07/04/2023
Apakah itu Osteoarthritis?
Osteroarthritis merupakan satu penyakit degeneratif sendi yang biasanya berlaku pada bahagian sendi lutut.
Penggunaan lutut yang digunakan sepanjang kehidupan menyebabkan tulang rawan pada sendi lutut tersebut menjadi haus dan terhakis.
Pada masa yang sama akan berlaku keradangan pada kawasan sendi tersebut dan menyebabkan kesakitan.
Biasanya pesakit akan merasa lebih lega apabila lutut direhatkan dan akan merasa lebih sakit apabila melakukan aktiviti fizikal berlebihan.
Golongan yang berusia sangat ramai yang mengalami penuaan sendi, yang terjadi akibat oleh kawasan sendi lutut yang haus dan tulang bergesel antara satu sama lain. Jika dibiarkan boleh menjadi semakin teruk dan pesakit mungkin akan memerlukan alat sokongan berjalan seperti tongkat atau kerusi roda.
Osteoarthritis adalah dari bahasa latin . Osteo bermaksud tulang , Art p**a sendir, itis adalah Radang .
ia adalah punca sakit lutut paling kerap ( common) untuk orang yang berusia 40 tahun ke atas
Terbahagi kepada 4 peringkat , Punca sakit Lutut osteoarthritis ini adalah disebabkan faktor penuaan yang menyebabkan terjadinya 4 perkara dibawah
Sendi yang merapat
Gel lutut ( synovial fluid) yang haus
Penumbuhan tulang baru ( bone spurs)
Rosaknya Cartilage
Osteoarthritis tahap 4 adalah paling kritikal , ia adalah tahap dimana segala rawatan injection akan gagal dan ikhtihar terakhir adalah dengan pembedahan menukar lutut.