07/04/2026
'Dr, budak ni sakit teruk sangat dah ni. Kami dah bagi Paracetamol, Nurofen, Dynastat. Tapi still sakit teruk sgt rupanya. Boleh top up apa lagi?'
'You bagi IV tramadol 50mgs ok.'
Anak berumur 9 tahun ini secara tiba tiba di serang sakit yang sangat kuat pada bahagian bawah perut sejak pagi.
Ada muntah muntah.
Nak jalan pun tak boleh, memang membongkok lebih selesa.
Semasa saya membuat pemeriksaan pun, Anak ini sering mengubah posisi duduk.
Muka pun menahan sakit yakmat.
'Dr, report imbasan Ultrasound dah ada. Report ckp ada cyst yg besar, nampak cyst tu takde aliran darah'.
'Thats torsion of the o***y', balas saya.
Saya memulakan pelan rawatan kepada anak ini.
Saya jadualkan beliau utk menjalani pembedahan secara laparoskopi pada jam 9:30 malam.
Malangnya, terdapat juga kes kes kecemasan lain menanti.
1030 malam berlalu.
1130 malam berlalu.
Saya menanti dan terlelap juga dalam penantian.
Kes hanya bermula sekitar 1:45 pagi.
Teleskop terus di tuju ke bahagian bawah abdomen. Pendarahan (hemorrhagic fluid) di kesan di sekitar cyst yg berwarga merah gelap kehitaman.
'Aduhhh'... Teruk pintalan ovari ni. Saya cuba merungkai pintalan itu. Sekali pusing.. dua kali pusing.. 3 kali.. 4 kali...
Kitaran darah ke ovari akan terputus dalam keadaan begini.
Di sebabkan ia telah berlaku pada jangka waktu yang agak lama, maka ovari anak ini telah mati (gangrene) kerana kekurangan oksigen.
Saya teruskan pembedahan untuk membuang ovari anak ini.
Alhamdulillah, pembedahan selesai sekitar 3:30 pagi.
Tuan puan.. sekiranya anak anak tuan puan mengalami sakit perut yang sangat sangat teruk, salur Ovari yang terpintal adalah antara diagnosisnya.
Ia memerlukan pembedahan dengan kadar superrr segera!!?