Pusat Kesihatan UPNM

Pusat Kesihatan UPNM PUSAT KESIHATAN UPNM merupakan fasiliti kesihatan di dalam Kampus UPNM.

HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : AMALAN MENCUCI TANGAN🫧🧼Amalan mencuci tangan merupakan salah satu cara yang paling berkesan ...
11/05/2026

HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : AMALAN MENCUCI TANGAN

🫧🧼Amalan mencuci tangan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

👋Tangan yang bersih boleh mengelakkan kuman daripada merebak daripada seseorang individu kepada individu yang lain dan dalam kalangan komuniti termasuk di dalam persekitaran rumah, tempat kerja dan sekolah.

Oleh itu, amalkan kebersihan tangan dengan kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan (hand sanitizer).





HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : NAFAS BERBAUNafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan dan situasi ini mu...
08/05/2026

HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : NAFAS BERBAU

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan dan situasi ini mungkin boleh merendahkan keyakinan diri seseorang.
Anda boleh berjumpa dengan doktor gigi anda dan kenal pasti sebab utama yang menyebabkan nafas anda berbau.





HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : 5 MESEJ UTAMA KESIHATAN JEMAAH HAJIIbadah haji memerlukan kekuatan fizikal yang baik. Untuk ...
06/05/2026

HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : 5 MESEJ UTAMA KESIHATAN JEMAAH HAJI

Ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal yang baik. Untuk kekal sihat sepanjang tempoh di sana, jemaah disarankan mengamalkan langkah pencegahan berikut :

▶️ Pastikan sihat dan sedia sebelum berangkat
▶️ Pakai pelitup muka dan amal kebersihan tangan
▶️ Elak kontak dengan individu bergejala
▶️ Amal keselamatan makanan dan air minuman
▶️ Lindung diri daripada haba dan dehidrasi

Semoga beroleh haji yang mabrur dan kesihatan yang berpanjangan.
- sumber : KKM-





HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : CARA MENCEGAH PENYAKIT MULUTKebanyakkan penyakit mulut boleh cegah menerusi amalan penjagaan...
28/04/2026

HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : CARA MENCEGAH PENYAKIT MULUT

Kebanyakkan penyakit mulut boleh cegah menerusi amalan penjagaan pergigian yang sempurna dan diikuti dengan penjagaan kebersihan gigi yang baik.

Ikuti cara pencegahan penyakit mulut seperti yang dikongsikan sebagai peringatan bersama bagi mencegah penyakit mulut yang boleh mengundang ketidaselesaan dan jaminan kesihatan mulut di tahap optimum.




HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : KAEDAH PENYIMPANAN GARAM BERIODIN DI RUMAHIODIN diperlukan dalam jumlah kecil, tetapi sangat...
22/04/2026

HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : KAEDAH PENYIMPANAN GARAM BERIODIN DI RUMAH

IODIN diperlukan dalam jumlah kecil, tetapi sangat penting untuk menghasilkan hormon tiroid yang mengawal pertumbuhan, perkembangan dan metabolisme badan. Ia juga penting untuk perkembangan otak janin serta membantu mencegah masalah seperti goiter dan hipotiroidisme.

Melalui strategi Pengiodinan Garam Secara Universal (USI), iodin ditambah ke dalam garam bagi memastikan seluruh masyarakat mendapat manfaat dan membantu mencegah masalah Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD).

Namun, adakah selama ini anda menyimpan garam beriodin dengan cara yang BETUL?
Pastikan iodin tidak hilang dengan mengamalkan 4 langkah penyimpanan yang betul di rumah agar manfaatnya kekal sampai ke hidangan anda 👍





HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : TIP KEKAL SIHAT KEPADA JEMAAH HAJIKeselesaan di Tanah Suci bermula daripada ruang penginapan...
21/04/2026

HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : TIP KEKAL SIHAT KEPADA JEMAAH HAJI

Keselesaan di Tanah Suci bermula daripada ruang penginapan yang bersih. Buat para jemaah, pastikan aspek kebersihan bilik dan pengurusan makanan sentiasa diutamakan bagi mengelakkan gangguan kesihatan sepanjang di sana.

Ikuti tip penjagaan kebersihan penginapan :

🚬 Zon Bebas Asap: Pastikan kawasan penginapan bebas daripada asap rokok dan v**e.
🗑️ Pengurusan Sampah: Buang sampah termasuk sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan secara sistematik.
🍱 Tempoh Simpanan Makanan: Elak simpan makanan bermasak melebihi 4 jam untuk mengelakkan risiko keracunan makanan.
🪟 Tutup Rapat: Jangan biarkan makanan terdedah bagi mengelakkan kehadiran serangga
🍪 Simpanan Bijak: Simpan makanan kering dalam bekas tertutup yang sesuai agar kekal segar dan bersih.

Bilik yang bersih bukan sahaja memberi keselesaan, malah membantu jemaah mengekalkan kesihatan yang optimum untuk beribadah.




HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : ETIKA BATUK & BERSIN YANG SELAMAT😷 Etika batuk dan bersin yang betul merupakan antara amalan...
20/04/2026

HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : ETIKA BATUK & BERSIN YANG SELAMAT

😷 Etika batuk dan bersin yang betul merupakan antara amalan penting. Ia adalah langkah mudah tetapi sangat berkesan untuk menguruskan gejala 🤧, serta melindungi orang lain daripada risiko penyakit respiratori berjangkit seperti COVID-19 🦠 dan influenza 💨 — yang mudah tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu batuk atau bersin.

📍 Sehubungan itu, semua warga kampus disarankan untuk mengamalkan etika ini secara konsisten, terutama di tempat awam 🏬🚌, bagi mengurangkan risiko penularan.




HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : KESIHATAN OPTIMUMKesihatan bukan pilihan, tapi keutamaan 💙Jom kita sama-sama ambil langkah k...
15/04/2026

HEBAHAN PROMOSI KESIHATAN : KESIHATAN OPTIMUM

Kesihatan bukan pilihan, tapi keutamaan 💙
Jom kita sama-sama ambil langkah kecil hari ini demi masa depan yang lebih sihat.
🧬 Bersama Demi Kesihatan. Berdiri Teguh Berteraskan Sains.
“Together for health. Stand with science.”
Setiap pilihan kita — dari pemakanan 🍎, aktiviti fizikal 🏃‍♂️ hingga penjagaan diri — memainkan peranan penting dalam kesejahteraan hidup.
💡 Pilih fakta, bukan mitos.
💡 Amalkan gaya hidup sihat setiap hari.




Pusat Kesihatan UPNM komited dalam memperkasakan kesihatan komuniti melalui penyertaan dalam Program Kampung Angkat Mada...
11/04/2026

Pusat Kesihatan UPNM komited dalam memperkasakan kesihatan komuniti melalui penyertaan dalam Program Kampung Angkat Madani di Kg. Alai, Melaka yang diadakan bermula 10 - 11 April 2026.
​Pasukan Perubatan Pusat Kesihatan UPNM turut dibantu dengan penglibatan Exco Kelab PROSIS UPNM telah menyediakan:
+++ ​Saringan Kesihatan: Pemeriksaan tekanan darah dan tahap glukosa dalam darah.
++++​ Pencegahan: Pemberian vaksin Influenza secara percuma kepada penduduk kampung.
+++ ​Pendidikan Kesihatan: Latihan praktikal CPR bagi memberi pendedahan asas bantuan kecemasan serta ceramah kesihatan.

​Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini

Address

Kem Perdana Sg Besi
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan UPNM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Kesihatan UPNM:

Share