatan (KONSTABEL POLIS BANTUAN) - Kontrak

Butiran Jawatan
Gaji Pokok : RM1,500.00 sebulan
Elaun Elektrik : RM85.00 Sebulan
Elaun Dobi : RM60.00 Sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak

Cara Memohon
Semua permohonan pengisian jawatan melalui iklan perlu dibuat secara ‘on-line’.

Melalui:-

▶️laman web https://www.tnb.com.my/about-tnb/ >>CAREER atau
▶️laman web https://www.jobs.tnb.com.my
▶️https://jobs.tnb.com.my/job-invite/250439/

*Maklumat Lanjut*
* Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
* Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.

Tarikh Tutup Iklan : *18 OKTOBER 2024*

Polis Bantuan YTL
21/12/2023

Polis Bantuan YTL

JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN Polis Bantuan YTL

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai polis Polis Bantuan YTL
boleh menghantar resume ke alamat seperti di dalam poster

16/09/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

TEMUDUGA TERBUKA KONSTABEL (POLIS BANTUAN) PENANG PORT

Peluang untuk bekerja sebagai Polis Bantuan di Penang Port, Pulau Pinang.

Sekiranya berminat, sila bawa dokumen yang berkaitan untuk sesi temuduga terbuka pada 20 September 2022 bertempat di Balai Bomba Pelabuhan, Dermaga Air Dalam, Butterworth, Penang Port Sdn Bhd pada pukul 7.00 pagi - 12.00 Tengahari.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Balai Polis Pelabuhan Butterworth di talian 04-3737188

Terima kasih.

Berminat boleh layari website KTM. Semoga memberi manfaat kepada semua 😎
15/07/2020

Berminat boleh layari website KTM. Semoga memberi manfaat kepada semua 😎

Open interview jawatan *Pembantu Keselamatan Penerbangan (Auxiliary Police MAHB)**Gaji Pokok: Rm1550.00*1- Elaun Sara Hi...
07/01/2020

Open interview jawatan *Pembantu Keselamatan Penerbangan (Auxiliary Police MAHB)*

*Gaji Pokok: Rm1550.00*

1- Elaun Sara Hidup - Rm160
2- Elaun Pengangkutan - Rm160
3- Elaun Syif - Rm150
4- Elaun Perumahan - Rm100
5- Elaun Uniform - Rm50
6- Insurans Kelompok

Boleh war² kan kpd sahabat handai atau saudara yg mempunyai kelayakan untuk mencuba..TQ

Sumber : Facebook group

Apa tunggu lagi, korang yang berminat tu cepatlah isi kekosongan yang ada. Bila lagi nak berbakti..Polis bantuan banyak ...
04/12/2019

Apa tunggu lagi, korang yang berminat tu cepatlah isi kekosongan yang ada. Bila lagi nak berbakti..

Polis bantuan banyak membantu polis dalam menangani jenayah di kawasan operasi yang dibenarkan untuk mereka, maka, perjawatan itu perlu diisi untuk meningkatkan tahap keupayaan polis bantuan.


Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Sumber : Geng Keselamatan Negara

M Update, 4/12/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memeriksa dan mengaudit secara berperingkat 256 agensi atau syarikat yang mempunyai lesen penubuhan polis bantuan berikutan 31,471 jawatan itu belum diisi. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk...

Kota Bharu dan Pasir Puteh dilanda banjir menyebabkan mangsa di Kelantan bertambah kepada 808 orang daripada 222 keluarg...
01/12/2019

Kota Bharu dan Pasir Puteh dilanda banjir menyebabkan mangsa di Kelantan bertambah kepada 808 orang daripada 222 keluarga berbanding 389 mangsa daripada 106 keluarga jam 8 pagi tadi.

Credit : Anok klate

KOTA Bharu dan Pasir Puteh dilanda banjir menyebabkan mangsa di Kelantan bertambah kepada 808 orang daripada 222 keluarga berbanding 389 mangsa daripada 106 keluarga jam 8 pagi tadi.

 Serang Hendap Di Kroh BetongPada 17 Jun 1968, lebih kurang jam 5.30 petang, satu konvoi sedang bergerak dari pangkalan ...
28/11/2019


Serang Hendap Di Kroh Betong

Pada 17 Jun 1968, lebih kurang jam 5.30 petang, satu konvoi sedang bergerak dari pangkalan PPH Kroh menuju ke Betong melibatkan Strike Force daripada Platun 11 Batalion 1, Kompeni C, Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta dan Platun 11 Batalion 2 untuk menjalankan tugas “Ops Sawadee Salam”.

