23/09/2022
Dementia - 'if'
JIKA SAYA MENGHIDAP DEMESIA...
1. Jika saya mengalami demensia, saya mahu rakan dan keluarga saya menerima REALITI saya.
Jika saya sangka pasangan saya masih hidup, atau jika saya fikir ibu bapa saya datang melawat (walaupun mereka telah meninggal) izinkan saya mempercayai perkara itu. Saya akan lebih gembira untuk itu.
2. Jika saya mengalami demensia, saya tidak mahu dilayan seperti kanak-kanak. Bercakaplah dengan saya seperti orang dewasa
3. Jika saya mengalami demensia, saya masih mahu menikmati perkara-perkara yang selalu saya s**a. Bawalah saya untuk berjalan jalan melihat dunia luar, berjumpa rakan dan pergi ke masjid
4. Jika saya mengalami demensia, minta saya ceritakan kisah silam saya. Itu kenangan yang tinggal bersisa dalam memori saya..
5. Jika saya mengalami demensia, dan saya menjadi gelisah, luangkan masa untuk memikirkan apa yang mengganggu saya.
6. Jika saya mengalami demensia, jangan cakap tentang saya seolah-olah saya tidak mendengar.
7. saya kena demensia, jangan rasa bersalah kalau awak tak boleh jaga saya 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ia bukan salah anda, dan anda telah melakukan yang terbaik.
8.Jika saya mengalami demensia, dan saya tinggal di rumah orang tua , tidak mengapa. Sekali sekala datanglah lawati saya bila ada kelapangan
9.Jika saya mengalami demensia, jangan bertindak kecewa jika saya mencampuradukkan nama, acara atau tempat. Tarik nafas dalam-dalam. Ia bukan salah saya.
10. Jika saya mengalami demensia, jangan kecualikan saya dari kenduri dan perjumpaan keluarga.
11.Jika saya mengalami demensia, ketahuilah saya masih s**a menerima pelukan atau jabat tangan.
12. Jika saya terkena demensia, ingat saya masih orang yang anda kenal dan sayang.
September ialah Bulan Alzheimer Sedunia. Penyakit Alzheimer adalah sejenis demensia. Ini adalah bait bait kata yang menggambarkan perasaan individu yang menghidap dementia