01/12/2025
Stent saluran yang jarang dirawat
-------------------------------------
Baru-baru ni dapat seorang pesakit yang terasa sakit dada ketika bermain badminton. Dia datang check dan gagal stress test.
Bila buat angiogram, nampak kesempitan di saluran yang dipanggil Ramus Intermedia (RI). Biasanya saluran darah di sebelah kiri ada dua cabang, tapi dalam pesakit ini ada tiga cabang yang sangat besar. Biasanya saluran RI dalam orang ni kecil sikit ataupun memang tiada. Tapi dalam pesakit ni saluran RI dia bukan sahaja memang ada tapi lebih kurang sama saiz dengan saluran-saluran utama yang lain iaitu saluran Left Anterior Descending (LAD) dan saluran Left Circumflex (LCx).
Saya pun tak ingat bila kali terakhir saya rawat saluran RI, dah bertahun, mungkin masa saya masih di PPUM lagi.
Anyways, yang berisiko sikit merawat saluran RI ni dan pangkal saluran ni p**ak tu adalah risiko stent itu menghimpit pangkal saluran LAD atau LCX atau kedua-duanya sekali.
Untuk langkah keselamatan, saya masukkan wayar ke dalam ketiga-tiga saluran darah kirinya iaitu Wayar #1 ke LCx, Wayar #2 ke RI dan Wayar #3 ke saluran LAD. Senang saya nak selamatkan keadaan kalau saluran LAD atau LCx ni terhimpit semasa saya stent saluran RI.
Alhamdulillah, selepas menggunakan belon dan stent, kesempitan di saluran RI ni pun dirawat. Alhamdulillah juga saluran LCx dan LAD tidak terkesan.
Insya Allah lepas ni sakit dada dia berkurang sikit, dan harap-harap kurang risiko komplikasi ketika bersenam seperti yang kita sering baca sejak kebelakangan ini...