Sebelum itu Platun 11, Batalion 2, PPH Ulu Kinta yang diketuai oleh ASP G/3067 Tan Hun Tiong (J***y) bersama enam orang anggota telah bergerak ke stor di Sungai Petani mengambil kawat duri untuk dibawa ke Tek Betong dan kemudiannya bergabung bersama pasukan bantuan Strike Force yang bermalam di Pangkalan Batalion 19 PPH Kroh.

Maklumat awal mengatakan pihak komunis akan menyerang Tek PPH di Betong. Di atas maklumat tersebut satu pasukan bantuan dan kawad duri diperlukan untuk mengukuhkan pertahanan di sana. Setelah semuanya berkumpul di Pangkalan Batalion 19 Kroh, konvoi mula bergerak dengan di dahului oleh Insp. Malik Arshad diikuti oleh empat buah kenderaan iaitu Land Rover, Trak Unimog serta Trak 3 tan dan di belakang sekali adalah Trak 3 tan tanpa bumbung yang dinaiki oleh ASP Tan Hun Tiong bersama anggotanya yang sarat dengan katil tambahan dan kawat duri untuk di bawa ke Tek Betong. Apabila sampai di Pekan Kroh, Insp. Malik Arshad telah berhenti untuk membeli barang keperluan dan meminta supaya ASP Tan Hun Tiong bergerak dahulu.

Sebaik sahaja lori ASP Tan Hun Tiong melepasi sempadan, kedengaran deruan kenderaan konvoi yang berada di belakang telah semakin hampir. Dengan tidak semena-mena ketika itu juga terdengar tembakan bertalu-talu ke arah konvoi Insp Malik Arshad. ASP Tan Hun Tiong dan anak buahnya dengan pantas melompat turun dari lori mengambil kedudukan berlindung. PC Low Teng (pemandu lori) tanpa berlengah telah memecut lori seorang diri menuju ke Tek Betong untuk meminta bantuan. ASP Tan Hun Tiong dan anggotanya terus dihujani peluru sehingga tidak dapat memberi bantuan kepada konvoi Insp Malik Arshad, walaupun jaraknya begitu hampir. Pasukan polis yang diketuai oleh Insp. Malik Arshad terus melawan dan memberikan tentangan walaupun tiada tempat untuk berlindung. Akhirnya satu persatu anggota konvoi rebah ke bumi. Kedudukan musuh amat strategik kerana berada di atas tiga buah bukit dan menyerang sewaktu konvoi melalui selekoh tajam.

Beberapa minit kemudian satu Platun dari Tek Betong diketuai oleh Sjn.Isam bin Long telah tiba untuk memberi bantuan, tetapi segala-galanya telah terlambat. Pada waktu itu yang tinggal hanyalah mayat yang bergelimpangan dan anggota-anggota yang mengalami kecederaan parah. Konvoi seramai 35 anggota PPH yang diserang hendap oleh komunis telah menyebabkan seramai 16 orang terkorban dan 17 orang mengalami kecederaan manakala 2 orang anggota berjaya melepaskan diri dengan memasuki hutan berhampiran tanpa mengalami kecederaan. Mereka telah dijumpai beberapa hari kemudiannya dengan didapati merayau-rayau di kawasan hutan tersebut dalam keadaan yang penuh trauma. Dua anggota di kalangan 17 anggota yang tercedera berikutnya telah meninggal dunia akibat dari kecederaan yang teruk di hospital. Sementara Insp Malik Arshad telah mengalami kecederaan yang parah dan pihak komunis turut mengambil serta merampas ke semua senjata, kelengkapan dan radio wireless set.

Ini adalah satu titik hitam dalam sejarah bagi Pasukan Polis Diraja Malaysia dan khususnya bagi Platun 11 Kompeni ‘C’ Batalion 1 PPH di dalam peperangan menentang pengganas komunis di Malaysia. Insiden ini akan selalu diingati sebagai salah satu pengorbanan yang dijalankan oleh pegawai dan anggota pasukan polis.

Credit : muzium polis diraja malaysia

Address

Kuala Lumpur
59200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Bantuan Semalaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram